Jul
19
2011
“Berapa harga tiket?” tanya Amy. Sambil telefon bimbit didakap di telinga, tangan Amy pantas menyelak timbunan kertas-kertas jurnal di hadapannya. Dia mahu cari satu artikel ini, hendak dijadikan rujukan untuk buat algoritma bagi programnya. Panas saja hari ini. Penghawa dingin pula tidak berfungsi. Sudah dia buka tingkap bilik siswazah luas-luas, tapi tidak rasa pula angin [...]
Jul
02
2011
Matanya merenung tajam. Dia berdehem sekejap sebelum mulutnya melafazkan, “Kalau kau nak dekat aku, tapi aku memang tidak inginkan kau, kau maukah aku layan, pura-pura cintakan kau sampai nanti aku jumpa minah lain yang aku berkenan???” Sunyi…. *** Bayu laut bertiup kuat malam ini. Leeya mendakapkan tangannya ke bahu sambil melihat kelip-kelip cahaya di depan [...]
Jun
28
2011
“What had happened?” itu tanya Fez sebaik sahaja Farhana melangkah masuk ke dalam bilik rawatan. Fez masih berbaring dengan kain putih yang dipekup ke hidungnya. Agaknya darah masih keluar. Farhana berjalan perlahan-lahan ke arah Fez. Rasa bersalah menyelubungi diri. “My ex…” Farhana bermula. Tapi kelu lidahnya untuk terus menyambung kata. “I figure that… apa yang [...]
May
29
2011
Awan mendung berarak di langit. Farhana berdiri di luar bilik rawatan. Belum lagi dia bercakap dengan Fez sejak tadi. Masih ada beberapa orang guru yang berbual dengan Fez. Dan Farhana malu. Malu untuk berdepan dengan Fez. Malu juga untuk berdepan dengan guru-guru lain. Tidak beberapa lama guru-guru tersebut keluar dari bilik rawatan. Salah seorang daripada [...]
May
08
2011
Mendung sahaja hari ini. Sejak dua tiga hari lepas, memang hujan selalu turun di sebelah petang. Biasanya dalam pukul 3 petang, hujan turun untuk beberapa jam. Fez sekarang sedang menuju ke pagar sekolah. Dia guru bertugas untuk minggu ini. Selepas dia selia pelajar-pelajar balik sekolah, baru dia akan latih Danial untuk persediaan pertandingan peringkat negeri [...]
Apr
22
2011
Ngeri. Macam mana kereta Kancil itu boleh terbelah dua di tengah-tengah kawasan lampu isyarat, Amy tidak tahu. Dia tunggang sahaja motorsikalnya melalui kesesakan jalan berdekatan Kompleks Bukit Jambul, mencelah-celah kereta yang langsung tidak bergerak. Sebaik sahaja dia melepasi hotel Vistana, baru lancar sedikit jalan raya. Amy tunggang motornya dengan berhati-hati, berdoa di dalam hati yang [...]
Apr
19
2011
Tersandar sekejap Amy di kerusi di kubikelnya. Matanya melihat ke arah skrin komputer tetapi dia tidak langsung menumpu pada paparan. Otaknya berat. Rasa hati juga berat. Empat hari. Mampukah? Baru tadi berjumpa dengan Prof Umairah. Prof Umairah beritahu yang paper yang dia hantar ke persidangan di Hannover itu diminta untuk dibuat pembetulan kerana hampir sama [...]
Apr
01
2011
“Pemenang pertandingan pidato anti dadah peringkat daerah jatuh kepada…” senyap sebentar sebelum disambung “Ahmad Danial Abu Hakim!” disambut dengan tepukan gemuruh. Danial memandang ke arah Fez kerana tidak percaya, Fez sempat ucapkan tahniah sebelum dia tolak belakang Danial suruh bangun dan pergi mengambil hadiah. Fez bangun sambil menepuk tangan tika Danial berlari-lari anak ke pentas. [...]
Mar
24
2011
“Aku keluar sekejap,” dia beritahu pada Zayn. Fez meninggalkan ruang bilik. Selipar disarung dan hanya dengan seluar track dan t-shirt berwarna hitam, dia menapak tangga untuk turun ke tingkat bawah dan kemudian keluar dari bangunan kolej kediamannya. Fez berjalan tanpa arah tuju, saja mahu berjalan. Selepas dari mesyuarat post-mortem program baktisiswa, dia berjalan bersama Amy, [...]
Mar
24
2011
Bunga. Hati Fez berbunga-bunga. Pelangi. Jiwa Fez umpama ditabir pelangi selepas hujan. Mentari. Rasa seperti disinar mentari pagi. Fez guling gembira di atas katil. Mata tidak boleh dilelap. Kali ini dia tidak mahu tersalah lagi hantar mesej. Kena fikir baik-baik apa yang hendak dikata. Tapi, bukankah ini besar maksudnya? Mesej sebegitu pun Anis mahu balas. [...]