Belum Ku Temu

53 – Penatlah dengar cerita cinta kau
Penatlah dengar cerita cinta kau Amy. Penuh dengan liku-liku hidup dan masalah. Sejak hari itu lagi asyik konflik memanjang. Bila masanya gembira? Bila masanya ceria?

Penatlah dengar cerita cinta kau Amy. Umpama tabahmu itu sekadar untuk menghadapi duka di hari esok, sedang jarang sekali nampak harapan di hujung jalan.

Penatlah dengar cerita cinta kau Amy. Kerna jarang sekali dengar rasa hati kau pada sang dicinta. Yang ada hanya keluhan, rasa sedih walau tanpa air mata.

Amy paksa diri dia untuk tersenyum. Bermain-main di kepalanya kini tentang perbualan petang tadi. Dan penat. Penat membaca kisah diri sendiri. Apatah lagi kalau orang lain mendengar. Tentu lagi penat.

Tapi ini realiti. Realiti dunia bukan seperti manis-manis dalam drama. Bukan sedih-sedih kemudian pasti gembira. Realiti dunia – gembira itu mungkin tiba. Mungkin bersama si dia. Mungkin juga gembira hanya sendiri. Mungkin gembira itu memang tidak akan kunjung tiba?

Dan apa itu cinta? Amy duduk bersandar di kerusi di ruang makan. Diam tanpa bicara tapi jiwa itu serabut dengan luahan dan kata.

Mungkin aku ini sudah tua? Amy tertanya sendiri. Bukan dia lupa akan rasa itu tika awal mereka bercinta. Manis. Memang manis. Rael ini, bila pandang saja di mata, rasa tidak tenteram di jiwa. Rael ini, bila didengar suara dari hujung sana, rasa lemah di dada. Rael ini, bila nukilan ayat dihantar olehnya, rasa hati berbunga-bunga.

Kini tidak lagi. Bukan kerana cinta itu hilang. Tapi kerana kini, bila Rael di depan mata, Amy rasa bahagia. Bila dengar suaranya, Amy rasa bahagia. Bila dapat mesej darinya, Amy rasa bahagia. Rasa tenteram dan rasa selamat. Rasa masa depan itu cerah dan gemilang.

Dan biar saat tadi pun, dia masih rasa begitu. Walau dia hendak khabarkan cerita yang bakal buat Rael rasa tidak gembira, dia tidak sangsi pada cintanya terhadap Rael.

“Berapa lama?” tanya Rael. Raut wajahnya memang menunjukkan yang dia tidak puas hati.

“Setahun je…”

“Setahun??!” Rael menggelengkan kepala. “So Amy nak pergi lah ni?”

“Peluang baik tu….”

“So Amy nak pergi?”

“Ya…”

“Habis? Kahwin?”

“Kita kahwin lah. Nanti Amy boleh balik setiap 6 bulan.”

Rael menggaru-garu kepala sebelum katanya, “abang taknak kahwin dan kemudian isteri abang pergi merantau entah ke mana.”

“Dan abang tak dapat nak ikut juga,” sambung Rael. Dan Amy tahu akan hal itu. Tapi bagi Amy, setahun itu tidak lama.

“Kenapa tak habiskan sahaja PhD kat sini?” tanya Rael, cuba mencari penyelesaian.

“Ini peluang, abang,” lembut suara Amy.

Otak Rael kusut. “Setahun itu tidaklah lama… tapi…” Rael cuba mencari ayat. “Abang tak rasa abang boleh berpisah lama-lama dengan Amy.”

Amy diam. Ayat Rael itu sudah dalam jangkaan.

“Kahwin, lepas tu Amy blah.. baik tak yah kahwin…” sambung Rael.

Amy diam lagi. Mahu biar Rael tenang sedikit. Dan dia tahu cadangan ini tidak akan buat Rael semakin tenang, “kita kahwin lepas Amy balik?”

Rael pula terdiam. Dia lihat mata Amy dalam-dalam. “Amy,” panggilnya lembut. “Abang bukan nak halang Amy dari berjaya. Tapi abang betul-betul harap Amy ubah fikiran tu. Study sahaja di sini. Kita pun boleh start family.”

Amy terdiam. Banyak benar diam antara mereka sejak tadi.

“Abang,” Amy panggil lembut juga. “Amy dah buat fikiran. Amy hendak kahwin dengan abang. Tak kisahlah sebelum atau selepas Amy balik. Amy cuma hendak minta abang tunggu dan beri masa pada Amy setahun.”

“Setahun, dan kemudian Amy tak akan pergi mana-mana lagi?” tanya Rael.

Amy tidak berani berjanji. “Kalau ada peluang untuk post-doc, Amy hendak cuba juga.”

Rael terus menarik muka bengis sebaik sahaja dia dengar kata Amy. “Lagi? Jadi, sepanjang hidup abang, abang perlu tunggu Amy?”

“Bukan macam tu abang….”

“Macam tu lah. Sekarang setahun. Nanti post-doc, berapa bulan pula?”

“Setahun dua….” kata Amy berat.

“Hah?” Rael menepuk kepalanya.

Saat itu mereka berdua sunyi. Hanya dengar suara pelanggan lain di dalam Secret Recipe yang sedang berbual. Adalah dalam kurang 10 orang dalam restoran tersebut. Amy memandang keluar, terasa sebu dan terasa seperti harapan cintanya bakal musnah bila-bila masa. Rael memandang ke arah kek keju di depan mata, yang baru sahaja dimamah beberapa cubit sebelum Amy melemparkan cerita. Juga sayu. Juga kaku. Mungkin juga keliru.

Pada saat itu Rael mula menilai dengan kepala, bercampur dengan emosi dan marah, tapi cuba untuk rasional semungkin boleh. Kenapa rasa perit sangat? Ya, kerana dia sayangkan Amy. Dan kerana dia tidak mahu lepaskan Amy pergi. Dan dia sudah mula takut membayangkan yang Amy tetap akan meninggalkannya. Buat seketika, dia rasa takut. Takut akan kehilangan. Saat kemudian, dia mula rasa marah. Marah kerana mereka ini bercinta. Marah kerana impian naik pelaminnya seperti dipermainkan Amy.

Rael bangun dan menolak kerusi. Amy terkejut.

“I love you Amy,” ujar Rael sambil memandang pada Amy. “Dan kali ini, abang nak Amy yang ikut abang, kalau Amy betul-betul sayang abang.”

Dan Rael melangkah pergi. Sedih, kecewa, juga marah. Sekian lama dia mengikut Amy. Kalau benar Amy itu cinta padanya, tiba masanya Amy berkorban untuknya. Amy tersandar di kerusi sambil melihat Rael melangkah keluar kedai dan hilang dari pandangan.

Dan Amy kembali ke saat kini. Terngiang akan kata-kata Rael sebelum dia ditinggalkan seorang diri di Secret Recipe.

Amy mengeluh, ‘penatlah dengar cerita cinta kau ni, Amy’.

52 – Nekad hati
Lama Amy sujud di atas tikar sejadah.

Walau bingit bunyi motorsikal dan kereta boleh didengar dari dalam biliknya, Amy rasa tenang. Tenang bila dia dambakan diri pada yang Esa.

Rasa bersalah tiba-tiba. Adakah dia manusia yang begitu? Hanya mula mengingati Illahi bila rasa sebak di hati? Dia berdoa agar dia bukan.

Dan istikharah yang Amy buat beri dia keyakinan pada apa yang dia mahu.

Amy bangun dari sujud dan memberikan salam. Tangannya ditadah ke langit. Dia pinta keputusan ini beri dia bahagia. Beri dia ketenangan, juga beri dia kekuatan. Biar bahagia kelak bukan setakat di dunia, tapi juga di alam selepasnya.

Amin.

Amy tanggalkan telekung dan dia lipat baik-baik dalam gulungan sejadah. Dan kakinya dihayun perlahan ke dapur.

Kopi.

Esok, dia bakal bertemu Rael. Hal-hal begini, biar sahaja dicakap berdepan. Kalau di telefon, susah pula. Mak Lang dan Pak Lang, harap mereka hormat dengan keputusan Amy. Lagipun ini yang dia mahu.

Dua perkara yang begitu utama dalam hidupnya. Rael juga pelajarannya. Banyak lagi perkara yang penting. Tapi yang lain itu tidak mendesak seperti yang dua ini.

Dan fikir Amy mudah. Kenapa perlu pilih satu daripada dua, jika dia boleh pilih kedua-duanya.

Dan itu asas keputusan Amy.

Prof Umairah sudah beritahu yang peluang begini bukan senang untuk diperoleh. Benar. Apatah lagi ke USC. Kalau hendak benar-benar buat PhD di sana, begitu banyak peperiksaan yang perlu dia ambil. Dengan GRE. Dengan TOEFLS. Kemudian, hal duit lagi perlu difikirkan. Dan ini peluang. Dan setahun itu bukan lama sangat. Prof Umairah kata, kalau dia dapat simpan sedikit duit yang bakal diberikan, boleh sahaja dia cuba cari tiket untuk pulang ke Malaysia sementara itu.

Rael. Tidak ada sangsi dalam hatinya yang mereka harus bersama. Dan biarlah dia bergegas ke Jerman untuk konferens, pulang ke Malaysia untuk berkahwin dan terbang pula ke California selama setahun buat penyelidikan. Kemudian dia bakal kembali ke Malaysia. Rael itu cinta. Dan cinta tidak akan luput biar jauh di lain benua, bukan?

Dan dalam tenang ini, dia harap Rael terima akan keputusannya. Dia mahu Rael setuju. Ini bukan tawar-menawar. Ini yang Amy mahu. Dan kali ini Amy nekad di hati. Dia tahu Rael mungkin tawar hati, Rael mungkin tidak setuju. Tapi ini yang Amy mahu.

Dan buat beberapa lama ini, dia biarkan orang kemudi hidupnya. Hari ini dia berpegang pada keyakinan di hati, dan tak akan Rael mahupun Pak Lang bisa merubah keputusannya.

“Boleh saya tanya kamu satu soalan?” kata Amy awal petang tadi. Ketika dia di kafe, seperti yang selalunya Adli muncul dan duduk sekali.

“Ya,” balas Adli dengan pinggan berisi karipap 2 ketul di depannya. Hendak dimamah tapi nampak Amy seperti mahu serius.

“Kalau kamu kena pilih antara girlfriend, dengan kerjaya, kamu pilih apa?” Amy tahu soalan ini tidak perlu ditanya pada budak mentah macam Adli, tapi bila dia yang mengaku sudah matang ini pun berbelah bahagi, mungkin minda si kecil mampu membantu.

“Kerjaya,” jawab Adli.

“Really?”

“Saya dah pernah ada girlfriend once. Rasanya dulu saya akan buat apa saja untuk dia…”

Amy terasa mahu ketawa dengar ayat sebegitu daripada Adli.

Adli sambung, “… tapi kalau girlfriend saya sayang saya, dia akan ikut dan setuju pilihan kerjaya saya.”

“Habis kalau dia nak pilih kerjaya, kamu pun pilih kerjaya? Kena berpisah?”

“Jarak jauh la agaknya…”

Amy menarik nafas dalam sambil kopi di depan mata, kembali ke masa kini. Dia tersenyum. Lama benar dia tidak begini. Rasa manis pula bila tiba-tiba kekuatan itu muncul di depan mata.

Dan mungkin dia silap. Dalam dirinya mencari sempurna, satu penamat cerita seperti Cinderella, yang akhirnya bahagia bersama orang yang dicinta. Tapi laluan hidup ini ialah fairy tale yang tak berkesudahan, bahagia itu perlu dibina sambil-sambil menempuh liku-liku hidup.

Dan dia yakin pada cinta. Mungkin Rael belum yakin pada cinta mereka yang mampu merentas masa dan dipisah lautan, dan misi Amy ialah buatkan Rael percaya. Cinta.

51 – Maya di minda
“Kau nak tak?”

“Okay ja. At least tak bosan sangat aku nanti.”

“Cool, I’ll forward you her number, then pick her up somewhere.”

“Okay,” balas Fez. “Eh, kenapa tak ajak Liyana?” Nada Fez sedikit mengada-ngada.

“Beggar can’t be chooser!”

“Whatever, I’m fine either way…”

Kereta dipandu Fez menelusuri lebuh raya M4. Tika ini, mereka sedang melintasi Severn Bridge sepanjang 1.6km yang memisahkan England dan Wales. Matahari yang terang memancar buatkan pemandangan Sungai Severn itu nampak indah sekali.

Fez diam sahaja sambil matanya memandang ke arah jalan raya sambil sekali sekala menjeling ke arah sungai. Sambil itu, lagu Katy Perry berkumandang di corong radio. Maya turut diam, sambil badannya dipalingkan ke sebelah kiri, melihat apa yang boleh dilihat daripada palang-palang besi yang menghalang pandangan. Jambatan ini nampak seperti Jambatan Pulau Pinang, tapi gah lagi Jambatan Pulau Pinang, itu yang bermain di fikiran Maya.

Sebaik sahaja lagu Katy Perry tamat, dan pada masa yang lebih kurang sama mereka melepasi jambatan dan kembali ke jalan biasa, tika lagu kumpulan The Saturdays pula bermain di radio, Maya kembali bersuara, “So, kat mana kita tadi?”

Fez ketawa. “Kau betul-betul kena berhenti bercakap bila kita lalu jambatan?”

“I just wanna enjoy the view,” Maya buat-buat merengek, sebelum mereka sama-sama ketawa.

“Habis, kalau Jambatan Pulau Pinang yang dalam 20 minit tu?”

“20 minitlah aku tak bersembang,” Maya sambung ketawa. “Again, what were we talking about?”

“Fasal kau pergi backpacking?”

“Oh ya…” Maya terhenti sekejap. “Eh, tak, tu dah habis dah. Kita cakap fasal….”

“Abortion!” Fez teringat. Ketawa kecil sekejap akan topik yang agak berat itu. “Kau cakap ada girlfriend kawan kau …. abortion?” Fez sedar akan struktur ayatnya yang tidak berapa betul. Tapi kalau sudah campur bahasa Inggeris dan Melayu dalam perbualan, memang sudah pun salah dari awalnya.

“Ha ah. Tiba-tiba dia datang minta pendapat dari aku,” Maya bercerita. “Aku cakap lah yang aku tak bersetuju, tapi diorang memang dah nekad…. aku biar jer lah.”

“English?”

“Ya. Eh tak. Welsh sebenarnya.”

Fez mengangguk. “Kenapa ko tak push sikit?” Tanya Fez.

“Hm..” Maya berfikir sekejap. “Kalau kau di tempat aku, kau kata apa?” Maya tersenyum panjang, saja tanya soalan perangkap begitu.

“Entah,” balas Fez. “It’s morally wrong…”

“But their definition of what’s morally right or wrong is different from ours, Fez,” balas Maya pantas.

“Betul juga. So, in order for them to agree with our point of view, they have to understand our moral base? Am I right?” tanya Fez.

“Yup, that’s exactly what I’ve thought.”

“Anyway… let’s move on to other topic please…”

“Like what?”

“Hmm… are you single?”

“Wah wah,” Maya ketawa. “Are you flirting Fez?”

“Taklah… aku saja ambil topik tipikal orang Melayu. Saja nak menyibuk.” Mereka ketawa.

“Yes. Single but happy.”

“Kenapa ‘but’?”

“Ah, betul juga, single and happy. Pardon me,” Maya terus ketawa. “And you?”

“Sama lah.”

“And why is that?”

“Why not?”

Maya tersenyum dengan balasan Fez.

“Oh, you know, ada seorang budak Norway yang asyik kacau aku kat kampus…” dan Maya terus bercerita.

This is fun, fikir Fez. This is fun and so natural. Sejak Maya melangkah masuk dalam kereta tadi, tidak putus-putus mereka bercerita dan berbual. Umpama dua orang sahabat yang sudah kenal begitu lama. Fez menjeling sekejap ke sebelah dalam satu dua saat sebelum pandangannya kembali ke jalan raya, sahaja mahu melihat wajah Maya. Bersemangat Maya bercerita.

Pelik dia dengan diri sendiri. Dalam Costa semalam, langsung dia tidak perasan akan Maya. Tidak pula dia tahu yang Maya seceria begini. Agaknya begitu. Bila mata dia sudah menumpu kepada Liyana, yang lain di dalam bilik yang sama tidak berapa bermakna.

Fez menjeling pada Maya sekali lagi. Maya punya muka yang bulat dan sedikit tembam. Rasanya kalau dia tidak jaga berat badan, dia ada potensi untuk gemuk.

Fez! That sounds awful! Fez menjerit pada dirinya sendiri, di dalam hati, rasa marah dan malu pada dirinya kerana berfikiran begitu.

Tak, tak, it’s not an insult, balas Fez dalam debat mindanya.

Kenapa bukan?

Sebab… fizikal bukan segalanya. Sebab… kalau tembam pun, masih comel. Dan Fez benar-benar rasa yang Maya ini comel. Lagipun cantik itu bukan sekadar pada paras rupa.

Sudah, Fez. Itu ayat cover! Fez membidas kembali.

Taklah! Kenapa bila tembam atau berisi itu dikatakan tidak cantik. Yang kurus keding itu pula dikira cantik? Fez yang satu lagi membidas balas. Penat dengan persepsi masyarakat yang kurus itu lawa.

Dah, dah… kau tahu yang tak ada guna kau nak berdebat begini, celah dirinya dalam minda. Mujur saja kau ujar perkara ini dalam hati. Kalau tidak, sudah tentu kau dianggap kejam kerana panggil Maya gemuk.

Taaak, aku tak panggil Maya gemuk. Aku kata dia ada potensi.

Sama saja Fez. Ada potensi itu, samalah macam kau kata dia gemuk.

Hey, what’s the point of this argument?

Oh, oh, cute lah Maya ni. Rasa berkenan pula. Itu rupanya yang Fez mahu katakan, tapi berpusing entah hala ke mana sebelum sampai kepada maksudnya.

Habis, Liyana?

Ala… bila aku cakap berkenan, bukanlah aku dah cinta sampai separuh mati. Minat. Hendak cuba kenal. Ingin tahu dia ini bagaimana orangnya. Salahkah?

Salah. Kalau setiap satu hari, kau minat pada seorang gadis yang berbeza. Jumpa gadis baru, yang lama kau lupakan. Padanlah kau tidak jadi dengan Farhana. Bukan dahulu pun kau berminat waktu pertama kali dengan Farhana?

Farhana kes lain!!! Ah, sudahlah, biarlah aku membujang macam tu kalau aku tak boleh nak berkenan langsung.

Sikit-sikit nak merajuk.

“Fez, kenapa berkerut-kerut ni?” sapa Maya. Dia perasan ekspresi muka Fez seperti Fez itu keliru. Mujur dia tidak tahu apa yang bermain di kepala Fez.

“Oh, tak. Ada glare dari kereta depan tu tadi,” wah, Fez, pantas kau dapat idea untuk menipu! Fez menarik nafas lega kerana dapat mencari alasan.

Fez… dia memang begitu. Selalu sangat fikir berlebihan. Overthinking bak kata orang putih. Mungkin sifatnya begini yang buat dia masih solo sampai sekarang.

Jadi apa yang kau nak buat Fez? Tanya Fez pada dirinya sendiri.

Biarlah. Itu jawab balas Fez.

Dan mungkin Fez perlu bersyukur kerana pada tika itu, dia tidak lagi perlu berfikir tentang debat mindanya tadi. Tayar keretanya tiba-tiba meletup.

Maya menjerit kerana terkejut. Dia berpaut pada kerusi dan kereta mula menyasar dari jalanan. Mujur Fez sempat mencengkam kuat stereng kereta dan berjaya memandu kereta ke bahu jalan dan berhenti sepenuhnya. Dan mujur juga tidak ada kereta yang mengikut rapat di belakang.

“Oh my,” Maya menghela nafas setelah kereta berhenti sepenuhnya. Fez terasa peluh keluar dari badannya, kerana terkejut dengan apa yang terjadi. Kedua-dua mereka senyap buat seketika. Masih terpana.

Fez menekan butang ‘emergency’ untuk memberikan signal kecemasan.

“What should we do now?”

50 – Liyana
Amy bermundar-mandir dalam bilik siswazah sambil telefon bimbit di telinga.

“Come on Fez…”

“Yes?” Fez tidak faham dengan nada Amy.

“Careful, you are falling into the same trap…”

“Trap?” Fez makin keliru.

“You know… crush lagi.. and then you gonna put a high hope and then crash and burn…” Pendek sahaja ayat Amy tapi benar-benar buat Fez terasa.

“Oh..” balas Fez. Diam sebentar ia. Sekelumit rasa di jiwa mengakui banyak benarnya kata-kata Amy itu. Diam terus Fez.

“Sorry… akak tak bermaksud nak buat kamu rasa macam ni..” Kasihan pula dia pada Fez. Tapi dia tahu apa yang dia kata itu benar.

Fez pada tika itu di depan komputer ribanya, menelefon Amy dengan menggunakan program Skype. Dia seorang sahaja di dalam bilik Zayn pada tika itu. Dalam suam-suam bilik yang dipanas pemanas elektrik, Fez rasa sebu. Tadi dia teruja. Sekarang dia rasa …. entah. Bukan marah. Hanya keliru. Sambil biarkan saat-saat yang berlalu beri dia jawapan. Tapi detik-detik masa yang berlalu itu secara fitrahnya sunyi. Jika otak sendiri tidak ligat mencari, jawapannya tidak terbentang sendiri. Cuma kadang-kadang diri sendiri berjudi. Mengharap ilham itu datang. Buat jadi petunjuk.

“Kenapa akak rasa macam tu?” Fez benar-benar ingin tahu. Bila sendiri tidak dapat merungkai persoalan hati, orang lain mungkin bisa tunjukkan jalan. Dan… Liyana telah berjaya buat dia angau tidak menentu, menyebabkan dia tidak dapat lihat apa yang Amy lihat.

“Kamu tahulah.. kamu bagitahu akak yang kamu suka budak tu hanya berdasarkan rupa. Kamu sendiri pun tak tahu yang dia tu sesuai dengan kamu ke tak…”

Tapi, Fez rasa sesuatu. Cara Liyana pandang. Cara Liyana senyum. Bila Liyana perhati padanya bila dia bersuara, dia tahu ada sesuatu antara mereka. Dia pasti.

Atau… bila gadis itu dia suka, setiap satu benda kecil yang gadis itu buat telah ‘berjaya’ disalahfahamkan olehnya?

Fez terdiam lagi.

Mungkin tadi dia harap Amy turut teruja bila dia bercerita fasal Liyana. Dan seperti kebiasannya, bila dia tidak rasa selesa begini, dia akan ubah topik. Cukuplah bercakap fasal Liyana, ujar Fez dalam hati.

“Baik akak, saya akan fikir baik-baik dan tak buat tindakan melulu,” kata Fez sekadar menyedapkan rasa. Kedengaran Amy menghela nafas di sebelah sana. “So, akak jadilah kahwin bulan 10 ni?” Sekarang, terdengar pula Amy mengeluh.

“Ha ah. Jadi rasanya…”

Cepat saja pancing Fez disentap. Sekarang topik sudah berubah dan Fez tidak perlu lagi berbicara fasal Liyana.

“And, what’s wrong?” Masa untuk Fez pula menyerang balas.

“Hm..” Amy berlengah. “Akak ada rasa tak sedap hatilah.”

“About Rael?”

“Tak, tak,” Amy menggelengkan kepala walau tidak dapat dilihat Fez. Amy bergerak ke tepi tingkap. Dia tarik sedikit tirai plastik ke bawah, sekadar mahu lihat apa di luar. Tidak nampak apa. Hanya sinar matahari yang memancar terang di jalan.

“Rael is great, and I’ll be lucky to have him in my life…” kata Amy. “Dan akak taklah ragu-ragu tentang nak kahwin, lewat atau cepat.”

Fez menunggu. Dengarnya seakan konflik Amy bukan terhadap kahwin itu sendiri.

“Akak tak tahu,” sambung Amy. “Tapi akak betul-betul rasa tak sedap hati, about this whole stuff.”

“Okay…” balas Fez. Fez rasa tidak senang untuk terus bertanya. Biasanya kalau Amy mula merujuk pada ‘rasa hati’, memang Amy sendiri tidak ada jawapannya. Dan Fez agak gusar kerana rasa hati Amy selalunya mengena. Dan itu juga sebabnya kenapa Fez rasa kecewa bila Amy memberikan tamparan realiti ke atas rasa hatinya pada Liyana.

Amy terus mengeluh sebelum menyambung, “anyway… apa plan kamu hari ni? Pukul berapa sekarang kat sana?” Tanya Amy bertalu-talu.

“Sekarang dekat pukul 8 pagi. Sekejap lagi nak drive ke Cardiff sebab nak pick up robes yang Zayn tempah.”

“Oooh, that sounds like fun.”

“Hmm… taklah. I’ll be going there alone sebab Zayn ada interview hari ni.”

“Ala… you’ll be okay,” kata Amy. “Okay Fez, I need to go. Ada meeting lagi 20 minit.”

“Okay. Bye, talk later.”

“Bye.”

Fez menekan butang ‘End Call’ dan dia terus mengelamun sebaik sahaja talian dengan Amy diputuskan. Sambil itu tangannya menekan-nekan perisian pelayar internet. Masuk Facebook, masuk Youtube, tapi otaknya terfikir hal lain.

Dia menarik nafas panjang.

Resah.

Kadang-kadang ada baiknya untuk mendapatkan pandangan sahabat. Buat dia terfikir. Dan tidak membuta tuli dalam hal ini. Fez akur akan kelemahannya yang mudah benar jatuh hati. Nasib baiklah jarang-jarang rasa ini berlaku. Kalau tidak…

Tapi Fez rasa geram juga. Kenapa ya? Orang-orang yang dia jumpa sama ada kawan baiknya sendiri, atau orang yang dia tidak pernah kenal macam Kak Lya, mahupun ibu saudaranya sendiri; selalu saja suruh dia ambil risiko dalam cinta. Ah, tak adalah Mak Teh kata macam tu, fikir Fez. Mak Teh biasanya bersetuju dengan mak, yang dia ini terlalu sangat memilih. Kak Amy pun kadang-kadang kata begitu.

Yang Fez tidak puas hati, bila dia tiba-tiba berkenan pada anak dara orang, melompat-lompat gatal mahu bercinta, orang mula persoalkan pula jika dia yang terlebih punca? Kata suruh ikut kata hati? Tapi bila dia ikut kata hati, orang tuduh tidak guna otak pula?

Mungkin itu pemikiran wanita? Fez sudah mula membuat tuduhan melulu. Bila dia bercakap dengan Zayn semalam, mudah saja balasnya.

“Cubalah bro. Aku rasa Liyana tu single lagi.”

Mudah. Begitulah sepatutnya. Kalau dia beritahu Mak Teh, pasti Mak Teh akan panjang lebar bertanya, ‘anak siapa, baikkah keluarga, kerja apa, cantik kah?’

Kak Amy tadi juga bertanya jika mereka serasi.

Benar. Semua hal itu penting. Tapi kalau semua ciri-ciri itu ada, tapi tidak ada rasa ini yang menusuk jiwa, yang buat dia rasa seperti di kayangan, bagaimana agaknya?

Fez benar-benar berdebat di dalam hati.

Dan pada tika itu, Fez buat apa yang kebanyakan lelaki akan buat bila malas hendak berfikir. Tidur! Tak perlu peningkan kepala, dan tak perlu hendak fikir tentang Liyana.

Amy yang pada ketika itu sedang melangkah keluar dari bilik siswazah, sudah pun lupa pada bual mereka tentang Liyana. Mindanya hanya tertumpu pada keputusan simulasi terbaru yang bakal ditunjukkan kepada Prof Umairah. Cuma Amy tidak mampu untuk tersenyum walau dia bertemu dua tiga orang pelajar kelas tutorialnya yang sempat menegur dalam langkahnya ke bilik penyelia. Amy benar-benar rasa tidak sedap hati.

Dan Amy tidak perlu tunggu lama untuk ketahui. Sebaik sahaja dia masuk dan duduk, Prof Umairah memandangnya dengan senyuman melebar.

“Good news! Saya dapat geran untuk research di USC!”

Amy senyum balas dan mengucapkan tahniah. University of Southern California itu memang Amy tahu punya reputasi yang baik. Dan Prof Umairah tidak berhenti di situ.

“Setahun, dan mereka benarkan saya bawa kamu sebagai visiting student. All covered!”

Dan pada saat itu jantung Amy terasa seperti luluh ke tanah…

49 – Bristol
Fez menarik beg keluar dari Lapangan Terbang London Stansted. Kelibat Kak Lya dan suaminya tidak Fez nampak sejak dari kaunter imigresen sampailah sekarang di tempat bagasi. Agaknya mereka sudah selamat keluar.

Jam sudah menunjukkan dalam pukul satu pagi. Seperti yang Fez jangka, kereta api ke tengah London sudah pun tiada. Jadi Fez buat keputusan untuk ambil bas untuk ke bandar London. Dia perlu pula naik bas Megabus dari Victoria Station untuk pergi ke Bristol.

Fez melihat telefon bimbitnya selepas dia sedar yang ada mesej masuk.

“Looking forward to see you bro.” Balasan mesej dari Zayn. Sempat dia hantar mesej pada Zayn tadi ketika dia sedang beratur di kaunter imigresen.

Apa agaknya pelan untuk malam ini? Fez tertanya sendiri.

Ah, mungkin juga cari mana-mana hostel yang murah dan tidur terlebih dahulu. Nanti siang baru cari bas ke Bristol. Mungkin…

Bandar Bristol. Benar-benar buat Fez terasa seperti kembali ke kampung sendiri. Ayat melampau yang Fez rasa orang akan mencanak-canak menyindir jika dia berkata begitu. Tapi iyalah, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.

Sambil tangan didakap ke dada, Fez menjengah pandang melalui tingkap. Tidak nampak apa-apa pun. Sekadar belakang bangunan. Tidak cantik. Tidak lawa. Tapi dia rasa selesa.

Pintu bilik terbuka dan Zayn melangkah masuk dengan dua mug yang dipegang di kedua-dua belah tangan. Agaknya tadi Zayn tolak pintu dengan kaki?

Zayn meletakkan mug-mug tersebut di atas meja di sebelah tingkap berdekatan dengan pemanas, dalam biliknya yang tidak berapa besar itu.

“Chamomile,” kata Zayn. “Just as you like it.”

Fez tersengih. Terasa macam zaman-zaman dahulu ketika di Pulau Pinang. Cuma yang bezanya tidak ada teh chamomile. Itu zaman teh tarik. Tidak juga. Sekarang pun Fez masih lagi dengan teh tarik. Sekali sekala. Perut Fez senang meragam dengan teh tarik. Dan manis gula itu tidak baik untuk badan.

“Apa plan kau hari ni?” tanya Zayn.

“Entah, lepak saja kot… Kau punya konvo…”

“Lusa.”

“Aku nak pusing bandar lah. Saja tengok apa yang berubah.”

“Tak banyak yang berubah,” Zayn balas, acuh tak acuh. Dia mencari-cari sesuatu dalam lacinya. “Jap lagi dalam pukul 4, aku nak lepak kat Costa, dengan dua tiga orang lagi. Datang ah join.”

“Of course!” Fez teruja. Dia mengambil mug dari atas meja dan menghirup teh perlahan-lahan. “Kawan kau, European ke, Malaysian?”

“Malaysian.”

“I see,” Fez tersengih menampakkan gigi. Sindiran penuh makna.

“Dah dah… kalau dengan Daniella… aku tak keluar dengan Malaysian.”

“Wah, bolehlah. Diorang tahu tak kau dengan dia?”

“Tak cerita pun. Malas.”

“Hehe,” Fez tersengih lagi. “Are you really serious about her?”

“Entah.” Pendek sahaja jawapan Zayn. Dan itu cerita lain. Cerita dia dengan gadis Itali ini bukan untuk dia rungkai panjang lebar dalam lawatan Fez yang pendek. Lagipun, itu memang cara Zayn. Jarang benar hendak dia kongsi panjang-panjang dengan orang lain. Biar saja peram hal itu sendiri. Bukannya mengganggu hidupnya pun. Dan buat apa hendak ganggu hidup orang lain.

Fez tidak peduli. Ada sekali dua dalam sembang telefon dahulu, Zayn bercerita sedikit tentang Daniella. Tapi Fez malas hendak tanya lebih-lebih kerana Zayn memang begitu. Berat sedikit bila mahu bercakap hal-hal peribadi. Apa Fez peduli…. Tapi tiba-tiba Fez ketawa kecil dengan fikirannya sendiri. Ini mungkin cara kebanyakan lelaki-lelaki ambil kisah tentang kawan masing-masing. Kalau Leeya dengar ‘tease’ cerita begini, sampai ke sudah dia mahu tahu siapa itu Daniella, bagaimana Zayn dan Daniella berjumpa dan apa kisah cinta orang Itali dan orang Asia. Biarlah… tiba masanya, mungkin Zayn akan bercerita.

Fez baru sahaja meninggalkan kawasan high street. Terasa mahal pula bila melihat harga-harga pakaian dan barangan tadi. Mungkin kerana dia sudah lama meninggalkan bandar Inggeris ini.

Cuma tidaklah dia rasa janggal sangat melihat bandar yang dipenuhi rata-ratanya orang kulit putih. Lebih mudah buat dia terkenang saat-saat dia di sini dahulu. Memori. Penuh dengan cerita untuk dikongsi.

Fez sudah pun beli kad sim pay as you go. Walaupun sekejap sahaja dia di sini, senang kalau dia ada nombor sendiri. Baru sahaja dia telefon Zayn. Kata Zayn yang dia dan kawan-kawannya sudah pun berada di Costa dekat dengan kawasan universiti.

Jadi apa lagi, langkahlah kaki sambil mendaki kawasan Bristol yang berbukit ini.

Tidaklah berapa berpeluh dek kerana cuaca yang berangin hari ini. Mentari bersinar terang, tapi rasa sejuk sekali. Angin bertiup tidak berhenti dari tadi.

Sambil Fez berjalan, dia nampak beberapa pasangan kekasih yang berjalan beriringan di bawah mentari musim panas.

Fez tertanya sendiri. Agaknya bandar Inggeris ini merubah dirinya? Setahun dia di sini, bercampur dengan orang tempatan dan orang negara sendiri, rasa biasa saja apabila bersendiri. Orang-orang di sini tidak begitu peduli jika dia ini berpunya atau tidak. Rakan-rakan sekelasnya dahulu yang rata-rata orang Eropah jarang sekali hendak bertanya hal peribadi. Kecuali Veronica.

Ah, sudah dia hantar e-mail kepada Veronica, beritahu yang dia akan berada di Bristol pada saat ini, tapi senyap sahaja. Tidak ada pun balasan. Kan baik kalau dia dapat jumpa Veronica sekali lagi.

Ruang minda Fez dipenuhi dengan memori-memori lama.

“Do you want to have a girlfriend?” tanya Veronica dahulu.

“Of course,” jawab Fez.

“Get one then. You surely can get one over here. Does it has to be a Malay girl?”

“Hm.. kinda… I guess,” Fez tertawa.

“Kinda? Just get one then,”ujar Veronica. Dia berhenti sekejap sebelum bertanya “Who was eliminated last week on the X-Factor?”

“Ah, that guy from Essex.”

“And clearly, you could use that time finding a girl rather than being sad in front of your tv… alone!”

“I’m not being sad! It’s a good show!” Dan mereka ketawa.

Fez malas mahu peduli. Agaknya makin usia bertambah, rasa selesa pula bersendiri. Atau, tunggu sahaja bidadari jatuh dari langit. Lagi mudah. Atau… ini semua sekadar alasan…

Dalam lamunan Fez, sampai sudah dia di kedai kopi yang dituju.

Dia melangkah masuk dan di hujung kedai tersebut, duduk sekumpulan pelajar-pelajar yang nampaknya seperti orang-orang Malaysia. Zayn juga ada di situ.

Zayn yang ternampak dia dari jauh melambai.

Fez melangkah ke arah mereka.

“Hey guys, ni kawan aku. Dia dulu belajar kat sini juga.”

Fez tersenyum dan memandang setiap satu antara 5 orang rakan-rakan Zayn.

“Ni Adam, Linda, Faisal, Maya dan Liyana.”

Fez kaku sekejap. Tiba-tiba terasa seperti masa berhenti sejenak dan dia sahaja yang bergerak ketika itu. Tiba-tiba terasa seperti kedai kopi yang ceria dan berwarna ini, tiba-tiba menjadi hitam putih kecuali kepada satu manusia. Dan terasa jantung tiba-tiba berdegup kencang.

Dan…

Dan…

Dan alasan … Semua itu dek untuk melindung diri. Memberi sebab supaya sunyi itu bukan satu rasa di hati.

Dan masa … Tiap aturan itu sudah disusun Yang Esa. Kadangkala menunggu itu bukan maksud tersungkur mengangkat bendera.

Dan rasa … Bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Walau belum tahu cerita si gadis ini; baik, buruk, mendung, cerah atau seindah pelangi; bila beburung terbang di angkasa maya minda, apa lagi yang perlu ditanya?

Dan Liyana … Kalau ribuan wanita cantik menayang tubuh sekadar berlalu di mata, tapi satu pandang padamu terus jatuhku ke hati, mungkinkah ini yang dinamakan cinta?

48 – Tiga Alam
Langit

Kapal terbang bergegar kuat apabila merentasi sekitar kawasan Pakistan. Dalam tidur Fez yang tidak nyenyak, dia terjaga dan tangannya dipegang kuat pada kerusi yang turut bergegar. Tidak semena-mena kapal terbang seperti jatuh ke bawah dalam satu saat, cukup untuk buatkan beberapa orang penumpang berteriak.

Nafasnya ditarik dalam-dalam. Lampu pasangkan tali pinggang dinyalakan. Fez bersandar sambil tangan masih lagi mencengkam ke kerusi.

Kapal terbang masih lagi bergegar. Bunyi berdentum-dentum di permukaan bawah kedengaran, hasil dari perlanggaran dengan awan. Hanya setelah 30 saat kemudian, gegaran itu reda. Cuma bunyi bingit dari enjin sahaja yang kedengaran.

Fez tersandar. Dia cuba untuk lelapkan kembali matanya tetapi susah pula terasa.

Tabir tingkap kapal terbang, Fez tolak ke atas. Fez menjengah pandangnya pada luar kaca tingkap. Sudah gelap. Cuma nampak cahaya kemerahan di kaki langit. Entah kenapa tiba-tiba rasa sayu pula.

Fez teringat semalam. Dia duduk-duduk depan rumah dengan emaknya di atas buaian. Matahari ketika itu sudah hampir terbenam dan ayah Fez baru sahaja meninggalkan rumah untuk ke masjid.

“Fez dah pek barang-barang untuk esok?” tanya emak Fez.

“Dah mak. Taklah bawa banyak barang pun, tapi tadi Fez kerosek balik baju sejuk Fez dalam almari.”

“Sejuk ka kat sana la ni?”

“Patutnya tak mak. Musim panas la ni. Tapi UK bukan boleh harap sangat.”

Emak Fez mengangguk-anggukkan kepala.

“Tadi Dian mai bersembang dengan mak,” emak Fez tiba-tiba bercerita. Fez diam, mendengar. “Dia habaq yang dia dah nak bertunang dengan anak pomen Simpang Tiga tu.”

“Oh ya ka?” Fez tersenyum.

“Ha ah. Depa kenal sebab kerja sekali,” balas emaknya.  “Fez.. tak jumpa sapa-sapa lagi ka yang Fez berkenan?”

Tiba-tiba terasa meruntun jiwa Fez. Tersentak mendengar soalan emaknya.

“Tak ada lagi mak…” balasnya, lemah, sambil matanya dilempar pada burung-burung yang terbang petang di angkasa.

“Tak pa la.. Kalau tak dak yang serius pun, yang biasa-biasa pun tak pa…”

“Pun tak dak mak..”

Emak Fez membalas dengan senyuman. Kemudian dia mula bercerita tentang kisah dia bertemu ayah Fez yang Fez rasa dia pernah dengar dahulu. Tapi cerita itu tidak pernah buat dia rasa bosan.

Cuma tatkala ini Fez rasa sayu sedikit. Dia tahu emaknya itu mahu mendengar cerita dirinya. Ya lah, anak jiran pun boleh datang untuk berkongsi, anak sendiri pula yang senyap bersembunyi cerita hati. Tapi Fez benar-benar tidak bersedia. Cerita tentang Anis buat dia rasa macam loser. Cerita tentang Farhana buat dia rasa macam dia kejam yang amat. Jadi lebih baik dia diam. Lebih baik dia diam dari buatkan emaknya risau. Atau kecewa mendengar cerita anak tunggalnya itu.

Tapi Fez rasa sayu. Sebab dia tahu emaknya berharap dia lebih terbuka untuk bercerita. Tapi dia tidak mampu…

Fez mengeluh.

“Maaf encik. Boleh saya bantu?” Fez dikejutkan dengan suara pramugari yang menegur, tapi sedikit berbisik kerana tidak mahu mengejutkan dua orang penumpang di sebelah Fez yang sedang nyenyak lena.

Fez baru teringat akan butang servis yang dia tekan tadi.

“Ah, yes. Can I have a glass of water, please?” Pinta Fez.

Pramugari itu mengiyakan dan berlalu pergi. Fez tersengih sendiri. Mentang-mentanglah nak kembali ke negeri orang putih, tiba-tiba terus speaking secara spontan. Fez.. Fez..

Darat

Gelap sahaja malam ini. Tapi bila perut kosong begini, dan rasa hendak memasak juga tidak ada, maka motorsikal ini Amy tunggang melalui kawasan perumahan.

Sekejap saja dia sampai di kedai mamak berdekatan dengan rumahnya. Amy lantas ke kaunter dan dia pesan roti canai dan teh ais, untuk dibawa pulang.

Amy ambil tempat duduk di tepi dinding dan dia menunggu di situ. Perbualan dengan Pak Lang tadi buatkan dia rasa serba salah. Telah dia gagahkan diri untuk telefon Rael, tapi tadi Rael sedang memandu. Jadi, dia biarkan dahulu.

Amy rasa yang prinsip dirinya benar-benar dicabar buat masa ini. Kalau ikut akalnya, dia akan minta perkahwinan mereka ditangguhkan. Bukan kerana dia tidak mahu berkahwin, tapi kerana masa yang diberi suntuk sangat.

Benar apa? Persidangan akademik pun beri masa lima enam bulan untuk buat pengesahan kehadiran, hantar abstrak dan kertas kerja penuh. Takkanlah kahwin dalam dua tiga bulan, sudah boleh jadi?

Boleh. Itu dia beritahu dirinya. Kalau kahwin itu hanya libatkan dia dan Rael. Tapi 5 rukun nikah itu termasuk wali. Dan Pak Lang bukannya orang yang biasa-biasa. Dia tahu Pak Lang. Dia tahu keluarganya.

Marah. Itu rasa Amy sekarang ini. Marah dengan diri sendiri, mungkin. Atau marah dengan situasi. Dan marah sayang pada Rael yang hendak kahwin tapi tidak beri notis lebih awal. Entahlah. Orang tidak faham agaknya, bila sudah ada komitmen dengan pelajaran sebegini, bukan senang-senang hati untuk berhenti cuti-cuti untuk kahwin. Ya lah, orang buat degree pun tidak sesuka hati nak bernikah. Orang buat PhD macam dia ~ apatah lagi. Yang bezanya orang buat degree memang ada cuti. Orang buat PhD tiada!

Amy mengambil telefon bimbitnya dari seluar jeans yang dia pakai. Entah kebetulan agaknya, telefon bimbit itu tiba-tiba berdering. Panggilan dari Rael.

Entah kenapa berdebar pula Amy rasa. Amy menjawab telefon. “Hello…”

Kedai mamak mula dipenuhi orang-orang yang datang untuk makan malam. Ada masjid dekat sebelah kedai mamak ini, jadi ada jemaah masjid yang biasanya berhenti untuk makan selepas Isyak. Amy masih lagi di talian, tidak endah pada apa yang berlaku di sekelilingnya.

Tidak lama perbualan Amy dan Rael kerana Rael dalam keretanya dari Kuala Lumpur ke Melaka, dan dia perlu terus memandu. Tapi muka Amy yang tadinya kelat, kini agak manis. Yang tadinya mindanya kusut, kini terurai kembali. Yang tadinya selera makannya hilang entah ke mana, kini perutnya mula terasa lapar dan roti canai yang dipinta ~ benar-benar buat Amy berselera.

Amy memasukkan telefon bimbitnya kembali ke dalam poket, serentak dengan pelayan kedai yang datang membawa bungkusan yang dipesan.

Amy buat-buat manja, “Boleh letak dalam pinggan tak? Saya cadang nak makan sinilah.” Segan pula Amy kerana mengubah fikirannya. Tapi kini dia lapar. Dia tenang, dan dia lapar.

Terngiang kata-kata Rael, “Amy jangan risau ya. Nanti abang uruskan semua, abang hantar pinangan, dan kalau Pak Lang tak kasi kita kahwin awal, abang minta emak abang postpone. Kalau jadi pun, Amy takyah risau langsung. Abang uruskan semua, Amy habiskan study Amy ya?”

Amy tersenyum lebar. Bertuah benar dia ya?

Laut

Farhana memanjat tangga feri dan dia naik ke tingkat atas. Adik-adiknya bersama ayah di bahagian depan feri, terlompat-lompat girang dan teruja melihat laut yang direntas dan angin bayu yang menampar muka walau dalam kegelapan malam.

Farhana berdiri memandang kelip-kelip lampu dari kapal berdekatan yang berlatarkan cahaya dari bandar Georgetown.

Mindanya teringat akan pujuk rayu dari Fareez. Buat dirinya tidak berapa tenang tadi tika berjalan-jalan dengan keluarga bila mesej dari Fareez datang bertalu-talu di telefon bimbitnya.

‘I still love you.’

Dan kemudian, ‘I’ve made my mistake. Now that I’ve been with that girl, I know how much I’ve been missing you…’

Fareez… dia kedengaran… ikhlas. Itu kata hati Farhana.

Mungkin juga perpisahan kami ini benar-benar beri dia perspektif baru. Mungkin juga selepas dia sudah bersama dengan perempuan lain, dia tahu betapa sebenarnya perhubungan kami ini istimewa? Sama juga seperti aku. Bila aku sudah dikecewakan oleh Fez, baru aku tahu ada orang lain yang lebih mencintai aku…

Itu kata hati Farhana.

Tapi aku masih cintakan Fareez kah?

Dua tiga hari ini Fareez seperti asyik muncul dalam hidupnya.

Satu dua mesej setiap hari. Dan semalam emak Farhana juga ada bertanya padanya akan Fareez. Ibu tahu yang mereka bergaduh tempoh hari. Tapi sejak hari itu, dia tidak berkongsi apa-apa dengan ibu. Kes Fareez datang ke sekolah dan memukul Fez pun Farhana tidak cerita.

Dan kenapa ya? Farhana tertanya sendiri sambil dia biarkan angin laut menyapa pipi. Kenapa ya? Walau dia tahu Fareez itu … teruk!

Farhana tarik nafas. Walau dia tahu yang Fareez itu pernah lukakan hatinya dan cederakan orang yang dia suka, walau orang yang dia suka itu kemudian lukakan pula hatinya tak sampai beberapa minit selepas itu; tapi asal mereka ini tiba-tiba muncul di depan mata, atau dihujung telinga; rasa parah hati ini makin terasa.

Bukan parah dek kerana marah. Parah dek kerana mereka ini pernah mencuri hatinya. Dan rasa suam dalam dada ini buat Farhana rasa mereka-mereka ini boleh jadi pelengkap dirinya…

Tapi kenapa? Kedua-duanya pernah kecewakan dirinya tapi kedua-duanya masih belum meninggalkan ruang memori ini.

Farhana masih ingat saat-saat Fareez bergaduh dengannya. Dia lemparkan kata-kata yang menghiris hati. Panggil dia bodoh. Panggil dia tidak setia. Kemudian satu dua hari senyap tanpa bicara. Dan kemudian hantarkan mesej kata mereka sudah tidak ada apa-apa.

Sehari dua dia menangis kerana diperlakukan begitu. Dan Farhana tahu, dia tidak mahu lagi menanggung derita dari cerita yang sama. Farhana sudah… move on!

Dan kemudian Farhana dapat tahu yang dia sudah keluar dengan perempuan lain. Sakit. Sakit hati atau cemburu yang dia sendiri pun tidak faham. Cuma rasa geram melihat Fareez yang begitu cepat dapat pengganti sementara dia masih lagi seorang diri, yang pada waktu itu tergila-gila pada Fez; tapi itu cerita lain.

Atau mungkin juga dia geram kerana dia tidak dapat apa yang dia mahu?

Dan mungkin berseorangan pada saat-saat atau usia begini bukanlah suatu yang ideal. Dia mahu ada seseorang yang boleh dia cinta dan dicintai.

Farhana menggaru kepalanya. Dia nampak feri semakin menghampiri Jeti Butterworth. Dia perlu turun ke tingkat bawah. Nanti tercari-cari pula ayahnya.

Tapi sebelum dia menghayun kaki, dia pandang jauh ke laut. Yang tika dia kini berpijak di atas lautan, dia terus tertanya. Kenapa? Kenapa luka lama ini mudah sangat untuk terhiris kembali?

Walau Fareez itu pernah lukakan hatinya, mungkin kini dia sudah menyesal? Dan tidakkah rugi jika dia lepaskan Fareez dalam keadaan dia itu sudah berubah?

Dan pada saat itu dia tewas. Tidak mampu lagi untuk bertahan.

Jadi dia taipkan di telefon, ‘sihat. How about you?’, dan mesej Fareez yang sekian lama dia diamkan, dibalas…

47 – Jiwa kacau
Amy berteleku di kabinet dapur, sambil menunggu air panas di cerek elektriknya dijerang. Jiwanya kacau. Sejak jumpa emak Rael tempoh hari, jiwanya kacau.

Inilah realiti. Bila jiwa kacau, duduk di dalam dapur yang walau dipasang lampu pun tidak terasa cerah, maka makin meruntun jiwa rasanya.

Inilah realiti. Bila jiwa kacau, dalam realiti hidup, bukannya mampu berjalan-jalan di tepi tasik atau tepi pantai seperti dalam drama. Bila jiwa kacau, dan kehidupan perlu diteruskan seperti biasa, selepas penat dan letih seharian di fakulti; mana ada daya lagi mahu ambil angin di tepi pantai Seagate atau tepi Queensbay. Duduk saja meraung masalah di rumah. Buat jiwa lagi kacau.

Inilah realiti. Bila jiwa kacau, dalam hati mahu menangis, otak masih terfikir pada kerja-kerja penyelidikan yang bagai tidak berkesudahan. Hasilnya, lahiriahnya tiada titisan air mata tapi dalamannya rasa berat; kerja pun tidak teranjak.

Inilah realiti. Walau jasad badan berada di dapur yang agak kelam ini, menunggu untuk kopi siap itu dibancuh adalah satu nikmat besar. Bukan kerana ini iklan kopi. Tapi kerana pahit kopi itu masih mampu ditelan dan dinikmati; tapi pahit kehidupan ini buat diri seperti mati.

Diri seperti mati ~ bila fizikal badan ini ditolak dan dikawal oleh orang lain. Kata hati mahu yang ini, tapi badan di gembala ke arah yang bertentangan. Bagai robot kawalan jauh.

Tup, bunyi cerek elektrik berbunyi tanda air sudah panas. Serbuk kopi dan gula sudah pun dimasukkan. Amy ambil cerek dan air dituang ke dalam mug. Wap panas keluar menerpa ke ruang udara sambil air itu dituang.

“Mak cik harap nak suruh kamu kahwin bulan sepuluh ini.” Terngiang kata-kata emak Rael tempoh hari. Rael pula sekadar tersengih di sebelah.

Lagi tiga bulan. Itu bukan yang Amy gusarkan. “Mak cik, awal bulan sepuluh ni, saya ada conference dekat Germany,” beritahu Amy. Bulan sepuluh juga kemasukan pelajar baru. Tentu sibuk. Bulan sembilan ada deadline bagi persidangan peringkat Asia Tenggara.

“Tak apa, kita buatlah dalam tengah bulan sepuluh,” emak Rael seperti memujuk, tapi Amy mula meradang.

“Kalau buat dalam bulan dua belas tak boleh ke mak cik?” Amy melembutkan suara. Tiba-tiba saja sekarang sudah masuk sesi tawar menawar akan tarikh perkahwinan. Entah bila yang dia bersetuju untuk buat majlis perkahwinan dalam masa terdekat?

Emak Rael melihat Amy dengan nada meminta simpati. Entah kenapa.

“Ni.. abang mak cik nak pindah Australia akhir bulan sepuluh. Kalau boleh mak cik naklah kenduri kamu dengan Rael, dia ada sekali. Nanti kalau dia dengan anak bini dia pindah, dah tak dapat dah nak datang…”

AirAsia kan ada?? Ujar Amy kuat-kuat, tapi sekadar di dalam hati.

Dan apa kaitannya? Yang nak kahwinnya kami berdua, bukan bapa saudara Rael! Amy menjerit lagi.

“Tapi mak cik, saya takut sibuk nanti waktu tu…”

“Tak apa, nanti mak cik uruskanlah. Kamu takyah risau-risau.” Dan kemudian emak Rael berubah pada topik lain, berbincang tentang persediaan kenduri sementara Amy terasa yang dia tidak pernah bersetuju untuk berkahwin pada bulan sepuluh. Rael yang gelak gembira dengan perancangan emaknya itu buat Amy rasa serba salah.

Dan saat ini Amy di rumahnya yang semakin gelap. Amy bangun dan dia mula pasang lampu di ruang tamu. Matahari makin terbenam di luar dan azan Maghrib bakal berkumandang.

Waktu-waktu Maghrib begini, kalau jiwa kacau, seperti makin berganda-ganda pula rasa seperti hati yang terbenam di dalam lumpur. Amy beristighfar.

Dia pun tidak pasti apa yang dia gusarkan. Memang menjadi impian hati kalau perkahwinannya dibuat secara sederhana. Tapi ketika ini dia bukan sedang senang-lenang jadi anak dara sunti yang hanya duduk di dapur.

Setiap hari, kadangkala hari Ahad juga, dia akan ke fakulti untuk buat kerja dari pagi sampai ke petang. Kalau diberi notis tiga empat bulan sebegini, risau pula jika dia akan terganggu dengan pelajaran dan perancangan untuk berkahwin.

Dan apa kata bapa saudara dan emak saudara yang menjaga dia dan adiknya dari kecil? Dia tahu bapa saudaranya itu bukan mahu kenduri dibuat mudah-mudah. Bapa saudaranya itu kuat adat. Takkanlah nanti dia hendak tampil dengan baju kurung,  pakai biasa-biasa dan nanti tetamu pula yang berpakaian lebih dari pengantin? Kena cari baju kahwin lagi…

Dan bulan sepuluh! Apa ceritanya? Pergi Jerman dalam satu minggu, kemudian balik dan kahwin? Maksudnya semua benda perlu tersedia sebelum dia berangkat pergi?

Semalam dia telefon Rael. Kata si Rael, “tak apa… abang uruskan… Amy tak happy kah kita nak kahwin?”

Amy makin keliru. Sudah dia cakap pada Rael, kalau bulan sepuluh, adiknya yang mengajar di Sabah itu mungkin tidak dapat pulang. Rael biasa sahaja. Rael kata boleh buat hujung minggu; dan Rael tak kisah untuk belikan tiket kapal terbang untuk adiknya.

Tahulah tiket kapal terbang sekarang ini bukannya mahal sangat. Tapi buatkan Amy lebih geram kerana kononnya hendak bergegas bulan sepuluh ini kerana hal keluarga Rael. Hal keluarga Amy; kenapa tidak peduli?

Amy mengurut kepalanya. Juga dadanya. Kadangkala dia tertanya, dia ini tidak cukup cinta terhadap Rael kah, yang buat dia rasa geram begini?

Jawab hatinya; dia sayang Rael. Dan lagi pantas dia dapat bersama Rael, lagi indah dunianya. Dan kalau dunia ini hanya mereka berdua, senang sahaja hidup ini. Tapi hal ini melibatkan keluarga ~ keluarga Rael dan keluarganya!

Amy tahu kalau dilengahkan lagi masa untuk dia hubungi emak dan bapa saudaranya, lagi teruk jadinya.

Jadi dia gagahkan diri untuk mendail nombor emak saudaranya. Sepatutnya masa-masa begini, Mak Lang dan Pak Lang sudah pun masuk ke rumah dari berkebun.

Telefon diangkat. Suara Mak Lang kedengaran seperti yang diharapkan. Amy bermundar-mandir di ruang tamu. Bercakap satu persatu dengan Mak Lang yang lebih memahami. Dalam sepuluh minit Amy di telefon sebelum Mak Lang minta sekejap masa sementara hendak bercakap dengan Pak Lang.

Amy tunggu sahaja di talian sementara dia dengar sayup-sayup suara Mak Lang bercakap dengan Pak Lang. Berdegup kencang pula jantung Amy, sambil berdoa Pak Lang akan setuju dan tidak kisah dengan perancangan ini.

Tidak berapa lama, Amy dengar suara Pak Lang di corong telefon, berdehem, dan Amy tiba-tiba terasa kecut. Bukan dia tidak kenal Pak Lang kalau berdehem sebegitu.

“Amy, kalau depa nak hang kahwin dengan anak depa, bawak mai rombongan meminang. Hat dok bercakap dengan hang soghang-soghang, apa ceghita??”

Sudah…. Amy menepuk kepala.

46 – Pintu No 21
Keropok ikan. Ikan bilis. Maggi Tom Yam. Milo. Semua itu telah dia masukkan dalam bagasi untuk perjalanannya. Bukan untuknya. Tapi untuk kawan yang kempunan hendak barangan-barangan tempatan.

Bagasi sudah selamat dihantar masuk ke kaunter. Agaknya sekarang sudah dalam kereta troli yang mengangkut masuk ke dalam bonet kapal terbang. Hanya Fez yang belum masuk ke dalam kapal terbang. Juga penumpang-penumpang lain yang sekarang ini menunggu di pintu nombor 21.

Fez bersandar di kerusi. Kakinya dilunjurkan ke depan sambil badannya seperti dibaringkan dalam ruang kerusi yang kecil itu. Fez menekan-nekan telefon bimbitnya. Sudah dia cuba hubungi Amy buat beberapa kali, tapi tidak pula telefon itu diangkat. Semasa Amy telefon dua tiga hari yang lalu, Fez bersama dengan emak dan ayahnya. Ada pula saudara mereka datang bertandang, jadi Fez tidak mahu menjawab tatkala itu.

Amy ~ dari nada saja Fez sudah tahu dia ada masalah. Entah apa masalahnya. Dalam Fez berangan sendiri, tiba-tiba seorang wanita di sebelahnya menegur.

“Adik pergi belajar ke?”

Fez tergamam sebentar sebelum awangan mindanya kembali ke bumi. Fez membetulkan cara duduknya. Dia kembali bersandar dengan baik dan telefon bimbitnya dipegang di sebelah.

“Ah, tak.. pergi jalan-jalan, lawat kawan,” jawab Fez. Masih terkesima dek teguran rawak dari wanita itu. “Akak?”

“Akak pergi sana sebab nak sambut anniversary,” terang wanita itu.

“Oooh,” kata Fez.

“Ah, panggil akak Kak Lya,” wanita itu memperkenalkan dirinya. Tersenyum Fez sebentar kerana dia tiba-tiba teringat akan Leeya. Jauh benar bezanya personaliti kakak ini dengan Lya, fikir Fez. Kak Lya ini nampak seperti wanita-wanita yang berkaliber. Cara dia bercakap dengan Fez pun sudah cukup untuk buat Fez rasa yang dia ini berkeyakinan tinggi dan teratur.

“Saya Fez,” Fez pula perkenalkan diri. Entah kenapa dia malu-malu alah.

“Kawan  Fez belajar kat London ke?” tanya Kak Lya. Kak Lya membetulkan duduknya. Nampaknya Kak Lya ini seperti mengandung, fikir Fez.

“Tak, dia belajar di Bristol,” jawab Fez. Dia perasan akan reaksi Kak Lya yang sepertin berfikir panjang. “Bristol ni sebelah barat dari London, dalam dua jam lebih dari London,” sambung Fez.

“Ooh..” kata Kak Lya. “Ni first time akak pergi ke UK. Husband akak dah pernah pergi dulu.” Kak Lya menoleh kiri dan kanan. Mungkin mencari di mana suaminya. Sampai satu arah, dia berhenti. Seorang lelaki tinggi berkulit pucat sedang bercakap melalui telefon bimbit di hujung bilik menunggu berdekatan dengan tandas. “Itu suami akak,” tuding Kak Lya pada lelaki tersebut.

“Ah okay… Akak jalan London je ke?”

“Entah,” Kak Lya ketawa. “Semua husband akak yang plan. Katanya nak pergi Cambridge dulu.”

Fez mengangguk-anggukkan kepala. Dia tahu yang Cambridge memang dekat dengan Lapangan Terbang London Stansted yang bakal mereka mendarat nanti.

“Musim-musim panas ni, akak kena cuba punting kat Cambridge,” kata Fez teruja.

“Benda apa punting tu?” tanya Kak Lya.

Fez tersengih kerana terlebih semangat tadi. “Punting ni macam perahu akak, tapi dia tak guna pendayung, dia guna kayu panjang. Oh, lebih kurang sama dengan gondola dekat Venice,” terang Fez. Tiba-tiba dia teringat saat dia mengayuh perahu tersebut ketika melawat Cambridge dengan beberapa orang kawannya dahulu.

Kak Lya mengangguk-anggukkan kepala. Kalau gondola, dapatlah dia bayangkan. Banyak benar dalam televisyen. Memang nampak romantik.

“Eh, kamu ni single ke, dah berkahwin?”

Fez tersengih macam kerang busuk. Soalan biasa yang dia terima di mana-mana baik dari rakan-rakan ibu bapanya mahupun kakak-kakak atau mak cik di jalanan.

“Bujang lagi akak,” jawab Fez.

“Dah ada girlfriend?”

Hah, sudah… mahu kenalkan aku pada adiknya pulakah? Tanya Fez dalam hati.

“Adik akak lelaki. Kalau perempuan, boleh dah akak introduce,” Kak Lya bergurau.

Eh, macam tahu-tahu pula apa yang aku fikirkan, sambung monolog minda Fez.

“Takde lagi akak.. Tak jumpa lagi,” jawab Fez jujur. Kadang-kadang Fez segan juga mahu bercakap tentang hal ini. Mulalah orang akan datangkan berbagai-bagai idea, tapi Kak Lya membalas, “tak apa Fez… Jodoh…” buat Fez lega sedikit.

Sambung Kak Lya lagi, “Akak dulu pun, bercinta bagai nak rak, tapi lepas itu putus.”

Fez sekadar tersenyum. Malas pula dia mahu tanya tentang percintaan yang putus itu. Jadi Fez tanya, “akak jumpa suami akak di mana?”

Kak Lya melemparkan pandangannya pada suaminya yang masih di hujung bilik. Dia tersenyum. Seperti ada seribu satu cerita di dalam mindanya. Dia beralih semula ke arah Fez.

“Suami akak ni jiran akak. Kenal-kenal macam itulah… kemudian…”

Jatuh cinta? Fez meneka dalam hati.

Nada pengumuman tiba-tiba berbunyi dari corong pembesar suara buat Fez dan Kak Lya terhenti sebentar dari perbualan mereka. Pengumuman disampaikan tentang pesawat mereka yang akan bertolak tidak berapa lama lagi.

Fez melihat sekeliling. Wajah-wajah hampa dari kebanyakan penumpang berubah sedikit bila mendengar pengumuman tersebut. Penerbangan mereka sepatutnya berlepas dalam 45 minit yang lalu, tapi telah ditangguhkan kerana kelewatan tibanya kapal terbang tersebut dalam penerbangan ke Kuala Lumpur.

“Penat juga bila menunggu lama begini ya,” Kak Lya tiba-tiba mengeluh.

“Ya,” kata Fez. “Saya risau satu jer akak… Nanti kalau lewat sampai, train nak ke London pun dah tak ada.”

“Oh. Kalau tak ada?” tanya Kak Lya.

“Naik baslah. Tapi bas leceh sikitlah akak. Dalam sejam lebih nak ke tengah London. Kalau train dalam 40 minit saja.”

Nampak benar Fez ini tahu selok belok di sana, fikir Kak Lya.

“Ah, sambung cerita tadi!” Kak Lya teringat semula di mana perbualan mereka terhenti. Berseri-seri muka Kak Lya.

“Ya?” Fez kembali teruja.

“Suami akak tu dulunya duda…” sambung Kak Lya. “Perkahwinan pertama dia tak berjaya. Bertahan dalam 3 bulan.”

Fez mengangguk-anggukan kepala. Tidak tahu hendak beri reaksi apa bila Kak Lya bernada biasa.

“Tapi itulah Fez, dia tak putus asa… Ada rezeki akak dengan dia.”

Entah kenapa terasa seperti terkena batang hidung sendiri bila Kak Lya rujuk suaminya itu ‘tidak berputus asa’. Dia ~ dalam lafaz mulut kata tidak takut hendak bercinta, tapi dia tahu hatinya sangat berjaga-jaga. Cerita lama itu bagai trauma.

Fez terfikir akan satu soalan, yang mana dia tidak pasti sama ada dia wajar bertanya atau tidak. Tapi bukankah rugi kalau tidak…

“Akak dah kenal suami akak sebelum tu, macam mana akak boleh jatuh cinta? Berubah dari kawan kepada kekasih?” tanya Fez. Dia benar-benar ingin tahu. Tapi rasa malu sedikit bertanya soalan sebegitu dengan orang yang baru sahaja dia kenal. Ah, apa kisah? Tadi pun Kak Lya ini selamba sahaja tanya dia sama ada dia sudah berpunya atau tidak.

Kak Lya tidak nampak segan silu. Dia menjawab, “akak beri dia peluang…”

Sekali lagi Fez terasa seperti terkena batang hidungnya sendiri. Bab beri peluang atau tak beri peluang ini memang Fez sudah cukup berpengalaman.

“Dan lepas akak kenal dia…” Kak Lya mengangguk-anggukkan kepalanya sebelum menyambung “..akak banyak berubah jadi lebih baik.”.

“Er… honestly saya rasa akak nampak macam wanita bekerjaya yang berkaliber,” beritahu Fez. Entah kenapa dia rasa dia perlu tekankan hal itu. Mungkin hendak khabarkan yang Kak Lya ini memang nampak macam perempuan-perempuan baik. Entah ada kaitan atau tidak Fez? Fez tertanya sendiri.

“Ah, akak bukanlah teruk ~ drugs atau merokok,” Kak Lya ketawa. “Tapi dulu akak ni jenis lemah. Sikit-sikit menangis sampai husband akak cakap akak dulu perempuan air mata.” Kak Lya sambung ketawa.

Fez tersengih. Begitu rupanya. Cinta boleh buat orang berubah sebegitu rupa?

“Tak apa Fez, semua ini rezeki,” kata Kak Lya seperti membaca fikiran Fez. “Orang selalu ingat yang belajar tinggi rendah, kerja berpangkat atau tidak, makan mewah atau mudah; itu sahaja rezeki. Jodoh ini pun rezeki juga. Kadang-kadang ramai orang berkenan, tapi satu pun tak menjadi,” Kak Lya ketawa sambil matanya dijeling pada suaminya yang seperti sudah selesai berbual. Ah, agaknya ada cerita di sebalik kata-kata itu, fikir Fez.

“Tapi Fez, kalau tak terbang tinggi, mana hendak tahu langit itu tinggi atau rendah?”

Fez tersengih dengan metafora Kak Lya. Tapi Fez akui yang cinta ini satu risiko yang perlu diambil. Dia tahu. Cuma ~ dia berani atau tidak, itu masih lagi satu persoalan.

Suami Kak Lya menghampiri mereka. Fez bersalaman dengan suami Kak Lya.

“Lya, jom. Diorang dah panggil kita punya seat,” kata suami Kak Lya.

“Okay, okay,” balas Kak Lya. “Akak pergi dulu ya…”

Kak Lya meminta diri sambil bergerak ke tempat beratur bagi penumpang di kerusi premium.

Fez kembali dengan telefon bimbitnya. Dia tersedar yang ada panggilan dari Amy sebentar tadi. Fez mendail nombor Amy.

“Fez, kamu dah nak naik flight ya?” tanya Amy.

“Ha ah. Akak okay ke?” tanya Fez.

“Hmm… tak berapa…. jumpa emak Rael hari tu…” Amy mula bercerita tapi kemudian dia terhenti bila Fez mencelah.

“Akak, diorang dah mula panggil masuk tu…”

“Oh ye ke?” Amy kecewa. “Pergilah. Nanti akak sambung balik….”

“Sorry akak. You’ll be fine, yeah?” Risau pula Fez. Setahu Fez, Amy dan emak Rael sangat mesra. Tidak dapat pula dia sangka apa masalahnya. Hendak terus bercakap pun, nanti lagi tidak seronok jika terpaksa berhenti. “Nanti saya call akak bila saya sampai Bristol.”

“Okay, okay,” Amy gagahkan dirinya untuk tampak ceria. “Enjoy ya.”

“Thank you akak.” Fez menamatkan perbualan. Telefon bimbit disimpan di dalam poket seluar dan dia mengambil beg galasnya di sebelah dan mula menyertai barisan penumpang yang mula masuk ke kabin kapal terbang. Baru mula berbaris, belum pun lagi masuk. Nampak seperti orang-orang di barisan kerusi premium sahaja yang dibenarkan masuk.

Baru dia perasan yang Kak Lya tiba-tiba datang kembali ke arahnya.

Fez tertanya apa yang berlaku.

“Nah,” Kak Lya menghulur sekeping kad perniagaan yang bertulis tangan di bahagian belakangnya. “Add akak dekat Facebook ya.”

“Oh, okay okay,” Fez mengiyakan.

“Nanti kalau sampai KL, jemputlah datang rumah,” kata Kak Lya. “Bye.” Dan Kak Lya berlari-lari anak ke arah suaminya.

Fez membelek kad perniagaan tersebut. Ada email Kak Lya dan nama penuhnya – Odelia Osman.

Fez melihat pula bahagian depan kad tersebut. Tercatat nama suaminya – Editor Majalah Kembara – Harith Ali.

45 – Bad vibe
“Berapa harga tiket?” tanya Amy. Sambil telefon bimbit didakap di telinga, tangan Amy pantas menyelak timbunan kertas-kertas jurnal di hadapannya. Dia mahu cari satu artikel ini, hendak dijadikan rujukan untuk buat algoritma bagi programnya.

Panas saja hari ini. Penghawa dingin pula tidak berfungsi. Sudah dia buka tingkap bilik siswazah luas-luas, tapi tidak rasa pula angin menghembus masuk. Kalau sudah bangunan dilindung dengan bangunan lain, mana angin mahu berlalu.

Tiga minggu lepas, memang hujan lebat hampir setiap hari. Tapi sejak musim hujan berhenti, panas membara sahaja dari pagi hingga ke petang. Dan terkurung di bangunan batu tanpa penghawa dingin ini benar-benar satu dugaan.

“Apa?” tanya Amy. Tidak dengar pula dia akan suara Fez di sebelah sana dek kerana telefon bimbit yang melungsur ke bawah dagu. Amy sempat sambut dengan tangan kanannya.

“Rasanya dalam 1200 ringgit, pergi balik,” jawab Fez. Dia sekarang sedang berada dalam biliknya di perpustakaan. Pada tika yang sama Fez nampak Farhana melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Fez mengangkat kening dan sempat melemparkan senyuman. Farhana balas dengan senyuman yang tidak berapa ikhlas.

Memang sejak peristiwa tempoh hari, Fez dan Farhana tidak banyak bercakap. Sekadar tanya khabar dan berpura-pura tidak kekok. Kali ini Fez benar-benar rasa janggal. Dahulu, waktu Cikgu Suffiyah buat spekulasi, Fez tidak terasa sangat. Mungkin kerana waktu itu, Farhana sendiri tidak akui yang dia berminat padanya.

Kali ini berlainan. Hari itu Farhana sudah luahkan perasaannya. Kemudian Fez ada terima mesej dari Farhana. Dia tidak balas. Kemudian dia dapat lagi mesej dari Farhana yang meminta maaf, juga dia tidak balas. Dia sekadar datang ke sekolah dan berpura-pura seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Kerana berpura-pura itu lebih mudah dari bercakap panjang-panjang dan berdrama.

Tapi janggal.

Memang janggal.

“Rasanya? Kenapa rasanya?” suara Amy kedengaran dari corong telefon, dapat dengar nadanya yang curiga. Amy sedang merujuk pada harga tiket.

“Taklah, dah bayar dalam Pounds Sterling kan…” Fez menghela sedikit kerana dia dapat beri alasan yang dikira logik dan baik. “Oh, akak, dah dapat dah tarikh untuk pertandingan peringkat kebangsaan. Lepas cuti sekolah ni dekat KL.”

“Ah, baguslah. Adalah dua tiga minggu lagi untuk kamu prepare,” kata Amy. “So, lepas kamu balik cutilah ni?”

“Ya,” balas Fez.

“Eh, kenapa kamu bayar dalam Pounds Sterling. Kad kamu kan kad Malaysia jer?” tanya Amy. Fez menepuk kepala. Kenapa pula otak Amy secergas ini? Selalunya, kalau dia menukar topik, cepat saja Amy terlupa.

“Er…”

“Hah, something fishy is going on!”

“Yer lah, yer lah. Tapi shhh… dia tak kasi bagitahu kat orang. Dia sponsor tiket saya,” balas Fez malu-malu.

“Wah! Siap dapat sponsor lagi!”

“Sponsor tiket jer.. Benda lain duit saya sendiri… Lagipun, saja dia ajak sebab family dia tak datang graduation day dia,”

“I see. Padanlah. Ish, sayang akak tak mengorat dia dulu, kalau tak dah dapat tiket free…”

Eh, melebih pula Kak Amy ni, fikir Fez.

“Akak… dia sebaya dengan saya akak…”

“Oh, lelaki muda… takleh takleh,” balas Amy. Tapi dia ketawa sedikit kerana dia tiba-tiba teringat tentang Adli.

“Itulah alasannya?” sindir Fez. “Yang Rael itu akak nak buang kat mana?”

“Hehe, dia tetap di hati,” balas Amy. “Bila flight kamu?”

“Sabtu ni,” Fez tersengih.

“Cuti mula bila?”

“Jumaat ni.”

“Wah, kiranya, cuti sekolah mula, terus pergilah?”

“Ha ah, tak buang masa akak…”

“Hehe…”

Tak jumpa pula jurnal yang Amy mahukan. Amy bersandar sekejap. Terasa malas pula hendak mencari.

Ah, kenapa tak terfikir dari awal. Daripada penat-penat mencari hard copy, baik sahaja dia cari dalam komputer dan cetak semula. Amy tersengih tiba-tiba. Dia tersedar yang ulang kali Fez mengingatkannya untuk tidak mencetak sesuka hati. Mesra alam sedikit, pesan Fez. Maka Amy selak kertas-kertas A4 dari hujung meja. Ada sesetengahnya memang tidak mahu digunakan kerana sudah berconteng ataupun dari helaian kertas-kertas iklan atau surat-surat yang tidak penting. Dan muka yang lagi satu memang masih kosong.

Amy letakkan dalam sepuluh helai kertas tersebut di ruang masuk kertas di mesin cetak di hujung bilik. Kemudian, dia kembali ke meja dan dia cari fail yang terkandung artikel yang dia mahu. Kemudian dia tekan butang ‘print’. Sekurang-kurangnya dia cetak atas kertas reject, ya tak? Amy tersengih sendiri sebelum lamunannya terhenti dengan ketukan pintu. Dia sempat menjeling ke sisi kanan bawah skrin komputernya, mahu lihat jam. Oh, sudah pukul 2! Itu tentu…

… Rael. Amy tersenyum lebar melihat Rael sebaik sahaja pintu dibuka.

“Hai. Ready?” tanya Rael.

“Hai hai..” balas Amy. “Jap jap.” Amy mengambil helaian kertas yang dicetak dan dia cepat-cepat letak di atas meja. Dia ambil jambak kunci di sebelah cawan kopi dan dia masukkan ke dalam poket seluar jeans. Dia ambil beg galas di tepi meja dan dia sandang di belakang, sebelum Rael mempelawa untuk tolong bawakan sebaik sahaja dia sampai ke muka pintu.

Dalam sepuluh langkah mereka meninggalkan bilik siswazah, Rael berkata,

“ni mak abang ada sekali ni…”

Amy terkejut tapi juga teruja. “Ah, ya kah?” Amy memang pernah berjumpa dengan emak Rael sebelum ini dan emak Rael sangat ramah dengan Amy. Amy tersenyum riang sambil berjalan dengan Rael ke kereta.

Tidak berapa jauh dari tempat parking kereta, dia nampak emak Rael berdiri di sebelah kereta, memberikan senyuman kepada Amy.

Tapi entah kenapa Amy tiba-tiba rasa berdebar-debar. Kenapa? Why am I getting such a bad vibe?? Amy tertanya sendiri

44 – Double Standard
Matanya merenung tajam. Dia berdehem sekejap sebelum mulutnya melafazkan, “Kalau kau nak dekat aku, tapi aku memang tidak inginkan kau, kau maukah aku layan, pura-pura cintakan kau sampai nanti aku jumpa minah lain yang aku berkenan???”

Sunyi….

Bayu laut bertiup kuat malam ini. Leeya mendakapkan tangannya ke bahu sambil melihat kelip-kelip cahaya di depan laut dari kapal-kapal yang berlalu pergi. Nipis saja baju Leeya malam ini. Seperti hari-hari biasa, tidak kira hari yang panas membara, atau malam yang sejuk-sejuk begini, sentiasa saja nipis. Tidak perlulah untuk tahu sama ada singkat atau tidak. Itu hal Leeya.

Amy duduk diam sahaja di sebelah. Sambil tangannya memegang cawan kopi sekali-sekala. Melayan rasa di hati, juga melihat ke arah laut walau gelap malam menghalang pandangan di depan. Dia berpaling, mahu lihat sekitar. Adalah dua tiga pasangan di meja sebelah, dan dua tiga kumpulan remaja dengan kawan-kawan mereka di meja yang lainnya. Kira meriah jugalah kawasan makan ini. Padang Kota … tentu sajalah meriah, fikir Amy.

Dia teringat akan soalan Adri.

“Dah ada boyfriend?” Amy mahu ketawa. Bukanlah pada masa itu, tapi pada waktu ini. Entah trick apa yang Adri mahu buat, dia tidak tahu. Tapi dia jujur sahaja menjawab.

“Ya,” dan dia dapat lihat Adri seperti kecewa.

Amy tahu apa yang dia fikir tentang Adri. Walau memang dia rasa Adri itu cukup menawan hati, dan pernah menggoncang jantungnya ketika beraksi di pentas drama, matang biarpun usianya jauh lebih muda dari Amy, tapi; dek kerana usianya yang jauh lebih muda dari Amylah, Amy beritahu dirinya yang dia tidak perlu membaca jika ada maksud tersirat. Kenapa perlu semakkan minda dengan hal yang tidak mungkin berlaku. Lagipun dia sudah punya Rael. Nokhtah, di situ. Dan itulah Amy.

Maka Amy sambung hari-harinya seperti biasa. Dan malam ini dia mahu lepak-lepak sahaja dengan sahabat-sahabat rapatnya.

Kerusi di sebelah ditarik. Amy dan Leeya mengalihkan kepala serentak.

Belum sempat Fez duduk, dia bersuara, “wah, dua-dua orang melayan jiwangkah??”

“Takdelah, tengok-tengok laut jer,” Leeya membalas manja. Amy tersenyum sedikit.

“So, kau jumpa Anis tu? Kau cakap apa?” tiba-tiba Leeya bertanya. Fez membetulkan tempat duduknya dan menghirup teh tarik sebelum menjawab soalan Leeya.

“Tak ada cakap apa pun…”

“Luka lama berdarah kembalikah?” tanya Amy, sengaja menyindir.

“Lebih kuranglah…” Fez berhenti sekejap. “Macam mana ya, maybe it’s just a physical attraction…”

“It is just a physical attraction because you know nothing about her!!,” celah Amy sebelum, “oops sorry, go on!”

Fez jeling dan mengangguk, tanda memberi kemaafan atas pintasan Amy. “Tapi entahlah. It’s probably an instinct. Bila saya lihat Anis, saya rasa macam dia sesuai dengan saya…. does it make sense??”

“Well, no, kalau kau setakat based on that,” jawab Leeya. “Aku pun selalu nampak lelaki-lelaki kacak dan cair, tapi takdelah nak tangkap jiwang.” Leeya menyindir. Amy ketawa. Fez masih lagi dalam mode seriusnya.

“Entahlah, feeling, how could I explain? Tapi itulah… aku rasa aku dah sampai satu tahap yang aku malas mahu peduli. Dan dah takdelah pun rasa macam hendak dia lagi. Cukuplah kot aku terluka sekali…”

“Terluka sebab kau tak pernah tegur dia?” tanya Leeya, sinis. Leeya mengacau ketulan ais dalam air milo aisnya dengan straw, sedikit menyesal meminta milo ais bila malam ini dingin sekali.

Kali ini Fez diam sekejap.

“Well, there’s something that I’ve never tell you guys actually,” sambung Fez, masih dalam nada melodramatik.

Amy diam. Menunggu. Leeya tidak. “Apa? Apa?”

Fez tersengih melihat Leeya yang begitu teruja.

“Dulu Anis pernah contact-contact dengan aku. Somehow aku terperasan yang dia minat kat aku, which she was not,” cerita Fez. “And then I was a bit frustrated. But that’s pretty much about it.”

“That’s it?” tanya Amy. “Macam tu ja kamu dah frust?”

“Well, saya pernah straight-forward dengan dia, ajak dia keluar. Ajak date.”

“And?” tanya Leeya.

“Memula dia cakap ya.”

“Kemudian?” tanya Leeya lagi.

“Lepas tu, dia senyap seribu bahasa.”

“Busy kot?” Amy berbaik sangka.

“That’s what I thought, tapi nampak dia keluar dengan lelaki lain…”

“So you are jealous already??” Amy tersengih.

“Bukan jealous… tapi bila dia ada masa untuk pergi lepak-lepak dengan orang lain, tapi mesej saya dia tidak respon… entahlah akak… saya muda lagi waktu tu. Saya mesej dia, dia balas. Saya ajak keluar, dia cakap ya. So, agaknya saya mula mengharap… berharap sangat… bila tak dapat, kecewalah…”

Fez ketawa.

Amy mengangguk, tanda faham. Zaman muda-muda belia, memanglah emosi tidak begitu pandai dikawal. Benda-benda mudah sebegini pun bisa buat seseorang itu rebah.

“Ko ni lemah laa Fez,” tiba-tiba Leeya menambah, dan Fez rasa seperti kepalanya dihentak batu.

“What?”

“Ya lah, ko yang perasan-perasan sendiri, padahal perempuan tu tak suka kat kau, pastu kau yang frust lebih-lebih,” sindir Leeya. “Tak macho aa. Drama laa kau. Move on la Fez, cari perempuan lain.”

“Yeah, betul tu,” Fez iyakan sahaja. “I guess I’ve learnt something from that.” Dan bagi Fez, pengalaman bisa buat dia matang.

“Bagus, bagus,” kata Amy.

“Habis, perempuan tu kau tak nak layan?” Leeya masih belum habis rupanya.

“Siapa?”

“Farhana.”

“Kenapa nak layan dia?” tanya Fez. Sebelum dia ke tandas tadi, memang Farhana yang mereka bualkan. Lebam mata Fez cukup untuk buatkan Amy dan Leeya terkinja-kinja mahu tahu apa yang terjadi. Dan cerita tentang dia reject Farhana ketika di katil bilik rawatan buat Leeya dan Amy melopong sekejap.

Berani benar tolak berdepan sebegitu, fikir mereka berdua. Dan Leeya tertanya, pada tika ada orang yang sukakan Fez, dan daripada mulut Fez sendiri yang Farhana itu cantik orangnya, kenapa pula si Fez ini jual mahal sebegitu?

Fez ini pun, bukannya hot sangat, tambah Leeya dalam fikir otaknya.

“Kenapa kau reject dia? Dia kan suka kau.”

“Tapi aku tak suka dia,” jawab Fez mudah. Walau Fez tahu instinct atau rasa hati ini tidaklah boleh diikut membabi-buta, tapi kalau hatinya terasa tidak mahu, dia rasa tidak wajar dia cuba-cuba.

Leeya mencebik dengan jawapan Fez.

“Tu laa kau, yang nak kat kau, kau taknak layan pula. Kejam kau buat macam tu kat dia”

“Kejam?” Fez bertanya. Hairan. Amy memerhati, tampak Fez tidak puas hati.

“Ya lah, perempuan tu bukan main lagi nak kat kau. Kau pun kata dia cantik. Kau reject dia macam tu, kejam okay…”

“Leeya, kau sangat double standard!” kata Fez

“Apa?”

“Bila aku cakap fasal Anis, kau cakap aku lemah, tapi bila cakap fasal Farhana, kau suruh aku layan dia.”

“Ya lah, kau asyik berharap pada yang tak mahu pada kau… Yang ada depan mata, cantik, lawa, kau tolak macam tu jer…”

“Tu sebab aku cakap double standard,” panas sedikit hati Fez. Sudah dia agak yang Leeya tidak bisa faham pada apa yang dia pernah rasa. Dan sebab itu dia tidak cerita pada Leeya sebelum ini.

Entahlah.

Bila dicakap fasal Anis, emosi lampaunya itu dianggap seperti tidak rasional. Tapi itu yang dia rasa. Dan pada saat dia rasa dia ada peluang untuk mencinta dan dicinta, dia buka hati dan emosi, biar terdedah pada luka, kerana hanya dengan itu dia boleh teroka hati ketahui cinta. Dan memang dia silap kerana terlalu cepat menganggap yang Anis itu punya rasa padanya. Kecewa. Itu sahaja. Hidup diteruskan dan dia kini biasa sahaja. Tidaklah takut untuk bercinta sekali lagi.

Dan dia geram bila Leeya tiba-tiba sahaja kata dia itu kejam. Sudah dia beritahu Farhana beberapa minggu lepas yang mereka tidak ada apa-apa. Kenapa terus berharap? Dan kalau sampai dia terlibat dalam kisah cinta Farhana dan ‘balak’ lamanya, itu sudah lebih…. sedang dia tidak buat apa-apa pun. Dan kenapa Leeya tidak dapat faham hal itu?

“Aku perempuan Fez, aku tahulah apa yang dia rasa bila kau reject macam tu… Kalau aku jadi dia, dan aku tahu yang kau masih lagi ada hati dengan perempuan mana entah yang tak layan kau, lagi aku sedih…” kata Leeya.

Fez diam.

Pelik pemikiran manusia…

Dahulu dia jatuh hati pada Anis tapi tidak kemudian tidak dilayan. Kini Farhana pula minat padanya. Yang bezanya, dia terus terang supaya Farhana tidak perlu buang masa dengannya. Bukan hari kena tumbuk itu, kali pertama Fez berterus terang. Beberapa minggu lepas sewaktu Cikgu Suffiyah salah anggap akan mereka, sudah pun Fez rungkaikan soalan minda, jika memang pada tika itu Farhana sudah berminat padanya.

Cerita Farhana dan dia sama sahaja, cuma beza kapal dan nahkoda!

Kalau dirinya disuruh ‘move on’ dan cari perempuan lain; kenapa si Farhana tidak pula Leeya suruh ‘move on’ dan cari lelaki lain?

Itu double standard. Itu simpati yang Leeya beri kerana… mungkin Farhana itu juga perempuan? Dan perempuan boleh rasa itu semua tetapi lelaki tidak boleh? Perempuan boleh reject lelaki dengan diam seribu bahasa, tetapi lelaki perlu sahaja terima kasih cinta seorang wanita, tambah lagi kerana dia lawa? Tambah lagi kerana orang lain yang fikir mereka sepadan sedang lelaki itu sendiri tidak rasa yang sama?

Membuak rasa hati Fez, tapi dia senyap sebentar. Tidaklah marah dia pada Leeya. Cuma sedikit kecewa.

“Leeya,” panggilnya lembut.

“Ye Fez,” Leeya saja menjawab dengan nada yang mengada-ngada.

“Kau suka tak aku dengan Farhana?”

“Suka je.”

“Kalau aku tak cinta dia sangat?”

“Tapi kau suka, ya?”

“Ya.”

“Okay laa. Cinta tu boleh dipupuk. Kau kenal dia, kau bertambahlah suka.”

“Okay, katakan sebelum aku kahwin, aku jumpa perempuan lain yang aku betul-betul cinta, dan dia pun cintakan aku, macam mana?”

“Weh, kejamlah kau tinggalkan Farhana sebab nak dengan perempuan lain…”

Fikir Fez mudah. Kata Leeya cinta itu boleh dipupuk. Kata Leeya cinta itu perlu diberi peluang. “Masalahnya, aku dah tahu yang dia bukan untuk aku,” yang Farhana itu memang bukan di dalam hatinya, dan dia tidak lihat Farhana lebih dari seorang kawan.

“Leeya,” panggil Fez.

“Ya?” Leeya menjawab.

“Kalau kau nak dekat aku, tapi aku memang tidak inginkan kau, kau maukah aku layan, pura-pura cintakan kau sampai nanti aku jumpa minah lain yang aku berkenan???”