Archive for 2010

Dec 27 2010

26 – Perempuan itu

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“Intonasi tu kamu kena bagi lenggok sikit kat perenggan ni,” tangan Fez menuding ke arah kertas. “Kalau monotone kat sini, tapi pastu baru saya bersemangat kat sini, bolehkah?” tanya Danial. “Hm… bagus juga idea tu. Mungkin kamu boleh curi tumpuan penonton kalau buat macam tu,” ujar Fez. Danial tersenyum gembira kerana ideanya diterima. “Okay la, [...]

7 responses so far

Dec 16 2010

25 – Nak, tak nak?

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“Dia tu macam nak, macam tak nak…” “Macam mana cara dia pandang ko?” “Macam selalu. Bila bercakap tu, dia akan pandang aku. Kalau aku cakap, dia pun pandang juga.” “Oooh, very attentive. I like!” “Kan kan?” “Tapi hari tu kan ko dah bagitau dia dah clarify dia takde apa-apa dengan ko? Macam mana tu?” “Aku [...]

3 responses so far

Dec 10 2010

24 – Plastik ini

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Farhana melihat pantulan dirinya di cermin di pintu masuk ruang makan guru di kantin. Baju kurung biru bercorak bunga-bunga kecil. Salah satu baju yang dia sukai. Tampak ayu. Dia tertawa di dalam hati apabila dia memuji diri sendiri. Dia melihat-lihat kuih-kuih pelbagai jenis di atas meja. Dia ambil 2 plastik. Satu karipap untuk plastik ini [...]

3 responses so far

Dec 08 2010

23 – Entah

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“Feyaz!” Sunyi, mungkin langkah ini belum jua cukup. Dalam ribuan aku terasa sendiri. Entah. Bagaimana dapatku capai, hati itu bukan milikku. Jiwa, bila dibiar di bawah mentari. Hangat itu buatku terus mencari. Entah. Bagaimana dapatku capai, bukan aku punya kuasa. Cacamerba sahaja hari ini, lafaz kata tidak seindah biasa. Entah. “Feyaz Ahmad!” Aku rindu, pada [...]

4 responses so far

Nov 30 2010

22 – Getaran jiwa

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Amy menggigil. Air teh tarik di tangan kanan dan pinggan berisi buah melaka, pisang goreng dan keropok lekor di tangan kiri; di bawa ke tingkat atas. Kebetulan ada meja di depan pintu masuk pejabat kolej kediaman. Amy letakkan di situ biarkan tanggannya bebas untuk mendakap bahu dan bersandar ke dinding. Mujur sekarang sudah di luar [...]

2 responses so far

Nov 15 2010

21 – Hari yang baik

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Hari ini elok sahaja. Amy sampai di bilik siswazah agak awal. Dia juga tidur awal semalam, dan yang sangat seronok buatnya bila dia dapat keputusan yang memuaskan dalam eksperimen terbaru. Petang sedikit dia perlu berjumpa penyelia. Senang hatinya kerana kerja berjalan lancar. Amy bangun dari tempat duduknya bergerak ke tepi tingkap. Saja mahu lihat pemandangan [...]

4 responses so far

Nov 10 2010

20 – Bantal Biru

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Farhana melangkah masuk ke rumah. Dia melangkah melalui ruang tamu dan sampai ke dapur. Salam diberi kepada ibunya yang sedang memasak. Bau wangi tomyam, tapi mulut Farhana terasa tawar sahaja. Dia mohon diri untuk ke bilik. Pintu bilik ditutup perlahan-lahan. Beg tangannya dan beg komputer di letak sebelah meja. Kemudian dia tiarapkan badan dan mukanya [...]

12 responses so far

Oct 30 2010

19 – Dek kerana surat

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Fez duduk di atas katil sambil mengarah ke cermin yang tergantung di almari pakaian. Wajahnya kelihatan di balikan cermin. Dia mengeluh. Tangannya menggenggam erat sekeping surat. Dia masih memerhati ke arah wajahnya sendiri. Terasa jelek. Terasa sedih. Terasa seperti manusia biasa. Dalam kontradiksi tanggapan mereka, Fez masih terasa seperti manusia biasa. Dalam kesedaran yang samar, [...]

2 responses so far

Oct 15 2010

18 – Soalan

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Rael memilih baju di hadapan. Amy membontoti kekasihnya itu, kadang-kadang memberi pendapat. Kadang-kadang terasa jelek kerna Rael itu suka baju yang ketat-ketat. Saja mahu menunjuk-nunjuk hasil ke gym. Perlukah? Rael mengambil beberapa helai baju dan dibawanya ke bilik salinan untuk dicuba. Amy bertenggek di tepi rak baju untuk menunggu sambil matanya sempat disorot pada Rael [...]

No responses yet

Aug 29 2010

17 – Dari subuh ke petang

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“Fez..” Sunyi. Tiada jawapan. Kedengaran bunyi ayam berkokok dari kejauhan dalam keheningan pagi. “Fez! Bangkit,” kelui emak Fez dari ruang tamu. “Bangkit.. subuh.” Di ruang tamu di tingkat bawah, televisyen dipasang dan rancangan tazkirah pagi sedang dalam siaran. Emak Fez duduk bersandar di atas kusyen. Ini bukan kebiasaan emak Fez. Biasanya dia akan bangun dan [...]

2 responses so far

Next »