Jun
28
2010
“Mak, ni Fez letak surat kat atas meja ni!” laung Fez pada emaknya. Pintu depan terbuka seperti biasa. Entah di mana emaknya berada, dia tidak tahu. “Surat apa?” laung emak Fez. Oh, di dapur rupanya. “Tak aih, ni tak sat posmen hantar surat. Bil telefon dengan elektrik kot,” kata Fez sambil dia melangkah ke arah [...]
Jun
18
2010
Masih tempat yang sama. Biarpun ada berpuluh tempat makanan lain yang boleh dituju, Amy dan Fez tetap pergi ke lokasi yang sama. Kata Fez, dia suka nasi goreng yang disediakan di situ. Kawasan yang ramai orang tapi tidak banyak kereta lalu lalang. Dan dari situ boleh nampak Jambatan Pulau Pinang. Fez menanggalkan tali lehernya sebelum [...]
Jun
15
2010
Pintu kereta dibuka oleh Fez. Farhana tersenyum, lalu masuk dengan sopan. Pintu ditutup dan Fez kembali ke tempat pemandu. Farhana membetulkan duduknya. Tali pinggang dipasang dan beg tangan yang tadinya digalas diletakkan sahaja di atas riba, sambil kedua-dua belah tangan seperti mendakap beg tangan tersebut. Enjin kereta dihidupkan dan Fez memandu keluar dari pintu pagar [...]
Jun
06
2010
Layang-layang di balik awan Ceritera dongeng Hidup bukan umpama hikayat dongeng. Yang mana si putera bertemu si puteri dan kemudian hidup bahagia selamanya. Dunia di mana halangan bisa ditempuh dengan jampi ajaib. Kuda putih ditunggang dengan pedang tajam tersisip disisi. Itu sekadar ilusi. Sekadar lagenda yang dikhabarkan untuk mengisi waktu. Atau mungkinkah aku yang silap? [...]
Jun
02
2010
‘Sorry Fez, akak lambat sikit,’ Amy terkocoh-kocoh ke meja tempat Fez duduk. ‘Tak apa akak. Tak lewatlah..’ kata Fez sambil mengerling pada jam dekat pintu masuk restoran, ‘… baru lewat sepuluh minit.’ Fez tersenyum. Riak wajah Amy menampakkan rasa bersalahnya. Fez tahu Amy memang orang yang ambil berat tentang ketepatan waktu. Jarang sekali dia akan [...]