Dec 04 2011
51 – Maya di minda
“Kau nak tak?”
“Okay ja. At least tak bosan sangat aku nanti.”
“Cool, I’ll forward you her number, then pick her up somewhere.”
“Okay,” balas Fez. “Eh, kenapa tak ajak Liyana?” Nada Fez sedikit mengada-ngada.
“Beggar can’t be chooser!”
“Whatever, I’m fine either way…”
***
Kereta dipandu Fez menelusuri lebuh raya M4. Tika ini, mereka sedang melintasi Severn Bridge sepanjang 1.6km yang memisahkan England dan Wales. Matahari yang terang memancar buatkan pemandangan Sungai Severn itu nampak indah sekali.
Fez diam sahaja sambil matanya memandang ke arah jalan raya sambil sekali sekala menjeling ke arah sungai. Sambil itu, lagu Katy Perry berkumandang di corong radio. Maya turut diam, sambil badannya dipalingkan ke sebelah kiri, melihat apa yang boleh dilihat daripada palang-palang besi yang menghalang pandangan. Jambatan ini nampak seperti Jambatan Pulau Pinang, tapi gah lagi Jambatan Pulau Pinang, itu yang bermain di fikiran Maya.
Sebaik sahaja lagu Katy Perry tamat, dan pada masa yang lebih kurang sama mereka melepasi jambatan dan kembali ke jalan biasa, tika lagu kumpulan The Saturdays pula bermain di radio, Maya kembali bersuara, “So, kat mana kita tadi?”
Fez ketawa. “Kau betul-betul kena berhenti bercakap bila kita lalu jambatan?”
“I just wanna enjoy the view,” Maya buat-buat merengek, sebelum mereka sama-sama ketawa.
“Habis, kalau Jambatan Pulau Pinang yang dalam 20 minit tu?”
“20 minitlah aku tak bersembang,” Maya sambung ketawa. “Again, what were we talking about?”
“Fasal kau pergi backpacking?”
“Oh ya…” Maya terhenti sekejap. “Eh, tak, tu dah habis dah. Kita cakap fasal….”
“Abortion!” Fez teringat. Ketawa kecil sekejap akan topik yang agak berat itu. “Kau cakap ada girlfriend kawan kau …. abortion?” Fez sedar akan struktur ayatnya yang tidak berapa betul. Tapi kalau sudah campur bahasa Inggeris dan Melayu dalam perbualan, memang sudah pun salah dari awalnya.
“Ha ah. Tiba-tiba dia datang minta pendapat dari aku,” Maya bercerita. “Aku cakap lah yang aku tak bersetuju, tapi diorang memang dah nekad…. aku biar jer lah.”
“English?”
“Ya. Eh tak. Welsh sebenarnya.”
Fez mengangguk. “Kenapa ko tak push sikit?” Tanya Fez.
“Hm..” Maya berfikir sekejap. “Kalau kau di tempat aku, kau kata apa?” Maya tersenyum panjang, saja tanya soalan perangkap begitu.
“Entah,” balas Fez. “It’s morally wrong…”
“But their definition of what’s morally right or wrong is different from ours, Fez,” balas Maya pantas.
“Betul juga. So, in order for them to agree with our point of view, they have to understand our moral base? Am I right?” tanya Fez.
“Yup, that’s exactly what I’ve thought.”
“Anyway… let’s move on to other topic please…”
“Like what?”
“Hmm… are you single?”
“Wah wah,” Maya ketawa. “Are you flirting Fez?”
“Taklah… aku saja ambil topik tipikal orang Melayu. Saja nak menyibuk.” Mereka ketawa.
“Yes. Single but happy.”
“Kenapa ‘but’?”
“Ah, betul juga, single and happy. Pardon me,” Maya terus ketawa. “And you?”
“Sama lah.”
“And why is that?”
“Why not?”
Maya tersenyum dengan balasan Fez.
“Oh, you know, ada seorang budak Norway yang asyik kacau aku kat kampus…” dan Maya terus bercerita.
This is fun, fikir Fez. This is fun and so natural. Sejak Maya melangkah masuk dalam kereta tadi, tidak putus-putus mereka bercerita dan berbual. Umpama dua orang sahabat yang sudah kenal begitu lama. Fez menjeling sekejap ke sebelah dalam satu dua saat sebelum pandangannya kembali ke jalan raya, sahaja mahu melihat wajah Maya. Bersemangat Maya bercerita.
Pelik dia dengan diri sendiri. Dalam Costa semalam, langsung dia tidak perasan akan Maya. Tidak pula dia tahu yang Maya seceria begini. Agaknya begitu. Bila mata dia sudah menumpu kepada Liyana, yang lain di dalam bilik yang sama tidak berapa bermakna.
Fez menjeling pada Maya sekali lagi. Maya punya muka yang bulat dan sedikit tembam. Rasanya kalau dia tidak jaga berat badan, dia ada potensi untuk gemuk.
Fez! That sounds awful! Fez menjerit pada dirinya sendiri, di dalam hati, rasa marah dan malu pada dirinya kerana berfikiran begitu.
Tak, tak, it’s not an insult, balas Fez dalam debat mindanya.
Kenapa bukan?
Sebab… fizikal bukan segalanya. Sebab… kalau tembam pun, masih comel. Dan Fez benar-benar rasa yang Maya ini comel. Lagipun cantik itu bukan sekadar pada paras rupa.
Sudah, Fez. Itu ayat cover! Fez membidas kembali.
Taklah! Kenapa bila tembam atau berisi itu dikatakan tidak cantik. Yang kurus keding itu pula dikira cantik? Fez yang satu lagi membidas balas. Penat dengan persepsi masyarakat yang kurus itu lawa.
Dah, dah… kau tahu yang tak ada guna kau nak berdebat begini, celah dirinya dalam minda. Mujur saja kau ujar perkara ini dalam hati. Kalau tidak, sudah tentu kau dianggap kejam kerana panggil Maya gemuk.
Taaak, aku tak panggil Maya gemuk. Aku kata dia ada potensi.
Sama saja Fez. Ada potensi itu, samalah macam kau kata dia gemuk.
Hey, what’s the point of this argument?
Oh, oh, cute lah Maya ni. Rasa berkenan pula. Itu rupanya yang Fez mahu katakan, tapi berpusing entah hala ke mana sebelum sampai kepada maksudnya.
Habis, Liyana?
Ala… bila aku cakap berkenan, bukanlah aku dah cinta sampai separuh mati. Minat. Hendak cuba kenal. Ingin tahu dia ini bagaimana orangnya. Salahkah?
Salah. Kalau setiap satu hari, kau minat pada seorang gadis yang berbeza. Jumpa gadis baru, yang lama kau lupakan. Padanlah kau tidak jadi dengan Farhana. Bukan dahulu pun kau berminat waktu pertama kali dengan Farhana?
Farhana kes lain!!! Ah, sudahlah, biarlah aku membujang macam tu kalau aku tak boleh nak berkenan langsung.
Sikit-sikit nak merajuk.
“Fez, kenapa berkerut-kerut ni?” sapa Maya. Dia perasan ekspresi muka Fez seperti Fez itu keliru. Mujur dia tidak tahu apa yang bermain di kepala Fez.
“Oh, tak. Ada glare dari kereta depan tu tadi,” wah, Fez, pantas kau dapat idea untuk menipu! Fez menarik nafas lega kerana dapat mencari alasan.
Fez… dia memang begitu. Selalu sangat fikir berlebihan. Overthinking bak kata orang putih. Mungkin sifatnya begini yang buat dia masih solo sampai sekarang.
Jadi apa yang kau nak buat Fez? Tanya Fez pada dirinya sendiri.
Biarlah. Itu jawab balas Fez.
Dan mungkin Fez perlu bersyukur kerana pada tika itu, dia tidak lagi perlu berfikir tentang debat mindanya tadi. Tayar keretanya tiba-tiba meletup.
Maya menjerit kerana terkejut. Dia berpaut pada kerusi dan kereta mula menyasar dari jalanan. Mujur Fez sempat mencengkam kuat stereng kereta dan berjaya memandu kereta ke bahu jalan dan berhenti sepenuhnya. Dan mujur juga tidak ada kereta yang mengikut rapat di belakang.
“Oh my,” Maya menghela nafas setelah kereta berhenti sepenuhnya. Fez terasa peluh keluar dari badannya, kerana terkejut dengan apa yang terjadi. Kedua-dua mereka senyap buat seketika. Masih terpana.
Fez menekan butang ‘emergency’ untuk memberikan signal kecemasan.
“What should we do now?”
Fez fez fez
dasatttt ok nasib baiklah masih belum berkapel,so boleh la nak flirt2 merata muahaha
PLAYER KOT!! PUIH!!