Jul
30
2011
Keropok ikan. Ikan bilis. Maggi Tom Yam. Milo. Semua itu telah dia masukkan dalam bagasi untuk perjalanannya. Bukan untuknya. Tapi untuk kawan yang kempunan hendak barangan-barangan tempatan. Bagasi sudah selamat dihantar masuk ke kaunter. Agaknya sekarang sudah dalam kereta troli yang mengangkut masuk ke dalam bonet kapal terbang. Hanya Fez yang belum masuk ke dalam [...]
Jul
19
2011
“Berapa harga tiket?” tanya Amy. Sambil telefon bimbit didakap di telinga, tangan Amy pantas menyelak timbunan kertas-kertas jurnal di hadapannya. Dia mahu cari satu artikel ini, hendak dijadikan rujukan untuk buat algoritma bagi programnya. Panas saja hari ini. Penghawa dingin pula tidak berfungsi. Sudah dia buka tingkap bilik siswazah luas-luas, tapi tidak rasa pula angin [...]
Jul
02
2011
Matanya merenung tajam. Dia berdehem sekejap sebelum mulutnya melafazkan, “Kalau kau nak dekat aku, tapi aku memang tidak inginkan kau, kau maukah aku layan, pura-pura cintakan kau sampai nanti aku jumpa minah lain yang aku berkenan???” Sunyi…. *** Bayu laut bertiup kuat malam ini. Leeya mendakapkan tangannya ke bahu sambil melihat kelip-kelip cahaya di depan [...]