Archive for August, 2010

Aug 29 2010

17 – Dari subuh ke petang

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“Fez..” Sunyi. Tiada jawapan. Kedengaran bunyi ayam berkokok dari kejauhan dalam keheningan pagi. “Fez! Bangkit,” kelui emak Fez dari ruang tamu. “Bangkit.. subuh.” Di ruang tamu di tingkat bawah, televisyen dipasang dan rancangan tazkirah pagi sedang dalam siaran. Emak Fez duduk bersandar di atas kusyen. Ini bukan kebiasaan emak Fez. Biasanya dia akan bangun dan [...]

2 responses so far

Aug 17 2010

16 – Farhana dan Milo panas

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Angin berderu-deru pada petang ini. Enak sahaja kalau ada kuih cekodok pisang dengan air Milo panas. Rasa di hati hendak bangun dan pergi buat di dapur, tetapi malas sekali mahu beranjak dari kerusi malas ini. Di depan pagar rumah, boleh nampak beberapa orang kanak-kanak bermain riang. Nampak seperti Auntie Sally baru sahaja masuk ke rumahnya [...]

3 responses so far

Aug 14 2010

15 – Salah apa

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Hujan rintik-rintik di luar. Fez baru sahaja sampai di biliknya di perpustakaan. Perhimpunan hari ini dibatalkan kerana hujan. Lega juga rasanya. Jangan fikir murid-murid sahaja yang terasa bosan, Fez juga turut terasa begitu. Rasanya banyak sangat nasihat yang sama diulang-ulang oleh guru kepada pelajar. Tapi mungkin perlu juga. Bila diulang, barulah benda itu lekat di [...]

One response so far

Aug 09 2010

14 – Awanlarat dan Bluberi

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Bluberi: Fini okay jer. Kerja kat Subang. Awanlarat: Oh, Fini kerja apa? Bluberi: QC Awanlarat: Apa benda tu? Bluberi: Quality control la.. Fez ni.. Awanlarat: Lampi sikit. Sori sori. Bluberi: Fez habis Master bila, Fini tak tau pun Fez dah balik. Awanlarat: Dah dekat setahun dah. Bluberi: Fez terikat ngan KPM kan dulu? Bluberi: Skang [...]

3 responses so far

Aug 07 2010

13 – Pasang Surut Amy

Published by The Writer under Belum Ku Temu

1.50 petang. Wah, sudah lambat. Lagi 10 minit kelas tutorial akan bermula. Amy kalut. Dia mencari slaid transparensi yang mengandungi jawapan untuk kelas tutorial pertamanya semester ini. Ah di situ sahaja. Mujur dia sudah letakkan siap-siap di tepi rak. Sangat membantu apabila saat-saat seperti ini berlaku. Senarai nama pelajar untuk kelas pukul 2 petang itu [...]

3 responses so far

Aug 01 2010

12 – Hari yang tenang

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“Insufficient balance?” Fez hairan. Dia hendak menghubungi Pak Cik Zakaria. Mahu ambil set kertas ujian yang dihantar semalam. Fez rasa, dia masih punya kredit di dalam telefon bimbitnya. Patutnya ada lagi seringgit, fikir Fez. Kakinya mula mengorak langkah. Fez baru sahaja melepasi bilik guru, matanya melihat-lihat kalau-kalau Pak Cik Zakaria ada di sana. Kalau bukan [...]

3 responses so far