Feb 14 2012
54 – Cinta pandang kedua
“Boleh tolong buka laci depan tu?” Pinta Fez.
Maya membuka laci hadapannya dan terlipat helaian kertas di dalamnya.
“Yang ni?” Tanya Maya.
“Ya, ada nombor AA kat sini. Boleh call dan minta dia tolong.”
“Kan tayar pecah saja? Ada tayar ganti tak kat bonet?”
“Ada… tapi….” Fez membelek-belek kertas untuk mencari nombor yang perlu dihubungi apabila kecemasan berlaku.
“Tapi apanya?” Tanya Maya lagi.
“Oh, peraturan jalan raya cakap kalau kereta rosak di lebuh raya, kita kena call bantuan. Takleh repair sendiri,” kata Fez sambil matanya masih mencari-cari di kertas. “Hah, nombor ni.”
“Are you kidding me?”.
“What?” Fez menoleh ke arah Maya, tidak faham.
“Tayar pancit saja pun. Boleh tukar dan kita terus boleh bergerak.” Maya membuka pintu kereta dan dia keluar. Fez terkesima sekejap, sebelum dia turut sama keluar, sambil memastikan tidak ada kereta yang sedang lalu di sebelah sebelum membuka pintu.
“Kenapa ni?”
“Buka bonet belakang,” arah Maya.
“Hah?”
“Heh, buka bonet!” Dan Fez menurut kata Maya. Sambil memastikan tidak ada kereta yang melepasi, dia buka semula pintu depan dan menarik picu di sebelah kanan bawah tempat duduk pemandu. Bonet belakang terbuka.
Maya dengan pantas mengambil peralatan yang diperlukan, juga tayar simpanan yang tersimpan di bawah pelapik di bonet belakang.
“Cekapnya kau,” kata Fez, kagum melihat Maya dengan selamba menggunakan jek untuk mengangkat kereta.
“Aku dah biasa buat benda ni.”
“Ah… what can I do to help?” Fez bertanya. Rasa pelik pula dia berdiri di tepi tika Maya sedang berlutut di tepi tayar kereta.
“Just wait there,” kata Maya, sebelum menoleh dan melemparkan senyuman pada Fez. “And be my pom-pom guy.” Maya berseloroh, dan kembali pandangnya kepada tayar kereta.
Dan pada saat itu Fez kaku sebentar. Cuba memahami emosi apa yang tiba-tiba menghentak hati tanpa ada sangka. Fez terus memerhati Maya yang benar-benar fokus pada tayar kereta. Dan debar-debar di dada tiba-tiba dia rasa. Biar benar…. kenapa terasa panahan kilat pada hati?
***
Cuaca cerah mengiringi mereka sehinggalah sampai ke ibu negeri Wales itu. Ini bukan kali pertama Fez sampai ke sini. Tika dia di UK dahulu, pernah dua tiga kali juga berkunjung datang, biasanya selepas ke Retail Outlet di Bridgend. Singgah di sini untuk cari tempat makan.
Bandar Cardiff ini nampak sama sahaja dengan bandar-bandar lain di UK. Cuma kalau melalui tengah bandar, bolehlah ternampak Cardiff Castle yang pintu agamnya tersergam indah.
“I’m impressed?”
“Of what?” Maya bertanya sambil matanya melihat ke arah Google Map di iPhone di tangan. “Take left. Kita masuk Bereford Road,” arah Maya.
“Okay,” Fez menyalakan signal lalu memandang cermin pandang belakang. Kereta perlahan-lahan menyusur ke kiri.
Datangnya mereka ke bandar Cardiff ini kerana hendak mengambil jubah graduasi yang telah ditempah Zayn.
“Kenapa Zayn sampai beli robe? Kenapa tak hire saja?” Maya tiba-tiba bertanya.
“Sebab dia cakap sewa pun dalam £40. Kalau tempah satu dalam £60 lebih kurang.”
“Habis, minyak kereta lagi? Sewa kereta lagi…”
“I don’t know,” Fez ketawa. But tomorrow lepas graduation, maybe nak drive ke London. Saja celebrate.”
“Ah I see. That would be nice.”
“Yes,” Fez tersenyum.
“Who else is going?”
“So far, just the two of us. Nak join kah?”
“I can’t coz I got lecture…”
“Oh..”
“Okay kita dah lepas rail keretapi. Sekejap lagi masuk Carlisle Street. Kedai dia kat situ lah,” arah Maya lagi. Anak panah di peta menunjukkan yang mereka semakin mendekati Carlisle Street.
“Kiri, kanan?”
“Kiri…”
“Oh, tadi, apa yang ko impressed?”
“Your skill… tukar tayar tadi.”
“Heh, tak ada apalah. My dad is a mechanic. So, aku tahulah sebab pernah tolong dia.”
‘You look real sexy when you did that,’ kata Fez. Sekadar dalam hati. Tidak berani hendak melafaz di mulut. Oh, bukan tidak berani. Sekadar tidak mahu berbunyi seperti lelaki gatal. Ah, tipulah. Tidak berani juga hendak ucap ayat-ayat terus begitu.
***
“So where are we heading to?”
“Balik?”
“I owe you a coffee sebab tolong tukar tayar tadi.”
“No thanks. Plus, I just got a text from my housemate. Dia lupa bawa kunci rumah. So, aku nak kena balik lah.”
“Okay.”
Dan kereta dipandu Fez kembali ke jalan besar menuju lebuh raya.
Maya sedang sibuk dengan telefon di tangan.
“Oh, by the way…” Maya tiba-tiba bersuara. “I said no for coffee because I can’t have one…”
“What?” Tanya Fez. Tangan kirinya menekan butang pemain radio di dalam kereta. Tidak berapa faham pula apa yang Maya maksudkan. Lagu klasik bermain di corong radio. Bukan jenis muzik yang dia suka, tapi Fez biarkan sahaja.
“Oh, aku ada caffein-allergy.”
“Seriously? How come?”
“Dulu waktu A-level, aku paksa berjaga malam. Redbull.. coffee…. And then overdose agaknya, sekarang tak boleh minum minuman berkafein. Pening.”
“Whoa, really?”
“Ha ah.”
“Teh?”
“Teh biasa tak boleh. Herbal tea is fine.”
“Chamomile, green tea?”
“Yes, that’s fine.”
“So you were hardcore student then?”
“Yeah…” Maya tersenyum. “But I had fun.” Masih tersenyum.
Fez sempat melihat. “What do you mean?”
“Well… selalu saja curi-curi tengok wayang in between lectures. Kelas habis pukul 11. Next one pukul 3, so sempat tengok movie.”
“That’s not being bad…”
“Who said I am bad? I said I had fun,” Maya mengerutkan hidungnya. Fez ketawa.
***
“Thanks for sending me back. So, I see you tomorrow at Zayn’s graduation.”
“Yes, sure.”
“Bye.”
Dan Fez melambai pada Maya yang melangkah masuk ke dalam bangunannya.
Fez masih lagi di dalam kereta yang tidak bergerak. Sekadar enjin yang masih hidup. Tertanya kepada sendiri apa erti semua ini. Tidak faham dengan permainan hati sendiri. Baru semalam dia tergila pada Liyana, sedang dia langsung tidak kenal Liyana ini orang yang bagaimana. Dan hari ini dia rasa selesa yang amat bila bersama dengan Maya.
Dan tika Maya sedang menukar tayar kereta, mukanya yang benar-benar fokus itu buat Fez lihat Maya dari satu sudut yang lain. Lain benar. Fokus. Itu kata kunci rasa hati Fez buat masa ini. Muka yang fokus. Rasa pelik sedikit bila dia rasa begitu.
Ah… Mungkin rasa yang sama bila dia dengar kawan wanitanya mendamba si lelaki yang bermain gitar dan menyanyi. Seperti itu. Mungkin. Fokus. Mungkin itu yang menarik hati?
Dan dia tidak faham akan perasaan itu. Kerana dia terlalu biasa cinta pandang pertama. Anis…. Liyana…
Tapi Maya bukan seperti itu. Maya … gadis pertama cinta pandang kedua?
Apa tu ”panahan kilat pada hati” muahahahahaha