Apr
22
2011
Ngeri. Macam mana kereta Kancil itu boleh terbelah dua di tengah-tengah kawasan lampu isyarat, Amy tidak tahu. Dia tunggang sahaja motorsikalnya melalui kesesakan jalan berdekatan Kompleks Bukit Jambul, mencelah-celah kereta yang langsung tidak bergerak. Sebaik sahaja dia melepasi hotel Vistana, baru lancar sedikit jalan raya. Amy tunggang motornya dengan berhati-hati, berdoa di dalam hati yang [...]
Apr
19
2011
Tersandar sekejap Amy di kerusi di kubikelnya. Matanya melihat ke arah skrin komputer tetapi dia tidak langsung menumpu pada paparan. Otaknya berat. Rasa hati juga berat. Empat hari. Mampukah? Baru tadi berjumpa dengan Prof Umairah. Prof Umairah beritahu yang paper yang dia hantar ke persidangan di Hannover itu diminta untuk dibuat pembetulan kerana hampir sama [...]
Apr
01
2011
“Pemenang pertandingan pidato anti dadah peringkat daerah jatuh kepada…” senyap sebentar sebelum disambung “Ahmad Danial Abu Hakim!” disambut dengan tepukan gemuruh. Danial memandang ke arah Fez kerana tidak percaya, Fez sempat ucapkan tahniah sebelum dia tolak belakang Danial suruh bangun dan pergi mengambil hadiah. Fez bangun sambil menepuk tangan tika Danial berlari-lari anak ke pentas. [...]