Jul 11 2010
10 – Adri di mana-mana
Amy mencari-cari kelibat Rael. Katanya suruh tunggu di depan KFC. Mungkin Rael mahu makan terlebih dahulu sebelum menonton wayang. Atau memang rasanya lebih mudah jika berjumpa di situ.
Dari jauh Amy nampak Fez dan Leeya masuk ke dalam kedai eletronik. Sebaik sahaja makan tengah hari tadi, mereka bertiga bersama-sama ke sini. Fez dan Leeya sekadar mahu window shopping. Amy pula sudah berjanji dengan Rael.
Amy mengeluh. Geram pada diri sendiri apabila drama malam tadi terus bermain di hati. Tak apalah. Kalau dia jumpa si Rael, dapatlah kurangkan sikit kekusutan di minda. Tidaklah asyik terfikir fasal Adri. Apa kes? Bukannya ada apa-apa pun. Kalau benar pun si Adri berminat padanya, bukannya dia punya perasaan yang sama. Itu kata minda Amy. Dia pasti.
Kata hatinya?
Amy melihat dirinya di cermin dari kedai sebelah. Sudah menjengah 30 tahun, tapi memang dia boleh berpura-pura menjadi pelajar tahun 3 di universiti. Sudah Amy. Dia menasihati diri sendiri. Usia itu patut meningkat bersama kematangan fikiran. Dia tahu jika kata hati itu yang diikut, banyak masalahnya nanti. Fikir dengan otak. Adri itu si budak!
Amy memerhati ke tingkat bawah. Pelik. Dalam hari-hari minggu pun, bukan main banyak lagi orang. Harap-harap dia tidak bertembung dengan pelajar-pelajar kelas tutorial. Kalau hujung minggu, memang Amy tidak akan datang ke sini dengan Rael. Pasti bertembung dengan muka-muka yang dikenali. Dia rasa tidak selesa.
“Hai,” Amy terdengar satu suara menyapa dari belakang.
Rael. Dia tersenyum. Amy membalas dengan senyuman yang melebar. Rasa suam di hati. Ha.. inilah yang sepatutnya. Biar hati rasa gembira bertemu kekasih hati. Bukannya kacau jiwa dengan orang yang berpangkat ‘adik’. Haish! Nak juga fikir fasal Adri tu! Amy memarahi diri sendiri.
***
Amy mencuit sedikit kentang putar dari dulang Rael. Rael biarkan sahaja. Ayam di depannya terus diratah sambil mulut berbicara jika tidak begitu penuh.
“Study okay ke?” tanya Rael.
“So far… okaylah. Nak cuba submit paper kat conference kat Jepun,” beritahu Amy. Kali ini dia mengambil kentang goreng pula. Perut masih terasa penuh, tapi terasa teringin pula apabila melihat makanan di depan mata.
“Universiti tanggung ke kalau Mimi kena pergi ke Jepun?” tanya Rael.
Mimi. Itu panggilan manja Rael kepada Amy.
“Tak sure pulak. Tapi Prof. Umairah cakap, dia ada geran,” jawab Amy. “Nak air!”
Rael menghulurkan air berkarbonat kepada Amy. “Tu laa, tadi taknak order juga.” Rael tersengih. Amy memuncungkan mulutnya seperti budak kecil. Dia memang begini apabila bersama Rael. Terasa bebas untuk berperangai seperti budak kecil. Kalau di tempat lain, terpaksa serius sepanjang masa.
***
“Fez, temanlah aku tengok baju-baju ni,” Leeya mula merengek.
“Kau pergilah tengok sendiri. Aku tunggu kau kat sini,” malas pula Fez mahu pergi sekali. Dia rasa lebih senang menunggu di bahagian alat eletronik. Walaupun pasaraya ini tidak punya barangan terkini, menarik juga melihat-lihat apa yang ada.
“Jom la. Jom la..” ajak Leeya lagi.
“Kau ni.. nanti kalau aku pergi, aku komen bukan-bukan dengan taste kau, kau marah pula,” Fez memberikan alasan. Memang benar, Fez punya citarasa yang lebih konservatif. Leeya lebih rock and roll.
“Tak kisah, tak kisah. Jom, jom!” Leeya tidak menerima ‘tidak’ sebagai jawapan. Fez mengalah. Mereka berdua bergerak ke bahagian pakaian wanita.
***
“Sabtu ni?”
“Weekend ni tak boleh. Nak kena stay buat kerja.”
“Isnin waktu lunch?”
“Isnin betul-betul tak dapat. Ada pelawat dari Thailand.”
“Dinner?”
“Tak tahu habis pukul berapa maa..”
“Ish, busy memanjang,” ujar Rael.
Amy juga tahu dia semakin sibuk. Bukan tidak mahu berjumpa Rael. Malah, dalam kesibukan, makin mencanak-canak rasa mahu bertemu.
“Selasa ya?” pinta Amy. “Tapi nanti Mimi confirm dulu dengan abang.”
Rael mengangguk. Amy tidak tahu dia marah ataupun tidak. Tak apalah. Rael biasanya memahami, fikir Amy.
Rael bangun ke tempat basuh tangan. Dia sempat menghulur baki minuman pada Amy kalau-kalau Amy mahu habiskan. Amy mengambil tanpa banyak soal. Mata Amy dilempar ke luar restoran. Saja memerhati orang melintas.
Semakin ramai pula orang lalu lalang. Anak kecil dengan belon, berlari-lari riang. Bapanya berlari-lari anak dari belakang. Dua orang wanita berjalan dengan beg plastik kecil di tangan. Mungkin pewangi? Seorang remaja berpakaian sekolah berlalu sambil tangannya memegang botol air mineral. Amy tiba-tiba rindu sedekad lampau bila dia masih di sekolah. Banyaknya orang. Pak cik dan mak cik. Adik adik. Budak-budak. Couple. Dan Adri pun ada.
Tiba-tiba jantung Amy berdegup kencang. Adri! Baru sahaja melintas melepasi pintu depan restoran. Adrikah? Atau dia salah pandang? Rasanya memang Adri. Sudah… dah kembali fikir fasal Adri dah ni, Amy merungut di dalam hati.
Rael kembali duduk betul-betul pada saat Amy sedang kaget dalam diam.
“Kenapa?” tanya Rael. Seperti biasa, emosi Amy dipapar di muka.
Alasan oh alasan. Cepatlah datang! Amy menjerit dalam hati.
“Nak kena ke toilet,” bisik Amy pada Rael, pura-pura seperti sakit perut, tidak mahu Rael tahu jiwa raganya yang sakit sebenarnya.
Rael menuding ke arah tandas di dalam restoran. Amy bangun dan meninggalkan meja. 5 minit. Dia perlu lima minit untuk tenangkan hatinya. Dan harapnya dia tidak bertembung dengan Adri nanti. Atau mana-mana makhluk yang bermuka seperti Adri.
***
“Jarang sangat tu!” Fez meninggikan suara.
“Yang ni aku pakai dua lapis la,” beritahu Leeya sambil baju itu didakap sekejap. Suka akan rasa fabrik tersebut. Wangi juga. Fez menggaru-garu kepala.
Dia sekadar mengikut, sambil kadang-kadang menekan-nekan bebutang di telefon. Bosan. Dia tahu dia perlu cari telefon bimbit yang boleh digunakan untuk melayari internet. Boleh juga baca emel atau masuk ke Facebook pada masa-masa begini. Malas benar meneman Leeya memilih baju. Lama sangat.
“Cantik tak skirt ni?” tanya Leeya. Leeya bukan tidak tahu Fez tidak berapa setuju dengan pilihannya. Tapi dia masih juga mahu bertanya.
“Tadi kan baju kau tu warna merah, kenapa tak ambil skirt merah juga?” tanya Fez.
“Hah?” Leeya merenung tajam pada Fez.
“Kenapa? Baru la matching!” kata Fez.
“Kau ni. Matching tu bukannya bila baju merah, skirt merah, semuanya merah!” terang Leeya sambil sedikit menjerit. “Kau nak aku menyinga ke?”
“Ala.. kau kan memang singa betina,” balas Fez sambil ketawa.
“Kau ni!” marah Leeya.
Fez terasa telefon bimbitnya bergetar. “Jap jap, ayah aku call.” Dia masih ketawa.
Fez menjawab panggilan dari ayahnya. Mukanya yang tadi penuh dengan tawa berubah serta merta. Leeya perasan. Dia menunggu dalam diam sambil mendengar Fez banyak mengiyakan. Diam. Itu bukan suatu yang biasa bagi Leeya.
“Bye,” kata dari terakhir dari Fez sebelum talian diputuskan. Fez benar-benar nampak risau.
“Kenapa?” tanya Leeya, ingin tahu. Skirt hitam yang dipegang tadi diletakkan di atas longgokan baju di sebelah.
“Mak aku jatuh kat belakang rumah. Sampai masuk hospital…” Fez sedikit kaku sambil menerangkan. Risau. Kalau jatuh biasa-biasa, takkanlah sampai masuk hospital.
Leeya menekup mulutnya, rasa risau membungkam jiwa.
“Ayah aku cakap dah okay, tapi…”
“Pergilah cepat!”
“Tapi kau … nanti nak balik macam mana?”
Leeya merenung tepat pada Fez dan mengangguk. “Ini Penang, Fez. Tempat main aku dulu. Aku tahulah!”
“Sorry..”
“Nothing to be sorry about.”
Fez bergegas meninggalkan kedai pakaian tersebut, menuju ke arah tempat letak kereta.
wah, teruja nak tahu cerita selanjutnya. teruskan usaha abg Am! keep up the good work! you can do it! chaiyok3!
kuasammmmmmmmmmmmmm punya am yang menyebabkan ku LIKE siri ni!!!!
kurang spicy…
wah!!! jln cite ni menarik…. tak sbr nak tau sambungan die….