Aug
17
2010
Angin berderu-deru pada petang ini. Enak sahaja kalau ada kuih cekodok pisang dengan air Milo panas. Rasa di hati hendak bangun dan pergi buat di dapur, tetapi malas sekali mahu beranjak dari kerusi malas ini. Di depan pagar rumah, boleh nampak beberapa orang kanak-kanak bermain riang. Nampak seperti Auntie Sally baru sahaja masuk ke rumahnya [...]
Aug
14
2010
Hujan rintik-rintik di luar. Fez baru sahaja sampai di biliknya di perpustakaan. Perhimpunan hari ini dibatalkan kerana hujan. Lega juga rasanya. Jangan fikir murid-murid sahaja yang terasa bosan, Fez juga turut terasa begitu. Rasanya banyak sangat nasihat yang sama diulang-ulang oleh guru kepada pelajar. Tapi mungkin perlu juga. Bila diulang, barulah benda itu lekat di [...]
Aug
09
2010
Bluberi: Fini okay jer. Kerja kat Subang. Awanlarat: Oh, Fini kerja apa? Bluberi: QC Awanlarat: Apa benda tu? Bluberi: Quality control la.. Fez ni.. Awanlarat: Lampi sikit. Sori sori. Bluberi: Fez habis Master bila, Fini tak tau pun Fez dah balik. Awanlarat: Dah dekat setahun dah. Bluberi: Fez terikat ngan KPM kan dulu? Bluberi: Skang [...]
Aug
07
2010
1.50 petang. Wah, sudah lambat. Lagi 10 minit kelas tutorial akan bermula. Amy kalut. Dia mencari slaid transparensi yang mengandungi jawapan untuk kelas tutorial pertamanya semester ini. Ah di situ sahaja. Mujur dia sudah letakkan siap-siap di tepi rak. Sangat membantu apabila saat-saat seperti ini berlaku. Senarai nama pelajar untuk kelas pukul 2 petang itu [...]
Aug
01
2010
“Insufficient balance?” Fez hairan. Dia hendak menghubungi Pak Cik Zakaria. Mahu ambil set kertas ujian yang dihantar semalam. Fez rasa, dia masih punya kredit di dalam telefon bimbitnya. Patutnya ada lagi seringgit, fikir Fez. Kakinya mula mengorak langkah. Fez baru sahaja melepasi bilik guru, matanya melihat-lihat kalau-kalau Pak Cik Zakaria ada di sana. Kalau bukan [...]
Jul
17
2010
Fez sedikit kelegaan melihat emaknya tersenyum sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah. Ayahnya di hujung katil, mengurut-urut kaki emaknya. Dian, anak jiran sebelah rumah pun ada sekali. Tidak tenteram rasa diri sepanjang perjalanannya pulang ke rumah. Hendak saja dia memecut selaju yang mungkin tapi ayahnya sudah berpesan, “bawa slow-slow balik. Mak hang tak pa [...]
Jul
11
2010
Amy mencari-cari kelibat Rael. Katanya suruh tunggu di depan KFC. Mungkin Rael mahu makan terlebih dahulu sebelum menonton wayang. Atau memang rasanya lebih mudah jika berjumpa di situ. Dari jauh Amy nampak Fez dan Leeya masuk ke dalam kedai eletronik. Sebaik sahaja makan tengah hari tadi, mereka bertiga bersama-sama ke sini. Fez dan Leeya sekadar [...]
Jul
02
2010
Dewan kuliah masih lagi kosong. Fez menoleh ke arah jam di dinding. Dia baru sedar yang dia begitu awal. Padanlah tiada siapa lagi yang belum sampai. Bila dia tengok jam tadi di bilik, rasanya masih elok-elok sahaja untuk bertolak ke sini. Mungkin juga jam itu salah. Atau mungkin juga dia tersalah pandang. Fez duduk di [...]
Jun
28
2010
“Mak, ni Fez letak surat kat atas meja ni!” laung Fez pada emaknya. Pintu depan terbuka seperti biasa. Entah di mana emaknya berada, dia tidak tahu. “Surat apa?” laung emak Fez. Oh, di dapur rupanya. “Tak aih, ni tak sat posmen hantar surat. Bil telefon dengan elektrik kot,” kata Fez sambil dia melangkah ke arah [...]
Jun
18
2010
Masih tempat yang sama. Biarpun ada berpuluh tempat makanan lain yang boleh dituju, Amy dan Fez tetap pergi ke lokasi yang sama. Kata Fez, dia suka nasi goreng yang disediakan di situ. Kawasan yang ramai orang tapi tidak banyak kereta lalu lalang. Dan dari situ boleh nampak Jambatan Pulau Pinang. Fez menanggalkan tali lehernya sebelum [...]