Nov
30
2010
Amy menggigil. Air teh tarik di tangan kanan dan pinggan berisi buah melaka, pisang goreng dan keropok lekor di tangan kiri; di bawa ke tingkat atas. Kebetulan ada meja di depan pintu masuk pejabat kolej kediaman. Amy letakkan di situ biarkan tanggannya bebas untuk mendakap bahu dan bersandar ke dinding. Mujur sekarang sudah di luar [...]
Nov
15
2010
Hari ini elok sahaja. Amy sampai di bilik siswazah agak awal. Dia juga tidur awal semalam, dan yang sangat seronok buatnya bila dia dapat keputusan yang memuaskan dalam eksperimen terbaru. Petang sedikit dia perlu berjumpa penyelia. Senang hatinya kerana kerja berjalan lancar. Amy bangun dari tempat duduknya bergerak ke tepi tingkap. Saja mahu lihat pemandangan [...]
Nov
10
2010
Farhana melangkah masuk ke rumah. Dia melangkah melalui ruang tamu dan sampai ke dapur. Salam diberi kepada ibunya yang sedang memasak. Bau wangi tomyam, tapi mulut Farhana terasa tawar sahaja. Dia mohon diri untuk ke bilik. Pintu bilik ditutup perlahan-lahan. Beg tangannya dan beg komputer di letak sebelah meja. Kemudian dia tiarapkan badan dan mukanya [...]