Archive for 2011

Dec 25 2011

52 – Nekad hati

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Lama Amy sujud di atas tikar sejadah. Walau bingit bunyi motorsikal dan kereta boleh didengar dari dalam biliknya, Amy rasa tenang. Tenang bila dia dambakan diri pada yang Esa. Rasa bersalah tiba-tiba. Adakah dia manusia yang begitu? Hanya mula mengingati Illahi bila rasa sebak di hati? Dia berdoa agar dia bukan. Dan istikharah yang Amy [...]

2 responses so far

Dec 04 2011

51 – Maya di minda

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“Kau nak tak?” “Okay ja. At least tak bosan sangat aku nanti.” “Cool, I’ll forward you her number, then pick her up somewhere.” “Okay,” balas Fez. “Eh, kenapa tak ajak Liyana?” Nada Fez sedikit mengada-ngada. “Beggar can’t be chooser!” “Whatever, I’m fine either way…” *** Kereta dipandu Fez menelusuri lebuh raya M4. Tika ini, mereka [...]

2 responses so far

Oct 26 2011

50 – Liyana

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Amy bermundar-mandir dalam bilik siswazah sambil telefon bimbit di telinga. “Come on Fez…” “Yes?” Fez tidak faham dengan nada Amy. “Careful, you are falling into the same trap…” “Trap?” Fez makin keliru. “You know… crush lagi.. and then you gonna put a high hope and then crash and burn…” Pendek sahaja ayat Amy tapi benar-benar [...]

4 responses so far

Oct 10 2011

49 – Bristol

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Fez menarik beg keluar dari Lapangan Terbang London Stansted. Kelibat Kak Lya dan suaminya tidak Fez nampak sejak dari kaunter imigresen sampailah sekarang di tempat bagasi. Agaknya mereka sudah selamat keluar. Jam sudah menunjukkan dalam pukul satu pagi. Seperti yang Fez jangka, kereta api ke tengah London sudah pun tiada. Jadi Fez buat keputusan untuk [...]

3 responses so far

Sep 14 2011

48 – Tiga Alam

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Langit Kapal terbang bergegar kuat apabila merentasi sekitar kawasan Pakistan. Dalam tidur Fez yang tidak nyenyak, dia terjaga dan tangannya dipegang kuat pada kerusi yang turut bergegar. Tidak semena-mena kapal terbang seperti jatuh ke bawah dalam satu saat, cukup untuk buatkan beberapa orang penumpang berteriak. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Lampu pasangkan tali pinggang dinyalakan. Fez bersandar [...]

3 responses so far

Aug 01 2011

47 – Jiwa kacau

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Amy berteleku di kabinet dapur, sambil menunggu air panas di cerek elektriknya dijerang. Jiwanya kacau. Sejak jumpa emak Rael tempoh hari, jiwanya kacau. Inilah realiti. Bila jiwa kacau, duduk di dalam dapur yang walau dipasang lampu pun tidak terasa cerah, maka makin meruntun jiwa rasanya. Inilah realiti. Bila jiwa kacau, dalam realiti hidup, bukannya mampu [...]

2 responses so far

Jul 30 2011

46 – Pintu No 21

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Keropok ikan. Ikan bilis. Maggi Tom Yam. Milo. Semua itu telah dia masukkan dalam bagasi untuk perjalanannya. Bukan untuknya. Tapi untuk kawan yang kempunan hendak barangan-barangan tempatan. Bagasi sudah selamat dihantar masuk ke kaunter. Agaknya sekarang sudah dalam kereta troli yang mengangkut masuk ke dalam bonet kapal terbang. Hanya Fez yang belum masuk ke dalam [...]

3 responses so far

Jul 19 2011

45 – Bad vibe

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“Berapa harga tiket?” tanya Amy. Sambil telefon bimbit didakap di telinga, tangan Amy pantas menyelak timbunan kertas-kertas jurnal di hadapannya. Dia mahu cari satu artikel ini, hendak dijadikan rujukan untuk buat algoritma bagi programnya. Panas saja hari ini. Penghawa dingin pula tidak berfungsi. Sudah dia buka tingkap bilik siswazah luas-luas, tapi tidak rasa pula angin [...]

2 responses so far

Jul 02 2011

44 – Double Standard

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Matanya merenung tajam. Dia berdehem sekejap sebelum mulutnya melafazkan, “Kalau kau nak dekat aku, tapi aku memang tidak inginkan kau, kau maukah aku layan, pura-pura cintakan kau sampai nanti aku jumpa minah lain yang aku berkenan???” Sunyi…. *** Bayu laut bertiup kuat malam ini. Leeya mendakapkan tangannya ke bahu sambil melihat kelip-kelip cahaya di depan [...]

5 responses so far

Jun 28 2011

43 – Soal hati

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“What had happened?” itu tanya Fez sebaik sahaja Farhana melangkah masuk ke dalam bilik rawatan. Fez masih berbaring dengan kain putih yang dipekup ke hidungnya. Agaknya darah masih keluar. Farhana berjalan perlahan-lahan ke arah Fez. Rasa bersalah menyelubungi diri. “My ex…” Farhana bermula. Tapi kelu lidahnya untuk terus menyambung kata. “I figure that… apa yang [...]

One response so far

Next »