Archive for March, 2011

Mar 24 2011

37 – Bodoh

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“Aku keluar sekejap,” dia beritahu pada Zayn. Fez meninggalkan ruang bilik. Selipar disarung dan hanya dengan seluar track dan t-shirt berwarna hitam, dia menapak tangga untuk turun ke tingkat bawah dan kemudian keluar dari bangunan kolej kediamannya. Fez berjalan tanpa arah tuju, saja mahu berjalan. Selepas dari mesyuarat post-mortem program baktisiswa, dia berjalan bersama Amy, [...]

6 responses so far

Mar 24 2011

36 – Atas dan bawah

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Bunga. Hati Fez berbunga-bunga. Pelangi. Jiwa Fez umpama ditabir pelangi selepas hujan. Mentari. Rasa seperti disinar mentari pagi. Fez guling gembira di atas katil. Mata tidak boleh dilelap. Kali ini dia tidak mahu tersalah lagi hantar mesej. Kena fikir baik-baik apa yang hendak dikata. Tapi, bukankah ini besar maksudnya? Mesej sebegitu pun Anis mahu balas. [...]

No responses yet

Mar 20 2011

35 – Kahwin dengan aku

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“Kau cantik, kau kahwin dengan aku lah.” “Taknak. Kau tak cukup kaya.” “Wah! Statement!” “Betul apa?” Ketulan ais batu yang tinggal di dalam gelas dikacau dengan straw. Matanya memandang tepat pada Fez. “Materialistik!” kata Fez. “Ya lah, nanti siapa nak tanggung beli make up aku. Bukan murah tau.” “Tapi dengan aku kau dapat kasih sayang.” [...]

2 responses so far

Mar 15 2011

34 – Mesej buat Anis

Published by The Writer under Belum Ku Temu

[Fez] Nanti saya pass dekat unit bahasa lah lepas Anis habis kelas. Saya pun ada kat area-area tu waktu tu. Tipu, sebenarnya dia tidak ada pun berhampiran unit bahasa pada hari Rabu. Tambah lagi lepas gugurkan Bahasa Jepun, kelas pertama Fez untuk hari Rabu ialah pada pukul 1 petang. Tapi apalah kisahnya berjalan sedikit untuk [...]

3 responses so far

Mar 06 2011

33 – Kelas Bahasa Jepun

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Jangan ditanya kenapa rambutnya disisir rapi ke tepi. Fez rasa dirinya nampak lebih kemas begitu. Asuhan emak dari kecil. Biar nampak baik, usah dicacak-cacak rambut macam landak. Biar nampak rapi. Kasut kulit hitam atau kasut sports akan dia pakai bergantung pada baju yang disarung. Sudah jadi kebiasaan untuk dia tuck in bajunya ke dalam seluar. [...]

5 responses so far

Mar 05 2011

32 – Emosi

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Belum sempat habis bercerita, Fez meminta diri. Katanya  giliran anak muridnya sudah sampai. Amy biar sahaja. Ada selungguk lagi kerja yang perlu dibuat. Amy ucapkan ‘bye’ sambil matanya kembali ke komputer. Dia mahu sambung pengaturcaraan yang dia sedang buat. Ada salah di mana-mana. Itu dia tahu. Sama ada silap memasukkan formula ataupun silap syntax. Tak, [...]

One response so far