Jun 28 2011

43 – Soal hati

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“What had happened?” itu tanya Fez sebaik sahaja Farhana melangkah masuk ke dalam bilik rawatan. Fez masih berbaring dengan kain putih yang dipekup ke hidungnya. Agaknya darah masih keluar.

Farhana berjalan perlahan-lahan ke arah Fez. Rasa bersalah menyelubungi diri.

“My ex…” Farhana bermula. Tapi kelu lidahnya untuk terus menyambung kata.

“I figure that… apa yang dia tiba-tiba mengamuk dekat sekolah?” Fez ingin tahu.

“Dia salah faham … that I broke up with him because of you,” kata Farhana. Farhana menunduk ke bawah.

“Oh,” pendek saja balasan Fez.

“Boleh you tolong ambilkan I air,” pinta Fez.

Farhana mengambil botol air di hujung meja dan dia tuang ke dalam mug. Dia hulurkan pada Fez. Fez tersenyum.

Thanks Farhana, you okay ke?”

I’m okay. I yang rasa bersalah sebab tak fasal-fasal you kena macam ni,” Farhana duduk di hujung katil. Fez menyandarkan dirinya pada katil dengan kakinya yang dilunjurkan. Farhana melihat ke bawah. Fez nampak sinar matanya yang berkaca.

Tergertak sedikit hati Fez.

Don’t worry about me. And you do deserve someone’s better, Farhana…” kata Fez.

Farhana mengalihkan pandangannya pada Fez. Lama dia tatap wajah Fez dan mata mereka bertaut.

“Fez..” panggil Farhana perlahan.

I like you Farhana.. I like you a lot and I don’t want you to get hurt,” kata-kata itu keluar dari mulut Fez. Farhana diam seribu kata. Rasa tidak percaya.

Rasa tidak percaya.

Apa benar itu kata yang terungkap dari mulut Fez?

Rasa tidak percaya….

…dan bodoh.

Rasa bodoh.

Itu angan-anganmu bila mahu bertemu dengan Fez tadi? Itu dalam kepala otakmu Farhana?

Farhana menarik tisu dari kotak tisu di atas meja sebelah katilnya. Dia berbaring di katil dan matanya dipejam. Dia dapat rasa air matanya mengalir ke pipi.

Kenapa hidup ini satu drama yang berakhir dengan kelat dan duka? Kenapa bukan lafaz cinta yang keluar dari mulut Fez seperti yang dia impikan?

Musuh jiwa mula merantai diri.

Aku ini tidak cukup cantikkah? Aku ini buruk sangatkah?

Dan Fez itu pun, bukanlah kacak sangat, Farhana mengherdik dalam hati.

Biar Fareez itu lebih kacak dari Fez, Farhana menambah lagi.

Tapi kenapa aku tidak bisa dapat Fez??

Farhana tahu jeritan emosinya itu keterlaluan, tetapi dia mahu terus menjerit. Jerit kuat-kuat dalam hati walau tiada siapa dengar.

Dia mengambil telefon bimbit dari atas meja di sebelah. Dia buka semula mesej-mesej yang Fez pernah hantar. Dia baca satu bait demi satu bait. Dan makin lama makin terluka hatinya.

Farhana menulis satu mesej baru.

Why can’t we be more than just friends?’

Ibu jarinya menari-nari di sekitar butang ‘send’. Berfikir sama ada soalan itu satu kewajaran ataupun tidak.

Bertanya pada diri sendiri sama ada dia patut hantar atau tidak.

Dia teringat kembali ketika mereka berdua bersama di KFC dahulu. Bukan saja-saja mahu rasa, tetapi dia perasan cara dan gaya Fez. Dia tahu Fez sukakannya.

Dan ke mana pergi semua itu?

Mahu hantar atau tidak. Mahukah dia tahu? Perlukah dia melayan rasa ini? Tapi kalau tidak ditanya, dia tidak akan puas hati.

Maka…

Send’. Farhana akhirnya menghantar mesej yang ditaip.

Dia masih berbaring. Kali ini ke siring. Dan tiba-tiba rasa malu mula mendakap diri.

Farhana! Kenapa kau hantar mesej sebegitu?? Sekarang dia akan rasa yang kau gila bayang!!

Farhana mengeluh.

Dia sedikit kesal, walau pada masa yang sama dia mahu juga tahu akan jawapan dari Fez.

Lama Farhana menunggu. Matanya memerhati ke siling. Tapi telinganya mengharap-harap telefon bimbit yang dia letak atas meja itu bakal bergetar. Dia benar-benar harap mesej balasan dari Fez akan dia terima.

Lama lagi Farhana menunggu. Sehingga setiap berapa saat, dia akan mengambil telefon bimbit itu, melihat kalau-kalau tidak ada signal yang tiba, atau bateri mati. Tapi itu bukan sebab kenapa telefon itu tidak berbunyi.

Farhana malas lagi mahu menunggu. Itu kata otak Farhana. Tapi kata hatinya tahu dia menipu. Dia mahu tahu apa kata Fez. Kenapa mereka tidak bisa jadi lebih dari kawan?

Hujan lagi di luar. Farhana dapat dengar bunyi angin meniup jatuhan air di langit.

Brr…. bunyi itu. Bukan bunyi hujan.
Tapi bunyi yang Farhana tunggu.

Farhana lantas mengambil telefon bimbit dan membaca,

“Sorry for what had happened. I still love you…”

Ah, bukan dari Fez. Tapi dari Fareez.

Farhana malas mahu melayan. Ini bukan masanya.

Dan Farhana kali ini benar-benar tidak mahu lagi menunggu mesej dari Fez. Dia letakkan telefon bimbit di atas meja dan dia melangkah keluar bilik.

***

Farhana bersimpuh di atas kerusi sofa, sambil dirinya melayan perasaan walaupun matanya kononnya menonton drama entah apa di televisyen.

Adik perempuannya, Laila, yang benar-benar mengikuti drama ini. Farhan tidak berapa kisah..

Emak Farhana tiba-tiba muncul dengan sedulang keropok ikan goreng di tangan. Keropok itu diletakkan di atas meja dan adik lelakinya yang tadi membaca komik di hujung ruang tamu berlari dan menyambar beberapa keping keropok sedaya yang mampu di tangan.
Farhana sekadar memerhati. Tidak punya selera untuk menjamah makanan.

“Eh, makanlah,” suruh emak Farhana yang duduk di sofa sebelah.

“Takpa, sekejap lagi Farhana makanlah,” balas Farhana. Mata Farhana kembali ke kaca televisyen.

“Eh,” kata Farhana, “tak handsomenya dia rambut pendek macam tu.” Farhana merujuk pada seorang pelakon lelaki yang tiba-tiba muncul dalam drama yang ditayangkan.

Laila menoleh ke belakang dengan pantas, muka tidak puas hati. “Akak ni… handsome laa.”

“Ish, kamu tak nampak dengan kurus macam tu, nampak macam keluar dari pusat serenti!” Farhana saja menyakat.

“Taklah. Akak ni!!!! Dia comel apa!” Laila tidak puas hati.

“Haish,” emaknya menegur. “Kamu ni pun…” dia beralih pada Farhana, kemudian dia pandang Laila, saja berseloroh, “orang… kalau berkenan, rambut panjang ke, rambut pendek ke, botak pun dia suka…” emaknya ketawa sedikit.

“Maaaak,” Laila terasa malu.

Kata-kata emaknya buat Farhana tersentak sedikit.

Oh, betul ya macam tu mak? Farhana bertanya dalam hati.

Jadi, kalau tidak berkenan tu, tak kisahlah dia pakai baju apa hari ini, dia masih lagi tidak berkenan, begitukah mak? Tanya Farhana dalam hati lagi.

Farhana menghela nafas. Agaknya memang Fez itu bukan untuknya?

Farhana melangkah kembali ke biliknya, meninggalkan ibu dan adik-adik di ruang tamu. Dia mengambil telefon bimbit yang tadinya ditinggal di atas meja, mahu menyemak jika ada mesej yang masuk.

4 mesej! Tapi… semuanya dari.. Fareez.

Farhana kaku sekejap. Masih belum membuka mesej tersebut. Dia mula fikir dalam-dalam tentang apa yang telah berlaku. Dan kemudian dia datang dengan satu kesimpulan.

Mungkin Fareez ini jodohku, kata Farhana di dalam hati.


One response so far

May 29 2011

42 – Hujan

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Awan mendung berarak di langit. Farhana berdiri di luar bilik rawatan. Belum lagi dia bercakap dengan Fez sejak tadi. Masih ada beberapa orang guru yang berbual dengan Fez. Dan Farhana malu. Malu untuk berdepan dengan Fez. Malu juga untuk berdepan dengan guru-guru lain.

Tidak beberapa lama guru-guru tersebut keluar dari bilik rawatan. Salah seorang daripada mereka, Cikgu Asyraf sempat menegur Farhana. Pendek sahaja bunyinya, “pergilah cakap dengan dia, ya”.

Baik sahaja nada Cikgu Asyraf. Farhana rasa sedikit lega, walaupun rasa bercampur baur masih berpusat di dada. Farhana gagahkan diri untuk bertemu Fez.

“What had happened?” itu tanya Fez sebaik sahaja Farhana melangkah masuk ke dalam bilik rawatan. Fez masih berbaring dengan kain putih yang dipekup ke hidungnya. Agaknya darah masih keluar.

Farhana berjalan perlahan-lahan ke arah Fez. Rasa bersalah menyelubungi diri.

“My ex…” Farhana bermula. Tapi kelu lidahnya untuk terus menyambung kata.

“I figure that… apa yang dia tiba-tiba mengamuk dekat sekolah?” Mendatar saja nada Fez tapi memang boleh perasan nada marahnya. Farhana terasa kecut.

“Dia salah faham … that I broke up with him because of you,” kata Farhana. Farhana menunduk ke bawah.

“Oh,” pendek saja balasan Fez.

Farhana terus senyap. Kemudian dia dongakkan kembali kepala. Dia lihat Fez melihat ke arah siling. Sunyi bilik ini. Cuma dengar bunyi tapak kaki yang melepasi, masuk melalui pintu yang terbuka. Farhana menarik kerusi dan dia duduk di sebelah. Kenapa dia duduk, dia tidak tahu.

Fez senyap sahaja. Farhana tidak tahu sama ada dia sekadar berehat ataupun sedang marah.

Kenapa Fareez datang buat kecoh di sekolah, dia tidak tahu. Memang dia beritahu Fareez yang dia sudah punya orang lain di hati. Tapi itu sekadar alasan, walau ada juga benarnya. Alasan untuk buat Fareez berhenti dari terus mengganggu. Bukan untuk cemburu dan datang ke sekolahnya lantas buat kacau begini.

Sudah malu tadi bila dia terpaksa menerangkan pada Pak Cik Guard juga Cikgu Saberi, penolong kanan hal ehwal murid yang datang ke situ. Dia tahu cerita ini akan tersebar di sekolah macam api membakar lalang. Malu. Kecewa. Dan Farhana tahu dia yang patut marah pada hal yang berlaku, tapi hilang segala kekuatan yang dia ada. Pada saat ini, dia hanya harap yang Fez tidak membencinya pada apa yang terjadi.

Are you gonna charge him? Buat kes polis?” tanya Farhana tiba-tiba.

Fez memalingkan mukanya kepada Farhana. Dia berfikir sejenak sebelum menjawab ‘nope.’

Fez senyap lagi. Fez cuba bangun dari baringan. Dia bersandar di katil dengan kakinya dilunjurkan.

“You akan explain pada dia yang kita tak ada apa-apa, kan?” tanya Fez.

Farhana diam sekejap sebelum berkata ‘ya.’

Rasa angin bayu dari luar menerjah bilik. Titik-titik air kedengaran di bumbung. Hujan mula turun. Farhana mendakapkan tangannya.

Good, biarlah. I just don’t wanna make any enemy. As long as dia tahu, tak apalah,” tenang sedikit nada Fez kali ini. Fez tersenyum dengan hidungnya yang masih merah berdarah.
Cuma Farhana pula rasa tidak puas hati dengan cara Fez. Kenapa boleh sebegitu tenang? Dan tidak mahukah Fez tahu sama ada dia okay atau tidak?

Maka entah dari mana kekuatan yang Farhana dapat, dia terus bertanya,

“Fez, do you like me?”

Sunyi sekejap. Hanya kedengaran bunyi hujan yang semakin lebat di luar. Fez tersenyum. Dia melihat pada Farhana.

As a friend, yes,” balas Fez.

Retak rasa hati Farhana.

Not more than that?” tanya Farhana.

Fez menggelengkan kepalanya.

Farhana kelu. Rasa hati berat sekali. Rasa mata seperti mahu mencurah airnya, biar diiring hujan yang turun membasah bumi.

Farhana, ini betul-betul hari malang kau, katanya pada diri sendiri.

Farhana bangun. Tanpa mengucapkan selamat tinggal, dia keluar dari pintu.

Fez bersandar kembali ke katil. Biar kepala ini tidak pening pun, dia tidak akan berlari mengejar Farhana seperti dalam drama. Hal-hal sebegini, biarlah Farhana lega sendiri, fikir Fez.


4 responses so far

May 08 2011

41 – Depan pagar sekolah

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Mendung sahaja hari ini. Sejak dua tiga hari lepas, memang hujan selalu turun di sebelah petang. Biasanya dalam pukul 3 petang, hujan turun untuk beberapa jam. Fez sekarang sedang menuju ke pagar sekolah. Dia guru bertugas untuk minggu ini.

Selepas dia selia pelajar-pelajar balik sekolah, baru dia akan latih Danial untuk persediaan pertandingan peringkat negeri pada hari Ahad depan.

Hari Rabu lepas, sebaik sahaja habis pertandingan di Sekolah Menengah Bandar, dia sudah suruh Danial berehat dan tenangkan otak untuk dua tiga hari. Jangan fikir langsung fasal pertandingan. Biar mindanya berehat. Entah budak itu buat apa yang dia suruh, dia tidak tahu.

Fez sudah sedia berdiri di depan pintu pagar dalam pukul 1.30 petang. Lima minit lagi loceng akan berbunyi dan dia tahu pelajar-pelajar akan meluru keluar.

Dia ambil telefon bimbit dari dalam poket sebelah kiri.

Dia hantar satu mesej kepada Amy.

‘Kak Amy, Leeya cakap dia nak turun Penang weekend nih. Dia kata dia call akak, akak tak angkat. Saya dah bagitau akak busy. Nanti dia nak crash rumah akak macam biasa.’

Fez sudah tahu yang Amy perlu siapkan …. er … siapkan sesuatu tapi Fez lupa apa yang Amy beritahu tempoh hari. Rasanya Amy perlu siapkan jurnal. Katanya perlu dihantar hari ini. Itu sebab dia tidak jawab panggilan Leeya agaknya.

Sent. Status mesej yang dihantar dipaparkan di skrin.

“Fez,” dia dengar namanya dipanggil. Fez toleh ke belakang dan dia nampak Farhana berjalan ke arahnya, tersenyum manis. Fez memasukkan telefon bimbit di tangan ke dalam poket seluar sebelah kiri.

“Tahniah sebab menang hari tu,” baru hari ini Farhana sempat mengucapkan tahniah pada Fez.

“Ah, terima kasih. Danial did a good job, you know,” balas Fez.

“Hehe,” Farhana gelak kecil. “You on duty minggu ni ya?”

“Ha ah,” jawab Fez. “Harap-harap tak hujan jer. Kalau tak, teruk jugak nak menunggu kat sini dengan payung.”

“Ya,” Farhana bersetuju.

Loceng berbunyi. Pelajar mula berderu keluar dari kelas masing-masing. Farhana berdiri sahaja memerhati sambil Fez bersedia menanti. Pak Cik Guard sudah pun tunggu di tengah jalan. Mula mengangkat tanda ‘Berhenti’ supaya kenderaan yang lalu lalang memberi laluan kepada pelajar-pelajar yang akan melintas jalan besar depan sekolah. Deretan kereta mula bertambah dek kerana mereka perlu berhenti seketika bagi memberikan laluan pelajar-pelajar yang mula bercempera keluar dari kawasan sekolah.

Fez berdiri di sebelah Pak Cik Guard, berbual entah apa. Farhana masih lagi menunggu di pintu masuk pagar.

Farhana diam di situ. Geram. Itu rasa hati Farhana. Lelaki yang dia suka itu hanya beberapa meter sahaja darinya, tapi rasa seperti jauh sangat untuk dicapai. Dia benar-benar tidak pasti apa yang Fez rasa. Dia pasti apa yang dia rasa, tapi terngiang-ngiang di telinganya apa yang kawannya Mill katakan semalam.

“Kalau you nak tahu apa yang dia rasa, youlah kena tanya.”

Dan kalau dia punya kekuatan sebegitu, sudah tentu dia tanya. Tanya. Atau luahkan rasa di hati. Tapi itu Farhana – bila tidak berdepan dengan Fez, nekad dia buat keputusan untuk bersuara. Bertanya sama ada dia tersalah anggap akan layanan Fez atau mudah sahaja ungkapkan isi hatinya. Itulah yang dia beritahu dirinya bila sendiri.  Tapi bila berhadapan begini, hilang saja kekuatan itu.

Ah, tidak boleh salahkan dia juga, inikan waktu yang tidak sesuai ~ dengan pelajar keluar dari sekolah, Pak Cik Guard pun ada di situ; takkanlah dia mahu berdrama pula. Ya tak?

Farhana diam lagi, sekadar memerhati pelajar berjalan dan berlari. Tipu. Dia tahu itu sekadar alasan, tapi alasan itu ada logiknya.
Kadangkala tertanya juga Farhana pada diri sendiri, adakah rasa gementar ini dek kerana dia takut kehilangan Fez. Takut nanti tidak dapat sebagai seorang kekasih, hilang pula sebagai seorang sahabat?
Tapi kalau tidak dikhabarkan isi hatinya, kalau melepas bagaimana pula?

Berbolak-balik soalan-soalan ini mengunjungi mindanya.

Takdir?

Tapi takkanlah hendak biar sahaja tanpa usaha?

Dan kalau dia mampu biarkan ini berlalu dan hatinya tenang seperti biasa, tidak apalah. Ini ~ dengan jiwa yang tidak tenteram…

Entah…

Farhana melangkah ke arah Fez.

“Macam hendak hujan ya?” sapa Farhana.

Ya, itu sahaja yang mampu dikeluarkan dari mulutnya.

“Ha ah, musim hujan ni…” balas Fez ringkas. “Tapi, bagus juga, tak payah ada perhimpunan bila hujan turun pagi tadi..”

Farhana ketawa. Paksa diri untuk ketawa. Sudah orang yang dia suka berseloroh sedikit, dia ketawa sahaja.

You balik teruskah lepas ni?”

“Tak, nak train Danial sekejap lagi.”

“Bila pertandingan next?”

“Minggu depan kat Alor Setar,” jawab Fez sambil beransur dari tengah jalan raya ke tepi jalan. Pelajar-pelajar sudah selamat melintas. Farhana mengikut Fez ke tepi jalan raya juga.

Baru datang idea di otak Farhana supaya dia dapat luangkan masa lebih sedikit dengan Fez. Patutnya tadi dia tanya Fez jika dia boleh tengok Fez melatih Danial. Lambat pula hendak bertanya. Bagaimana mahu kembali semula ke topik tadi ya?

You latih Danial kat mana?”

“Dekat kelas 5A,” balas Fez pendek.

“Boleh I tengok?” tanya Farhana. Yes, dapat pun, Farhana puas dengan diri sendiri.

Sure,” jawab Fez sambil tersenyum. Cair rasa hati Farhana.

Dan pada saat itu, segalanya berlalu dengan saat pantas. Farhana hendak melangkah ke belakang sedikit, tetapi entah kenapa kasut tumit tingginya tersadung pada lubang kecil di jalan dan dia terjatuh ke dalam longkang besar di belakang.

Oh, tidak.

Tidak jatuh kerana Fez sempat menyambar lengan Farhana.

Farhana berdebar-debar kerana dalam juga longkang besar di depan pintu sekolah itu. Dan belum sempat debaran itu berhenti, kedengaran bunyi suara garau lelaki meneriak dari tepi.

Fez kaku sebentar mendengar suara lelaki yang seperti guruh itu. Baru sahaja Fez melepaskan lengan Farhana, dia nampak seorang lelaki yang nampak begitu bengis berjalan ke arahnya.

Dan kemudian gelap!

Gelap tapi ada cahaya!

Fez tahu matanya dibuka. Tapi kenapa dia tidak dapat lihat apa-apa?

Dan dia terasa seperti otaknya ditekan-tekan. Sakit. Sakit yang belum pernah dia rasa. Bukan sakit seperti dicubit. Kalau otak itu bisa diletak di atas papan uli, dia rasa seperti ada kayu uli yang bergolek ke atas otaknya. Umpama itu rasa pedih di kepala. Sakit apakah ini?

Jingga. Itu sahaja yang dia nampak. Dan rasa sakit itu berputar di ruang kepala, umpama berpusing dari bahagian depan ke sisi, ke belakang dan ke tepi yang lainnya dan kembali semula ke depan. Sakit. Dan putaran kesakitan itu lambat sekali. Lambat. Apakah ini?

Apa yang berlaku? Dia sudah matikah? Dia sedang matikah?

Itu soalan Fez pada dirinya sambil menahan rasa pedih yang dia tidak tahu datang dari mana.

Warna jingga itu masih lagi menghalang pandangan. Bagai hilang kurnia melihat oleh mata dalam pada matanya sedang dibuka.

Rasa sakit menekan di kepala itu kembali bergerak ke sisi. Tapi kali ini dia nampak cahaya jingga itu berubah warna. Dan warna biru menusuk mata. Biru langit. Dan memang langit juga yang dia lihat.

Dia alihkan pandangannya kepada arah suara yang menjerit-jerit. Telinganya yang tadi tidak menangkap sebarang bunyi, kini sedikit berdesing. Pandangannya yang kabur mula menumpu dan dia sedar yang dia sedang dipangku.

Eh, ini budak Tingkatan 6. Kenapa? Kenapa dia bersandar di atas riba budak Tingkatan 6.

“… …. .gu..,” dia belum dengar.

“… …. yaz,” dia mula menangkap bunyi.

“Cikgu okay kah?” itu tanya budak lelaki tingkatan 6 yang sedang memangkunya.

Dia lemparkan pandangan ke depan dan dia nampak Pak Cik Guard dan Farhana seperti sedang bergaduh dengan seorang lelaki. Entah kenapa Farhana kelihatan sangat berang dan menjerit-jerit ke arah lelaki tersebut.

Fez cuba bangun. Dia gosokkan tangannya pada hidung yang terasa gatal. Basah. Dia lihat darah pada tangannya.

Dia mula rasa berpinar-pinar.

Dan Fez pengsan sekali lagi…


6 responses so far

Apr 22 2011

40 – Tenang?

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Ngeri. Macam mana kereta Kancil itu boleh terbelah dua di tengah-tengah kawasan lampu isyarat, Amy tidak tahu. Dia tunggang sahaja motorsikalnya melalui kesesakan jalan berdekatan Kompleks Bukit Jambul, mencelah-celah kereta yang langsung tidak bergerak.

Sebaik sahaja dia melepasi hotel Vistana, baru lancar sedikit jalan raya. Amy tunggang motornya dengan berhati-hati, berdoa di dalam hati yang kemalangan seperti itu dia dijauhkan. Kadangkala musibah orang lain ini boleh dijadikan peringatan diri sendiri; yang apa saja bisa terjadi.

Tidak berapa lama Amy sampai ke kawasan universiti. Dia letakkan motorsikalnya di tempat yang kosong. Malas mahu cari kawasan yang teduh-teduh kerana dia tahu sekali matahari bergerak, bakal kena juga terik cahayanya.

Kali ini Amy tidak terus masuk ke bangunan fakulti. Dengan beg galas yang berat dengan buku dan komputer riba, dia melintas jalan besar dalam universiti dan dia berjalan ke arah tepi tasik besar dalam universiti. Saja dia berjalan-jalan sekejap. Mahu ambil angin mahu tenangkan fikiran.

Tasik ini tenang sahaja. Hijau saja airnya. Dia nampak biawak besar terjun dari darat ke dalam kolam, memercikkan air sedikit ke tebing tasik. Biawak itu berenang-renang gembira tanpa kacau manusia. Biawak ~ langsung tidak romantik pandangan itu, tapi ini kan hidup – bukannya semua benda akan nampak indah untuk dilihat dan diungkap; asal saat yang berlalu itu dirasa tenang ~ itu sudah cukup indah buat Amy.

Amy berdiri di bawah keteduhan pohon ru, biar angin memukul dirinya sambil beg berat masih lagi digalas. Cahaya matahari sekali-sekala mengintai dari rimbunan daun. Adalah satu dua pelajar yang berjalan melalui kawasan tersebut. Nampak terkocoh-kocoh sahaja seorang pelajar ini dengan tali kasut tidak terikat dan rambut yang tidak rapi.

Amy rasa mahu duduk, tapi tiba-tiba rasa bersalah mula menyelubungi diri. Terus ketenangan jiwa yang sementara itu dipadam dengan resah di minda.

Ah, masih ada lagi kerja yang perlu disiapkan. Tak boleh lepak-lepak di sini, Amy memberitahu diri dan otaknya mengarahkan kaki supaya kembali melangkah ke bangunan fakulti.

Amy tidak kisah untuk berehat, tapi kalau ada kerja yang perlu dibuat, dan otaknya belum lagi meletup atau manja-manja mahu rasa letih, baiklah dia duduk di depan meja, pasang lagu di telinga dan mula menaip atau membaca apa yang patut.

Semalam baru sahaja hantar pembetulan untuk paper Hannover itu, jadi tak apa jugalah jika dia ambil angin sekejap di tepi tasik.

Sambil kaki Amy melangkah, dia terfikir sekejap akan mesej yang dihantar bertalu-talu padanya oleh Rael.

Adalah dia balas dalam satu nisbah lima bagi mesej yang Rael hantar. Ah, tak apalah. Dia sibuk buat kerja. Rael faham rasanya…

Amy tidak marah pada Rael. Dia faham benar perangai Rael. Rael sukakan perhatian; Rael juga suka ambil berat. Tidak ada apalah itu. Sekarang dia kurang sibuk, bolehlah mahu bermesej-mesej balik.

“Biasanya perempuan ni yang suka ambil berat ini dan itu. Tapi akak ni terbalik kes!”

Ah, tiba-tiba dia teringat kata-kata Fez entah berapa lama dahulu. Amy ketawa sendiri.

***

Petang ini Amy makan sendiri. Minggu lepas Rael kata yang dia mahu makan sekali hari ini, tapi bila hampir ke petang, baru dia hantar mesej kata yang dia tak dapat datang.

Tidak sempat pula hendak ajak Fez makan sekali. Tapi malas juga Amy mahu ajak Fez datang setelah apa yang berlaku semalam. Dia perlu berehat. Tak apalah, hujung minggu ini Leeya bakal berada ke Pulau Pinang. Jadi dapatlah mereka berjumpa dan bercerita. Maka hari ini, dia makan seorang-seorang sahajalah.

Amy tidak kisah pun. Bukannya dia kisah sangat hendak pergi makan sendiri.

Amy berjalan ke kafeteria atas bukit dekat dengan kolej kediaman pelajar. Rasa lega sahaja hari ini kerana banyak kerja telah disiapkan. Rasa tenang juga kerana Rael tidak lagi hantar mesej-mesej merajuk macam dua tiga hari lepas. Pendek sahaja mesej Rael, ‘abang sibuk hari ni. Tak datang.’

Di bawah sinaran mentari petang, Amy menapak ke kafeteria, langsung tidak menyedari yang Rael sebenarnya masih lagi merajuk. Sambil melintas jalan di depan fakulti teknologi industri, Amy santai tersenyum, tanpa terfikir sedikit pun yang Rael sedang memberikan ‘silent treatment’ sebagai balasan terhadap Amy.

Ya, Rael masih lagi merajuk; jadi dia mahu balas Amy dengan apa yang Amy buat terhadapnya ~ iaitu memilih kerja melebihi dirinya dan menghantar mesej mengatakan dia sibuk. Mesej yang Amy hantar pagi tadi, selepas 6 jam, baru dia balas. Dia mahu biar Amy rasa apa yang dia rasa ~ yang menunggu balasan mesej sampai satu jam dua itu bisa buat dia rasa resah.

Tapi malang si Rael, Amy pada tika itu sedang lega bersandar sambil cucur pisang dan keropok lekor terhidang di depan mata. Malang lagi si Rael kalau dia tahu yang tidak berapa lama selepas itu, ada lelaki yang mahu bersaing dengannya.

“Eh, Adli, duduklah,” pantas Amy menjemput bila Adli menyapa.

Adli duduk dengan beg sandangnya diletakkan di sebelah setelah air sirap bandung dan mi goreng diletak di atas meja.

“Cik Amy sihat?” tanya Adli.

“Alhamdulillah, sihat jer..” balas Amy. “Kamu dari mana ni?”

“Baru habis kelas tutorial,” balas Adli.

Dan sambil makanan dikunyah, mereka berbual dari satu topik ke satu topik lain. Sehinggalah…

“Tipulah!” Adli menggeleng-gelengkan kepala sambil menghirup air sirap bandung.

“Buat apa saya nak tipu?” tanya Amy kembali.

“Tapi Cik Amy nampak macam awal 20-an. Kalau cakap 23 tahun pun saya percaya,” kata Adli.

23 tahun? Amy ketawa. Rasa girang juga bila dipuji wajahnya nampak muda. Ah, bukankah konsensus umum yang wanita-wanita suka jika nampak muda?

“Kamu umur berapa?”

“Dua puluh.”

“Oh, muda lagi…”

“Cik Amy pun nampak muda…” nada Adli tiba-tiba berubah sedikit.

Amy perasan. Jarang dia mahu perasan benda-benda begini. Dan kenapa? Konotasi pujian umur muda itu, serkap jarang untuk soalan yang bakal buat dirinya mahu tercekikkah? Amy tertanya sendiri, sambil keropok lekor yang dikunyah di dalam mulut seperti tidak mahu hancur, dan tidak dapat pula dia telan.

Entah kenapa muka Adli berubah sedikit. Bukan seperti ketika tadi mereka bercakap tentang apa yang Adli mahu buat pada waktu cuti semester ini. Bukan juga seperti mereka ketawa tentang cerita seorang pelawat yang menyangka biawak dalam tasik yang Amy pergi pagi tadi, ialah buaya.

“Boleh saya tanya sesuatu?” kata Adli.

Amy mula terasa berdebar-debar. Dia tidak mahu rasa berdebar-debar, tapi ini bukan rasa yang dia boleh kawal.

“Tanyalah,” kata Amy.

Bodoh, bodoh, bodoh. Amy menjerit di dalam hati. Entah kenapa debaran jantungnya semakin kencang. Dia tidak suka rasa itu. Dia tidak suka juga nada Adli sebentar tadi. Dan kenapa?
Kenapa keropok lekor ini tak dapat dia telan?

Amy gagahkan diri untuk menelan keropok lekor. Entah kenapa deria keenamnya memberitahu yang soalan Adli bakal buat dia menyembur keluar makanan di dalam mulut.

Gulp. Amy telan dan cepat-cepat dia hirup air kopi ais.

Adli ambil sedikit masa, sambil dia tengok kiri dan kanan; lagi buatkan Amy makin tidak selesa. Ini sah bukan soalan matematik; jika tidak kenapa mahu toleh ke sebelah.

Dan seperti yang Amy jangkakan, sambil tersipu-sipu Adli bertanya,

“Cik Amy dah ada boyfriend?”


5 responses so far

Apr 19 2011

39 – Tersandar

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Tersandar sekejap Amy di kerusi di kubikelnya. Matanya melihat ke arah skrin komputer tetapi dia tidak langsung menumpu pada paparan. Otaknya berat. Rasa hati juga berat.
Empat hari. Mampukah?
Baru tadi berjumpa dengan Prof Umairah. Prof Umairah beritahu yang paper yang dia hantar ke persidangan di Hannover itu diminta untuk dibuat pembetulan kerana hampir sama dengan satu kajian yang dibentang oleh penyelidik dari Australia awal tahun ini.

Yang Amy kecewa ialah kerana email semakan itu patut sampai padanya dua tiga minggu lalu. Dan kertasnya itu bukanlah ditolak, tetapi diminta untuk dibuat pembetulan dan pembaikan. Tapi dek kerana entah apa masalahnya, dia tidak terima emel yang dihantar oleh penganjur. Mujur mereka forward juga email tersebut kepada Prof Umairah selaku penulis kedua. Masalahnya Prof Umairah outstation sampai semalam. Jadi Amy tidak dapat email tersebut sampailah ke hari ini!

Aaaargh! Amy mahu menjerit. Dia sudah ada hasil baru yang boleh ditambah. Tapi perlu juga untuk buat eksperimen baru dan perlu juga menulis. Dan hantar kembali dalam tempoh empat hari!

Amy berteleku. Dia dengar bunyi pendingin hawa membisingkan kesunyian bilik. Lantas dia berdiri. Jalan pusing-pusing bilik kerana rasa tidak tenteram.

Lalu Amy mencapai telefon bimbit di atas meja dan dia mula mendail nombor Fez. Dia tahu Fez ada di sekolah apa itu namanya, untuk hantar anak muridnya bertanding pidato; tapi dia benar-benar harap Fez jawab sebab dia benar-benar mahu menjerit.

Tiada jawapan. Agaknya Fez tidak sedar akan dering telefon.
Dia kembali duduk. Berteleku sekali lagi.

Hendak ikut kata Prof Umairahkah?

Tadi Prof Umairah suruh dia biarkan dahulu. Tidak perlu rush, katanya, kerana ada lagi persidangan yang dia boleh hantar dua bulan lagi. Prof. Umairah saja tidak mahu mendesak dan tidak mahu terlalu kritikal, itu Amy tahu. Tapi Amy tidak mahu tunggu dua bulan untuk hantar paper tersebut ke konferens di Seoul. Bukan juga kerana dia saja-saja mahu melancong ke Jerman, walau seronok juga kalau dia ada peluang ke sana; tapi dia mahu hantar secepat yang mungkin. Amy sudah ada perancangan dan dia mahu ada tiga atau empat paper atau jurnal menjelang tahun ketiga dia buat PhD. Dan kalau tidak dapat hantar yang ini sedangkan penganjur sudah pun terima; ah, ruginya!

Amy membuka browser. Dia menekan-nekan laman web persidangan tersebut. Memang tarikh akhir hantar revision ialah lagi empat hari.

Hendak ikut kat Prof Umairahkah?

Prof Umairah tidak kisah jika Amy tidak mahu ikut katanya. Tapi Amylah yang perlu buat kerja lebih. Kerana Prof Umairah tidak ada masa untuk dua tiga hari ini, hendak duduk sama-sama dengan Amy untuk siapkan kertas tersebut. Jadi Amy perlu buat, dan petang lusa hantar padanya untuk dia semak. Maka, dari empat hari, sekarang sudah jadi dua hari. Amy tertekan.
Dan dia tidak boleh tertekan. Dia perlu mula buat kerja sekarang. Tapi dari setengah jam tadi, dia menghadap komputer, satu apa pun tidak masuk ke dalam kepala. Rasa seperti jam di komputernya menambah unit minit dengan begitu cepat dan dia seperti beku dan hanya mampu memerhati. Seberat itu hatinya.

Amy telefon Rael. Dapat. Cakap sedikit. Tapi Rael buat lawak-lawak yang dia tidak dapat terima pada saat begini. Lelaki. Kenapa tidak boleh hendak cuba memahami pada saat-saat begini?

Amy tanggalkan bateri dari telefon, tidak mahu dari terus bercakap dengan Rael dan dia biarkan telefonnya tidak berbateri di atas meja. Dia perlu mula buat kerja. Dia perlu!

Terdengar bunyi daun pintu bilik siswazah dibuka. Amy memanjangkan kepala mahu lihat siapa yang datang. Suzanna!

“Amy, are you okay?” tanya Suzanna, perasan Amy yang bermuka kelat.

“I’m not!” lantas Amy mula bercerita. Cerita penyeledikan dan penyelia. Cerita luahan pada kekasih hati yang tidak berapa memahami. Suzanna mendengar. Dia sudah tarik kerusi dari mejanya ke meja Amy tadi, diam sahaja sementara mendengar Amy bercerita.

“Amy,” panggil Suzanna perlahan. “Tarik nafas dan pergi jalan-jalan dulu. Tenangkan perasaan. Kau dah makan ke belum?”

“Belum..” jawab Amy, baru perasan yang dia lapar, tapi hilang rasa laparnya kerana tekanan.

“Pergi makan dulu. Lepas tu, kau buatlah kerja balik. Okay?”

Amy mengangguk. Kemudian dia bertanya, “Sue, aku risau sampai macam ni, normalkah?” Amy pinta nasihat dari Suzanna yang sudah pun di tahun keempat penyelidikan peringat PhD.

“Normal,” balas Suzanna sambil tersenyum. “Pergi makan dulu ya?”

Amy menganggukkan kepala lalu beredar dari bilik siswazah. Dia perlu pergi makan. Dia perlu pergi makan dan tenangkan kepala otaknya.

***

Rael baru sahaja memasuki Jambatan Pulau Pinang. Entah kenapa ketiga-tiga laluan semuanya sesak. Dia terpaksa bawa kereta dalam 30 kilometer sejam dek kerana masing-masing bergerak seperti kura-kura. Apa boleh buat, waktu-waktu orang keluar kerja, memang beginilah.

Risau pula Rael pada Amy. Bukan dia mahu buat Amy marah pagi tadi. Dia ingat kalau dia berjenaka, kurang sedikit tekanan Amy.

Jadi Rael buat keputusan untuk pergi buat surprise untuk Amy. Mahu gembirakan Amy. Mahu lihat Amy tersenyum. Sempat dia singgah di Secret Recipe di Perai dan beli kek coklat kegemaran Amy. Orang kata, kalau marah-marah, elok makan coklat atau benda-benda manis.

Rael biar sahaja keretanya bergerak perlahan-lahan di dalam trafik sebegitu. Sekali sekala dia toleh ke kiri, lemparkan pandangannya ke laut. Tenang. Nasib baik juga kerana sudah sampai ke tengah sedikit. Kalau di permulaan jambatan, bau tengik dari pencemaran kilang menjengah ke ruang pernafasan.

Rael santai sahaja. Dia biar sahaja masa berlalu. Apa perlu dirisau, dia akan berjumpa Amy sebentar lagi.

***

Amy menarik nafas lega. Banyak juga yang dapat dia buat sejak pagi tadi.

Makan ~ memang penting untuk membuatkan otak berjalan lancar. Dan Amy bercadang untuk balik lewat sedikit hari ini. Nanti kalau sudah pulang ke rumah, sudah tidak ada semangat. Baik sahaja habiskan dan kemudian balik rumah dan tidur, dan esok datang awal-awal pagi.

Mata Amy menumpu ke komputer. Dia bersemangat. Arni dan Suzanna masing-masing di meja mereka, juga menumpu ke komputer masing-masing.

Tiba-tiba terdengar pintu diketuk. Amy biar sahaja. Dia tidak ada masa hendak melayan, lagi pula kubikelnya jauh sedikit dari pintu, maka seperti kebiasannya Suzannalah yang akan bangun dan melayan sesiapa yang mengetuk.

“Amy, Rael ni,” jerit Suzanna.

Amy pelik sedikit. Kenapa Rael datang tanpa beritahu terlebih dahulu? Baru dia tersedar yang telefon bimbitnya yang ditanggal baterinya, masih lagi tidak berbateri di hujung meja. Oh, memang dia biarkan begitu sejak tadi, tidak mahu diganggu.

Amy bangun dan sebaik sahaja dia nampak Rael, dia tersenyum. Rael senyum balas. Suzanna sudah pun kembali ke kubikelnya.

Amy menuding jari ke luar memberikan tanda dia tidak mahu menganggu rakan sebiliknya dengan perbualan mereka. Rael memberikan Amy laluan dan mereka berdiri di koridor bangunan fakulti.

“Nah,” hulur Rael. Amy mengambil bungkusan dari tangan Rael, tapi sudah pun teruja kerana dia nampak label Secret Recipe di bungkusan tersebut.

Chocolate cheese cake?” tanya Amy sambil tersengih seperti seorang kanak-kanak mendapat gula-gula.

“Ya,” balas Rael pendek. “Okaykah?”

“Okay ja,” balas Amy. Dia faham yang Rael merujuk ‘okay’ itu pada pelajarannya.

“Amy dah makan? Jom pergi makan,” ajak Rael.

“Takleh la bang, Amy nak sambung lagi buat kerja.”

“Ala.. penat abang drive dalam jam tadi. Jomlah kita pergi minum sekejap…please…”

Amy mahu saja cakap ya, tapi dia tahu kalau sekejap pun dia keluar dengan Rael, nanti momentum yang dia ada sekarang ini akan terjejas, dan nanti bila tiba malam, dia sudah tidak ada tenaga seperti sekarang. Kalau dia buat kerja sekarang, ada lagi 2 jam sebelum Maghrib ~ banyak juga masanya tu.

Not this time ya?” Amy buat-buat muka comel.

“Hmmph,” muncung sedikit muka Rael. Sudah dua minggu mereka tidak keluar. Terus terasa penat dek kerna meredah sesak Jambatan Pulau Pinang.

Rael memujuk, “sekejap ja.. abang dan kerja… Amy takkanlah tak boleh nak pilih abang?”

Amy tersentak sekejap. Rautnya berubah.

“Apa maksud abang?” kali ini suara Amy tegas sedikit.
“Yalah, asyik busy kerja ja, orang lain pun kerja juga…” Rael saja buat-buat merajuk.

Amy tahu yang Rael saja-saja cakap begitu, tapi ini sudah dua kali dalam satu hari Rael cakap hal sebegitu seperti dia tidak faham bebanan kerja Amy.

Oleh kerana Amy tidak mahu aura negatif yang bakal menganggu mindanya, lantas dia berkata “abang, Amy minta diri dulu, nak sambung buat kerja.” Sedikit masam mulutnya, kerana dia tidak mampu paksa diri untuk tersenyum.

Thanks for the cake,” kata Amy lagi dan dia meninggalkan Rael. Dia buka pintu, lambaikan tangan pada Rael, dan pintu bilik siswazah ditutup.

Rael tercengang. Apa ni?


5 responses so far

Apr 01 2011

38 – Closure

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“Pemenang pertandingan pidato anti dadah peringkat daerah jatuh kepada…” senyap sebentar sebelum disambung “Ahmad Danial Abu Hakim!” disambut dengan tepukan gemuruh.

Danial memandang ke arah Fez kerana tidak percaya, Fez sempat ucapkan tahniah sebelum dia tolak belakang Danial suruh bangun dan pergi mengambil hadiah. Fez bangun sambil menepuk tangan tika Danial berlari-lari anak ke pentas. Dan dari situ Fez nampak Anis memandang ke arahnya, memberikan senyuman tanda ucapan tahniah. Fez senyum balas, bangga anak muridnya menjadi johan.

***

Danial menarik tali pinggang keledar di tepi. Fez menghidupkan enjin kereta sambil kedua-dua cermin tingkap diturunkan supaya bahang mentari yang terperangkap tadi keluar. Berpeluh mereka berdua di dalam kereta.
Fez belum buka pendingin hawa. Sekadar hidupkan ‘angin’ tapi makin hangat rasanya dihembus bayu panas yang terperangkap di dalam enjin kereta.

Tapi sempat Fez mengerling sebelah kirinya, nampak senyum lebar dari bibir Danial masih belum lekang dari tadi sehingga ke saat ini. Terlalu teruja agaknya. Fez gembira melihat Danial yang membelek-belek piala yang diperoleh. Fez dahulu tidak ada rezeki menang sebegini. Dapat lihat anak muridnya menang, sudah cukup baiklah.

Next… peringkat negeri!” kata Fez sambil melihat cermin pandang belakang.
“Cikgu, aah, takutnya..”

“Ala, boleh punya. Ada seminggu lagi. Lagipun teks kan sama saja, bukan kena hafal yang baru..”

“Ya ya,” Danial bersemangat. Matanya bersinar-sinar.

“Cikgu Fez,” tiba-tiba Fez mendengar suara wanita memanggil di sebelah. Kalau ini drama cinta Melayu, sudah tentu yang memanggil itu ialah… Anis; dan saat pandangannya dialih ke sebelah kanan kereta, dia nampak Anis. Ya, memang Anis, Fez terkejut seketika dengan kebetulan permainan mindanya.

Fez kaget seketika sebelum bersuara. “Eh, Anis,” itu sahaja yang terkeluar dari mulut Fez.

“Ini Fez,” Anis menghulurkan sesuatu, “sijil penyertaan tadi tertinggal dekat dewan makan.”

Fez mengambil lantas mengucapkan “terima kasih, susah-susah tolong hantar.”

“Tak apa,” balas Anis sambil melirik matanya…seperti dahulu. “Okay ya Fez, I’ll see you again…”

Bye, see you…” sambil melihat Anis berlalu pergi, juga seperti dahulu.

I’ll see you again. Again? Apa maksudnya.

***

You are closet romantic, Fayaz.”

No no, I’m not closet romantic, I am openly romantic!” diiringi dengan ketawa.

Yeah, you are. But come on, that girl is obviously not interested in you!

How could I know back then? I know it now, but come on…” Fez minta simpati. “Plus, I am from a different culture!”

That’s not an excuse,” balas Veronica. “One sec!” Veronica meninggalkan ruang dapur dan masuk ke dalam biliknya.

Fez duduk menunggu sambil menghirup teh Earl Gray di hadapannya. Hirup dan kemudian tangannya didakap kembali ke dada. Sejuk. Matanya dilempar ke luar melihat mendung melindung mentari. Sudah berapa hari begini. Baru pukul 2 petang, sudah gelap seperti mahu malam. Ah, tidak tipu juga, pukul 5 petang mentari sudah mula terbenam. Malas benar nanti mahu menapak ke tempat tinggalnya yang nun di atas bukit sana di dalam kegelapan malam. Kan baik kalau dia dapat kolej kediaman dekat-dekat bandar Bristol ini.

Hari ini Fez bangun awal kerana dia mahu beli jaket musim luruh. Sejuk kebelakangan ini menusuk ke tulang, jaket lamanya itu agak nipis. Rasa susah pula mahu memakai baju t-shirt dua tiga lapis, dan kemudian bila sampai di dewan kuliah, terpaksa pula tanggalkan satu persatu dek kerana panas dari pemanas dipasang. Jadi dia buat keputusan untuk beli baju luar yang tebal sedikit.

Tadi Fez pusing-pusing dekat Broadmead. Masuk Debenham, masuk Primark dan dua tiga lagi kedai yang dia tidak peduli namanya. Hanya masuk untuk cari jaket yang dalam harga 20 pounds. Tapi banyaknya yang kurang lawa ataupun fesyen yang entah apa. Fesyen yang tidak dia rasa sesuai dengan dirinya. Akhirnya di River Island ada satu jaket yang dia betul-betul berkenan. 40 pounds. Tak apalah. Untuk musim sejuk, Fez memujuk hati. Lagipun dia belajar dari Veronica, apa saja yang Fez berkenan, dia akan suruh beli.

If you like it, just take it,” itu pesan Veronica ketika keluar membeli-belah dengannya dahulu. “But, I’ve spent too much for this month already.” Veronica tidak kisah lalu, “this looks good on you! Throw away those nerdy look you’re wearing!”

Maka jaket 40 pounds sterling itu menjadi miliknya. Dan sudah pun awal-awal tadi Veronica puji sebaik sahaja Fez tunjuk jaket tersebut.

Good, put a skinny tie on you, and you’re good to go.”

You know that you are dressing me up like those lads on the X-Factor!”

And you’re complaining because…??”

Tak apalah Fez, minggu ini dan minggu depan duduk saja di rumah, jangan keluar jalan-jalan untuk cover balik duit, pesan Fez di dalam hati.

Hujan. Fez nampak dari tingkap dapur yang hujan sudah mula turun. Fez mengeluh. Mendaki cerun untuk pulang di waktu malam dan di dalam hujan bukanlah kombinasi yang menarik. Kasutnya pula bukan yang jenis kalis air. Ah, nak kena beli kasut barukah?? Fez terbayang akan imej wang yang melayang.

Pintu dapur dibuka. Ingatkan Veronica. Rupanya Rachel yang juga tinggal di aras ini. Rasanya biliknya itu selang satu dari bilik Veronica. Dia beri senyuman pada Fez, ambil sesuatu dari dalam peti ais, beri sekali senyuman dan berlalu pergi. Senyap. Fez tahu Rachel itu memang tidak banyak bercakap.

Pintu dapur dibuka sekali lagi dan kali ini Veronica melangkah masuk dengan sebuah buku di tangan. Senyum lebar Veronica bila mencampakkan buku itu ke atas meja.

Kenapa perlu campak? Fez tertanya sendiri. Supaya lebih dramatik?

He’s Just Not That Into You,’ tajuk buku tersebut.

“Read,” suruh Veronica.

Fez mengambil, membelek belakang buku, lantas bersuara, “I’m not gay, you know that?” Fez saja sarkastik.

I know you are not!” balas Veronica, “but believe me, your hopelessness is probably worse than a girl’s,” sindir Veronica sebelum sedikit memujuk, “come on, you know those mix signals you are talking about? Us, girls do that too… and it would be wise for you to read this book!”

Fez sempat mencebik bila diperli Veronica sebelum kemudiannya menyelak buku tersebut, dari satu muka ke satu muka yang lainnya, membaca bait-bait perkataan dengan pantas sambil kadangkala ketawa. Veronica membiarkan Fez membaca sambil dia menjerang air di dalam periuk besar untuk memasak spageti.

Simpul buku ini mudah ~ kalau lelaki itu berminat, dia akan usaha. Kalau dia diam sahaja, maksudnya dia tidak berminat; yang mana Fez korek kembali memori lama untuk buat kaitan ~ kalau perempuan itu berminat, dia akan usaha. Kalau dia diam sahaja, maksudnya… memang Anis tidak berminat padanya dahulu.

Entah. Rasa susah sikit bagi Fez hendak buat generalisasi pada wanita tapi untuk kes Anis; ya, she’s just not that into me. Biasa saja. Fez rasa dia tidak perlu baca buku seperti itu untuk tahu kisah lama. Mungkin benar Fez memang sudah belajar dari hal dahulu, mungkin juga dia sedikit ego untuk terima apa yang dikata buku itu.

Baru habis bab ketiga dia sudah dapat buat kesimpulan. Bab keempat dan kelima seperti berulang-ulang pula isinya.

Finish it? You want some?” dua soalan bertalu-talu dari Veronica, bertanya sama ada dia sudah habis membaca dan jika Fez mahu makan spageti yang sudah pun masak.

Yes, I’ve read couple of chapters, and no thanks, I had a burger before I came here.”

You’ve seen what I mean?” tanya Veronica. “It’s not about giving up. It’s about you not dreading yourself down for a girl who are actually not interested in you!”

Terasa seperti Veronica berfalsafah pula. “Yeah yeah,” malas Fez mahu akui. Hendak rasa menyesal bercerita pada Veronica tentang kisah cinta lama, atau kisah bukan cinta lama, sebenarnya; tapi baik juga diberi tamparan realiti begitu dari Veronica.

Dan pada saat ini sebenarnya dia tidaklah kisah sangat pun pada apa yang terjadi. Marah pun tidak. Kecewa pun tidak. Sekadar pengalaman yang mendewasakan, itu yang Fez beritahu diri sendiri.

You are a well chap, Fayaz, I’ll date you if John cheats on me,” Veronica berseloroh.

Ah! Now I know why you wanted me to wear this and that; you are turning me into a second John!”

Nah nah, you are my lifesize Barbie, nope, I meant Ken doll, that’s all,” disambut dengan ketawa mereka berdua.

***

I’ll see you again. Dan ada maksudkah I’ll see you again?

Fez dua tiga tahun dahulu memang akan mula menyahkod setiap kata dari gadis yang dia suka. Merangka masa depan dari satu ketidakpastian. Menyubur rasa cinta di hati dari suatu ilusi. Tapi Fez masa kini tidak mahu lagi peduli.

Fez beritahu dirinya yang Anis sekadar berbahasa. Dan peduli apa kalau Anis itu punya maksud kedua, telahan dan ketidakpastian itu sekadar merosak tenang minda dan jiwa; tidak berbaloi sama sekali.

Biarlah. Ramai lagi perempuan lain yang mahukan dirinya. Keyakinan yang dibina supaya hati tidak binasa.

Maka Fez menekan pedal minyak, memacu keluar dari Sekolah Menengah Bandar. Senyum. Ini yang orang putih panggil ‘closure’. Dia kini girang kerana jumpa Anis hari ini, hatinya semakin tenang. Tiada sudah rasa berdebar-debar atau gusar atau cinta sampai sanggup mati. Hanya seperti melihat wanita-wanita cantik yang lain. Fez ketawa.

“Kenapa cikgu ketawa?”

Ah, terlupa pula Danial di sebelah.

“Ah, tak ada apalah,” Fez tersengih. Nasib baik dia cikgu, tidak perlulah menerangkan kesemuanya kepada anak murid.

Fez pasang radio dan entah lagu apa bermain di stereo kereta.

Sambil matanya melihat ke jalan raya, dia ucapkan selamat tinggal pada Anis.

Anis. Bye bye. Thanks for the memories even though they weren’t so great. Eh, itu lirik lagu apa ya?

Satu sahaja Fez harap. Usahlah tiba-tiba drama baru dengan Anis itu tiba. Risau ~ bila dia kejar, Anis lari. Nanti dia buat tidak peduli, Anis akan kembali? Sudah-sudah, buang fikiran ini. Takkanlah hidup kau stereotaip seperti kisah drama Melayu, ya tak? Dah penat berdrama dengan Anis, dia mahu drama dengan orang lain pula!

Dan Fez tidak tahu yang pinta mindanya bakal dikabul esok lusa.


4 responses so far

Mar 24 2011

37 – Bodoh

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“Aku keluar sekejap,” dia beritahu pada Zayn.

Fez meninggalkan ruang bilik. Selipar disarung dan hanya dengan seluar track dan t-shirt berwarna hitam, dia menapak tangga untuk turun ke tingkat bawah dan kemudian keluar dari bangunan kolej kediamannya.

Fez berjalan tanpa arah tuju, saja mahu berjalan. Selepas dari mesyuarat post-mortem program baktisiswa, dia berjalan bersama Amy, Leeya dan beberapa lagi rakan untuk mengisi perut di kedai mamak. Tiba-tiba dia nampak kelibat Anis yang sedang makan di McD. Dengan seorang lelaki. Terus hilang selera. Terus rasa geram itu muncul kembali. Lalu dia minta diri dan balik ke bilik. Rasa terluka kembali. Mahu pulang dan mahu melayan jiwangnya di suatu sudut sepi bersendiri.

Dan kini Fez melangkah mendaki bukit ke kolej kediaman sebelah. Gelap malam itu buat dia rasa serabut, bukannya tenang.
Kejam. Dan saat ini Fez rasa orang yang diam itu kejam. Mana benarnya pepatah diam itu setuju? Diam itu maksudnya benci. Diam itu maksudnya tidak suka. Diam itu maksudnya ‘jangan kacau aku lagi’.

Fez meronta di dalam hati. Tidak tahu kenapa jiwanya tertekan sebegitu rupa. Tidak pasti juga kenapa dia rasa geram sebegitu. Harapan terlalu tinggi, mungkin? Suka yang terlampau, mungkin? Bak orang tua kata, jangan gelak berlebihan, nanti menangis. Dan hari itu dia ketawa gembira, hari ini walau realitinya dia tidak menangis di luar, di dalam hati …

Saat ini buat dia rasa bodoh. Rasa bodoh walau tadi baru sahaja dia skor 85 markah dalam ujian pertengahan semester bagi kertas Environmental Remote Sensing. Rasa bodoh walau tadi Amy memberi penghargaan kepadanya dan beberapa lagi orang atas kejayaan program baktisiswa. Rasa bodoh walau baru hujung minggu lepas, adik angkat program baktisiswa sangat mengagumi dirinya kerana belajar di universiti. Rasa bodoh.

Fez menarik nafas mahu tenangkan diri.

Entahlah Fez. Kau memang bodoh. Masakan si Anis itu tidak ada kredit atau terlampau sibuk untuk tidak balas sms kau. Dia tidak berminat, itu sahaja. Dan kau bodoh kerana kau hanya tahu benda-benda yang cikgu atau pensyarah ajar dalam kelas, Fez menyumpah diri sendiri. Kau bodoh kerana kau reka-reka cerita dalam kepala otak kau yang Anis itu berminat pada kau. Bodoh.

Fez berlalu di sebelah sebuah kereta. Dia nampak bayangnya di cermin kereta dalam sinar lampu jalan. Dia lihat wajahya. Dia lihat rambutnya yang tersisir rapi ke tepi. Lalu tangannya digerak ke kepala dan dikuis habis rambut yang tadinya rapi. Biar kusut masai. Puas hati? Tidak.

Agaknya memang dia tidak layak dicinta. Dia sekadar lelaki biasa. Tidak cukup gagah seperti lelaki yang dia nampak bersama dengan Anis di dalam McD itu.

Kalau tidak mahu, kenapa tidak beritahu??? Fez menjerit sekuat hati dalam hati.

Salah sendiri juga. Fez masih dalam mod salahkan diri sendiri. Salah sendiri. Setakat Anis itu hantar mesej biasa-biasa, tanya khabar dan apa yang di buat pada hari itu; itu bukannya maksud mereka sedang bercinta. Kenapalah kau dah jangka bukan-bukan, Fez?

Salah Anis juga. Sekarang mod salahkan orang lain. Kenapa melayan jiwangnya kalau dia tidak punya rasa yang sama. Fez rasa dia bukannya beri ayat lapis dengan segala metafora yang boleh buat Anis tersalah anggap. Sudah dia katakan yang dia berminat pada Anis. Dan apa kau buat balas mesej lelaki minat pada kau kalau kau tak minat padanya? Dan kata ‘lain kali ya’ itu maksudnya kau janji padaku yang kau sudi keluar!

Fez menyinga di dalam hati.

Dan kemudian aku yang bodoh. Kau tiba-tiba henti membalas sms aku pada minggu ketiga dan aku yang macam orang gila menghantar ‘hi’ dan ‘apa khabar’ setiap satu dua hari; tanpa balasan.

Bodoh. Fez, kau yang bodoh. Dan Anis itu? Cantik sahaja tapi sama sahaja dengan kau! Marah Fez dalam hati.

Fez berhenti. Dia berpatah balik menuruni bukit, mahu pulang ke bilik dan makan nasi lemak yang dibeli Zayn tadi. Tidak guna rasanya sedih sebegini.

Dan biarlah. Biar habis cepat-cepat pengajiannya di sini. Dan kemudian dia bolehlah ke mana pun. Mana-manalah asalkan jauh dari Anis.

Dan Fez, kau tahukan penantian dan harapan ini satu penyiksaan? Lain kali, kalau ada orang berminat pada kau dan kau tak minat padanya, make sure kau beritahu padanya terus-terang. Jangan biarkan orang lain menanggung apa yang kau rasa pada Anis ini! Itu pesanan Fez dalam hati.


6 responses so far

Mar 24 2011

36 – Atas dan bawah

Published by The Writer under Belum Ku Temu

Bunga. Hati Fez berbunga-bunga.

Pelangi. Jiwa Fez umpama ditabir pelangi selepas hujan.

Mentari. Rasa seperti disinar mentari pagi.

Fez guling gembira di atas katil. Mata tidak boleh dilelap. Kali ini dia tidak mahu tersalah lagi hantar mesej. Kena fikir baik-baik apa yang hendak dikata. Tapi, bukankah ini besar maksudnya? Mesej sebegitu pun Anis mahu balas. Kalau dia tidak berminat pada Fez, manakan sanggup dibalas. Dan siap beri nombor telefon… itu ada maksud tu.. Fez tahu tekaan dia kali ini tepat.

Yo bro, apa sebab kau gelak sorang-sorang ni?”

Fez menoleh ke katil sebelah. Dalam gelap malam dia nampak bayang rakan sebiliknya. Ah, Zayn belum tidur rupanya.

“Tak ada apalah…” balas Fez, tapi senyum di bibir memang tidak dapat lekang.

Zayn yang tadinya berbaring, kini duduk di atas katil sambil kaki menjulur ke bawah, menanggalkan bajunya dan dicampak ke atas katil. Panas.

Come on bro, macam aku tak kenal kau,” Zayn menggaru-garu betis kakinya.

Fez yang tadinya juga berbaring, kini juga duduk. Fez memasang lampu meja. Biliknya yang tadi gelap, hanya berbekal cahaya dari lampu jalan di luar, kini cerah. Kedua-dua mereka mengerutkan sedikit mata kerana tiba-tiba sahaja disimbah sinar lampu meja.

“Kau tak tidur lagikah?” tanya Fez, seboleh-boleh mahu mengelak soalan Zayn.

Zayn menguap. “Dah. Aku took a nap tadi,” jawab Zayn, masih lagi menggaru-garu betisnya. Perut Zayn berbunyi. “Lapar. Aku nak keluar makan, pastu nak siapkan assignment, due lusa.”

“Oh,” kata Fez. Silap pula terbuka lampu. Ini sudah terbuka lampu, mesti sebentar lagi Zayn akan terus bertanya.

So?? Kau nak ceritakah kenapa kau gelak tadi?”

“Aku ada gelak kah?” Memang Fez gagal untuk menyembunyi perasaannya. Dalam bertanya pun dia seperti tertawa.

“Yer… and I’ve noticed that.”

Ah, Fez malu sendiri. Tidak pula dia perasan dia ketawa kuat-kuat. Sudah berbunga di dalam hati, sekarang meletup di ruang angkasa seperti bunga api. Oops, Fez masih belum dapat membendung rasa gembira.

“Kau tahu budak perempuan yang aku cerita hari tu?”

“Oh, that girl? What about her?” tanya Zayn. Fez sudah pun bercerita panjang lebar pada Zayn tentang apa yang telah terjadi, termasuk mesej yang dia hantar pada Anis.

Fez ambil dua tiga saat sebelum menyambung, “dia balas mesej aku kat Friendster.”

Good job, bro!” kata Zayn. “Your first love then?” Mendatar sahaja suara Zayn, seperti tidak berminat, tapi itu bukan salahnya. Memang nada Zayn begitu.

“Taklah. Second. Well, kalau ambil kira yang zaman sekolah menengah, so second lah, tapi kitorang bukannya …. ah.. baru ja balas mesej,” atau dalam kepala Fez mahu cakap ‘cinta baru sahaja berputik’.

Zayn tersengih, sambil menepuk-nepuk perutnya. “You got a chance, bro. Keep me updated.”

Zayn bangun dan menyarung baju jersi merah yang tersangkut di penyidai tuala.

“Kau nak join aku ke Subaidah?” dia toleh pada Fez yang masih duduk, masih tersengih, “nasi lemak ayam dah ada time macam ni.”

“Oh, tak apalah, aku nak kena tidur, esok kelas pukul 8.”

Cool, good luck yeah,” ucap Zayn sebelum pintu bilik ditutup. Fez kembali berbaring.

Imaginasinya mula liar. Esok dia akan hantar mesej pada Anis beritahu yang dia sudah baca mesej Friendster Anis. Hari Isnin depan dia akan hantar mesej untuk ajak Anis keluar makan KFC sama ada hari Rabu, Khamis ataupun hujung minggu. Anis akan keluar dan Anis akan kenal dirinya ~ yang mana bukanlah psycho seperti mesej yang dia hantar. Dia normal dan disenangi. Fez tahu hal itu, dan dia mahu Anis juga kenal dirinya versi itu. Kemudian dia akan kenal Anis. Dia ada lagi satu tahun di sini, tapi Anis masih ada lagi dua tahun. Jadi dia akan sambung program Master supaya mereka boleh sama-sama belajar lagi di universiti yang sama. Kemudian mereka akan tamat belajar sama-sama, dan tak kisahlah kalau Anis mahu sambung Master, dia sudah boleh kerja dan menyara pada tika itu. Berkahwin ~ ah, indahnya hidup bila saat itu tiba.

Fez tertawa sendiri, sambil juga mengingatkan diri sendiri yang apa saja boleh terjadi. Mungkin bukan pengakhiran sempurna itu yang dia akan dapat. Jadi Fez, ambil selangkah demi selangkah ya?

Ya, Fez membalas sendiri.

Tapi… indahnya dunia… Anis sudah beri dia laluan untuk lebih mengenali. Fez menghembus nafas lega. Gembira.

Uh, inikan cinta. Hanya pemiliknya sahaja yang terasa seperti berada di kebun bunga dengan aroma wangi menusuk hati. Jika orang lain mampu membaca fikiran di kepalanya, yang bukan berada di situasi yang sama, pasti muntah jingga dek kerana emosi ini sebenarnya gila.

***

Fez berteleku di meja. Bilik masih lagi disinar hanya dari lampu meja. Matanya memerhati keluar. Sekali sekala kereta berlalu di jalan raya di depan. Dia dapat lihat beberapa pelajar berjalan beramai-ramai melintas jalan raya untuk masuk ke kawasan universiti. Itu tentu baru pulang dari kedai mamak.

Sejuk malam dirasa dengan tingkap yang terbuka. Bunyi berdentung dentang dapat Fez dengar. Itu tentunya pelajar di bilik sebelah baru masuk bilik, atau baru keluar bilik kerana hendak ke bilik air, atau ke mana-manalah yang tidak perlu Fez ambil tahu. Bunyi pintu ditutup memang boleh didengar dari bilik sebelah.

Thump. Kali ini bunyi pintu biliknya pula dibuka. Dia tahu itu Zayn. Dia biar sahaja matanya terus melayan pemandangan luar. Mata cuba mencari sinar rembulan kalau-kalau ada. Tiada. Langit hanya kemerahan dek balikan cahaya lampu kota. Bintang, kalau ada pun terlindung di sebalik awan.

“Nah, nasi lemak,” Zayn meletakkan bungkusan makanan yang ditapau sebelum kunci keretanya dicampak ke atas meja belajarnya.

Thanks,” balas Fez, mata masih lagi mengarah keluar, langsung tidak beralih kepada Zayn.

Zayn menarik kerusi dan duduk, lantas lampu meja dibuka. Seperti kebiasaan, jersi merah yang disarung ditanggal dan dicampak di atas katil. Panas.

Zayn beralih kepada Fez yang masih belum berhenti dari melihat entah apa di luar.

It’s been two months, don’t tell me you are thinking about her, still?” soalan yang kena sasaran pada kepala Fez dilempar oleh Zayn.

Fez tidak bereaksi seketika, tidak mengangguk, tidak juga menggeleng. Kemudian dia bersuara, “aku nampak dia tadi.”
Zayn sudah tahu apa maksudnya. Zayn sekadar menghela nafas tanda simpati. If you need to talk, you know you got me here, fikir Zayn, tapi tidak perlulah diungkap. Biar sahaja Fez lega sendiri.

Fez bersandar, sambil telefon Nokia 3310 miliknya itu ditekan-tekan tanpa arah.

‘Kalau kau terbang tinggi, kalau kau jatuh, kau akan parah’ begitu lebih kurang ayat yang diungkap Cico Harahap pada Amy Mastura dalam Puteri Impian, tiba-tiba melayang masuk ke ruang fikiran Fez.


No responses yet

Mar 20 2011

35 – Kahwin dengan aku

Published by The Writer under Belum Ku Temu

“Kau cantik, kau kahwin dengan aku lah.”
“Taknak. Kau tak cukup kaya.”

“Wah! Statement!”

“Betul apa?”

Ketulan ais batu yang tinggal di dalam gelas dikacau dengan straw. Matanya memandang tepat pada Fez.

“Materialistik!” kata Fez.

“Ya lah, nanti siapa nak tanggung beli make up aku. Bukan murah tau.”

“Tapi dengan aku kau dapat kasih sayang.”

“Kasih sayang tak cukuplah. Dah kau kata aku cantik, takde make up nak cantik macam mana?”

“Kecantikan asli…” sebelum menyambung “kecantikan asli terbina dari dalam.”

“Ya lah tu, lepas tu nanti kang complaint bila aku tak berbedak semua.”

“Aku tak complaint… aku janji,” Fez tersenyum.

Senyap beberapa detik sebelum disambung “kau serius nak kahwin dengan aku?”

“Er… tapi perangai kau buruk sangat, mesti mak aku taknak,” ketawa besar Fez sambil mengelak pukulan dari Leeya pada bahunya. “Weh! Apa tampar-tampar ni?”, Fez masih lagi ketawa.

“Kurang ar kau…” Leeya menarik mulut. Fez masih lagi ketawa.“Kau tak tahu.. sekali mak kau jumpa aku, dia berkenan, macam mana?”

“Kalau macam tu, kita kahwin la..”

Leeya menggengam kedua-dua belah tangan, matanya memandang ke siling “kalau begitu akan aku berusaha!!”

Mereka berdua ketawa.

“Kau jangan tau Fez, kalau kau jumpa perempuan yang kau suka, jangan pulak ajak kahwin macam tu. Tak romantik!”

Fez ketawa, “tak… aku taklah buat macam tu dengan orang lain. Dengan kau ja, sebab kau spare part aku..” masih ketawa cuma kali ini sedikit memaksa. Seperti terasa sahaja bila Leeya berkata begitu. Baru saja empat hari lepas dia menghantar mesej sebegitu tidak romantik kepada gadis yang dia sukai. Tapi ketawa sahajalah, usah pula orang lain tahu.

Spare part?? Hello!” sebelah pinggangnya dicekak, “aku tak jadi spare part kau tau… kau yang jadi spare part aku!” kata Leeya sambil jari-jarinya digerak-gerak kiri ke kanan ~ gaya diva.

“Wah, boleh lah kan??”

“Ketawa apa ni?” tiba-tiba sapa satu suara. Leeya menoleh ke belakang dan sedikit tersirap darahnya. Kakak harimau betina! Kenapa dia perlu datang pada saat-saat sebegini? Habis saat romantik, eh bukan, saat bergosip aku dengan Fez diganggu pihak ketiga, keluh Leeya.

“Eh Kak Amy, duduklah,” jemput Fez. Amy lantas duduk di sebelah Leeya, sambil beg galasnya diletakkan di tepi meja.

“Hai kak,” Leeya sekadar berbasa basi. Amy tersenyum.

Senyum dari ketawa tadi masih belum lekang dari bibir Fez maka dia memberitahu, “Leeya ni kak, dia kata kalau nak kahwin, kena dengan orang kaya.”

Lain sedikit versi Fez, fikir Leeya. Dan benarkah mahu bercakap hal ini dengan kakak ini??? Leeya mengeluh dalam hati. Mukanya sendiri pun sudah cukup menggambarkan betapa dia tidak selesa bila Amy tiba-tiba duduk sekali dan pula bercakap tentang perkara yang mereka sekadar melawak.

Melawak. Bukan semua orang boleh faham. Geram sedikit bila Fez selamba sahaja bercerita hal rumah tangga, eh bukan, seloroh remaja-remaja pada kakak yang agaknya dua tiga tahun tua daripada mereka. Leeya terasa panas sedikit, dan memang kafeteria itu pun tidak ada kipas angin. Tambah lagi petang-petang begini.

Cuma sejuk tiba-tiba bila balasan “memanglah… habis nak makan apa bila dah kahwin nanti? Kaaan??” keluar dari mulut Amy, juga jelingan pada Leeya minta sokongan. Leeya terkejut sekejap, sebelum dia gembira akan reaksi tersebut.

“Betul akak! High five!” tindakan spontan dari Leeya dan Amy balas sahaja ‘high five’ yang diberi.

“Aku high maintenance laa Fez, kalau aku cari yang tak cukup duit nanti, aku yang banyak complaint. Macam mana hidup nak bahagia?”

“Betul tu. Well, I okay jer. Kerja biasa-biasa pun boleh, janji sekali sekala keluar makan sama-sama. Tak pun candle light dinner kat rumah,” balas Amy dengan matanya terkedip-kedip sedikit …. er … menggedik. Fez menggelengkan kepala sekejap, terkejut bila Amy berkelakuan begitu. Sejak bila Amy punya perangai begitu? Mana hilang tegas dan tabah seorang wanita bernama Amy yang dia kenal??

“Akak, saya tak pernah tengok akak macam ni!!!” jerit Fez penuh dramatik, “Leeya, semua ni salah kau!”

“Apa pulak, cool apa akak macam ni kan akak kan?” tanya Leeya, menjeling pada Amy meminta sokongan.

“Tentulah. Apa, you ingat I tak cukup wanita kah?? Ah!” balas Amy.

“High five!” dari Leeya disorot dengan ketawa dari mereka berdua.

Fez terkesima. Dia tersenyum kemudian melihat gelagat Amy dan Leeya yang seperti tiba-tiba menjadi bff.

***

Fez berjalan pulang ke kolej kediamannya.

Tidak, dia tidak berminat pada Leeya seperti mana dia berminat pada Anis. Tapi kalau di masa depan, dia mahu mencari isteri, mungkin perangai gila-gila juga tidak apa.

Dan pada saat itu dia sedar, dia mahu putus asa dengan Anis. Tersilap langkah sudah. Dan sukanya pada Anis itu sekadar fizikal. Tidak pun dia kenal Anis itu gadis seperti mana. Tak apalah Fez, semuanya kan ketetapan. Anis itu bukan miliknya. Maka hidup perlu diteruskan.

Fez menyusuri padang kawat. Saja dia berjalan di tengah-tengah dataran yang luas itu sambil samar-samar cahaya matahari menyinar di sebalik awan. Dia berhenti di tengah-tengah padang kawat dan dia lihat sekeliling. Kepalanya pusing sekeliling sambil matanya memandang pada pelajar-pelajar yang sedang menunggu bas di perhentian, kereta-kereta yang menyesakkan pintu keluar universiti dan kawasan kediaman pelajar. Nampak kacau juga suasana tapi jiwanya tenang.

Fez kembali melangkah ke depan. Itu sahaja yang dia tahu ~ langkah ke depan. Dan itu metafora hidupnya pada tika ini. Cukup sudah dia buat pusingan tiga ratus enam puluh darjah untuk melihat, dan kini masa untuk pandang ke depan dan mara juga ke hadapan, semat yang di belakang di dalam memori, dan biar impian bersinar kembali.

Ah Fez, hidup kau bagai drama, bukan?

Dan bagaikan doa termakbul, malam itu Fez mengesat matanya beberapa kali, mengetuk kepalanya juga berkali-kali, seakan tidak percaya yang ini bukannya mimpi.

[Anis]

Sorry lambat reply, tak sempat check. Hujung minggu ni saya tak dapat. Ada kem motivasi bawah HEP. Lain kali ya? Apa-apa sms saya kat nombor ni ya 012xxxxxxx

Fez, mesej bodoh kau dibalas Anis!


2 responses so far

Mar 15 2011

34 – Mesej buat Anis

Published by The Writer under Belum Ku Temu

[Fez]
Nanti saya pass dekat unit bahasa lah lepas Anis habis kelas. Saya pun ada kat area-area tu waktu tu.

Tipu, sebenarnya dia tidak ada pun berhampiran unit bahasa pada hari Rabu. Tambah lagi lepas gugurkan Bahasa Jepun, kelas pertama Fez untuk hari Rabu ialah pada pukul 1 petang. Tapi apalah kisahnya berjalan sedikit untuk bertemu Anis.

[Anis]

Terima kasih. Nanti kita jumpa depan bank ya?

Maka hari Rabu, Fez bertemu dengan Anis. Satu, dua minit? Sekejap sahaja kerana Anis ada kelas pula selepas itu. Fez sempat beri, tanya soalan satu dua patah dan kemudian Anis berjalan pergi. Macam hari itu, Fez berdiri sahaja biarkan Anis berlalu. Cuma tika itu Fez tidak lagi rasa bagai angin atau deru bayu laut bertiup. Rasa benar bahang mentari pagi pukul sepuluh di depan bank yang keramaian manusia berjalan masuk dan keluar. Panas dan hangat. Sama maksudnya tapi Fez rasa jika digunakan berganda, mampu gambarkan rasa dirinya tika itu. Peluh sudah pun membasahkan belakang baju.

Satu dua minit? Sekejap ini? Terasa sisir rambut dan kemas baju yang berseterika ini tidak berapa berbaloi. Langsung tidak sempat untuk ajak Anis keluar. Dan entah bila pula dapat berjumpa kembali. Sudah tidak ada buku untuk di’pass’ seperti hari itu.

Maka malam ini Fez berteleku di depan komputer. Tulis dan padam ruangan dalam ruangan message box di Friendster. Mahu hantar atau tidak apa yang dia tulis ini? Fez menjeling ke arah jam dinding berdekatan kaunter. Sudah hampir satu jam dia di sini. Dia tidak mahu bayar lebih. Maka dia tekan butang send. Biarlah.

[Fez]

Anis, harap-harap kamus tu berguna buat Anis. Saya sangat berminat dengan Anis. Kalau Anis sudi, nak ajak Anis keluar makan dengan saya. Secret Recipe, hujung minggu ni?

Selepas butang send ditekan,  barulah rasa yang lagi satu itu muncul. Fez, serius nanti dia cuak ko cakap macam tu. Fez, ayat langsung tak romantik! Kenal-kenal lah dulu, takyahlah hantar terus soalan macam tu! Fez, malu malu malu malu malu malu!!! Satu demi satu ayat-ayat sebegitu menghentam ruang pemikiran Fez. Entah dia mahu rasa malu atau buat-buat tidak kisah. Kalau berterus terang sebegitu, ada mungkin Anis lari dek kerana berbunyi sedikit … pathetic? Ataupun hopelessly in love? Atau mungkin desperate sebenarnya.Tapi kalau tanya soalan begitu dan dia tidak menjawab, sekurang-kurangnya Fez boleh anggap yang Anis tidak berminat padanya. Tapi.. Fez mahu Anis berminat padanya. Dan menghantar ayat yang begitu straight forward, bukanlah cara yang baik untuk memikat gadis seperti Anis. Tapi kalau Anis balas, selepas memang terang-terang Fez berminat padanya, hmm… itukan maksudnya…. Ah tapi, cuba baca balik ayat yang kamu tulis Fez, kalau ada perempuan hantar ayat begitu pada kamu, ada rasa mahukah dengan perempuan tersebut??

Mengeluh. Itu sahaja Fez tahu buat buat masa ini. Nanti kalau menjerit di sini, orang lain ingat dia gila pula. Fez tahu dia gila. Gila kerana menghantar mesej sebegitu. Gila kerana siang malam teringat akan Anis. Tapi tidak perlulah orang lain tahu dia gila. Cukup dia sendiri tahu.

Mengeluh. Sekali lagi.

Fez bangun dengan muka kesedihan. Hentaman pemikiran jiwa kacaunya itu buat dia rasa seperti mahu K.O.

Dia berjalan perlahan-lahan ke kaunter sambil melalui deretan komputer yang kebanyakannya sedang memaparkan screensaver. Gambar Windows yang berkibar-kibar dengan latar hitam.

“Dua ringgit ya adik,” pinta lelaki di kaunter.

“Ala… abang, baru terlebih seminit dua,” rungut Fez.

“Sori dik, lebih seminit dua pun, dah masuk jam seterusnya. Kalau tidak orang lain boleh guna,” balas lelaki tersebut.

Fez masam. Bayar sahaja dua ringgit sambil menoleh ke belakang. Padahal banyak lagi komputer yang tidak berpelanggan. Dia melangkah keluar cyber cafe tersebut dengan hati yang lara.

***

“Boleh saya mencelah sikit, Syed?” tanya Amy.

“Ah silalah,” Syed, pengurus projek baktisiswa membalas.

Amy melihat sekeliling bilik mesyuarat, setiap muka diberi pandangan beberapa milisaat sebelum dia bersuara. Satu demi satu muka-muka mereka yang dipandang berubah akan rautnya dek kerana pandangan Amy yang sekejap itu.

“Saya nak tegur sikit fasal ketepatan masa kamu semua dalam meeting ni,” tegas, suara Amy mula membuatkan seorang demi seorang pelajar-pelajar tahun satu berasa cuak. “Kalau semua orang sampai pukul sembilan malam seperti yang kita tetapkan, kita boleh mula terus mesyuarat dan takyah buang masa orang lain. Ini, pukul sembilan setengah, baru semua ada.”

Fez senyap sahaja di sebelah. Dia tahu dia sampai awal dan amarah tersebut bukanlah ditujukan padanya, tapi tipulah kalau kata dia tidak terasa takut sedikit mendengar intonasi Amy yang sebegitu.

“Ini bila tanya, datang lambat sebab lewat baru balik dari BJ. Kalau dah tahu ada meeting malam ni, pergi Bukit Jambul awal-awal, balik pun awal-awal,” kata Amy sambil matanya masih berlegar-legar sekeliling bilik. Dua puluh orang yang lain dalam bilik itu senyap tidak bersuara.

Peluh sedikit mengalir di dahi Leeya. Dia tahu Amy memaksudkan dirinya bila bercakap fasal balik dari Bukit Jambul itu. Kerana memang dia yang tadi terlewat. Tapi, bukankah ada orang lain yang lewat juga. Kenapa tak point out salah orang yang lagi lewat dari aku? Serius aku takut kakak ni, taubat lepas projek ni, aku nak avoid kakak singa nih! Itu bisik Leeya dalam hati. Dan pada masa itu, memang dia yakin yang dia tidak akan lagi duduk sebilik dengan Amy sebaik sahaja program ini tamat.

“Okay, itu saja saya nak cakap, terima kasih ya Syed,” Amy kembalikan mesyuarat untuk diurus oleh Syed.

Fez senyap sahaja. Dia tahu Amy memang seperti itu. Dia sudah kenal Amy dalam satu tahun. Kenal sewaktu program baktisiswa tahun lepas ketika Amy menjadi pengarah projek dan Rael, kekasihnya itu timbalan pengarah projek. Dan tiba-tiba Fez terfikir, garang-garang begini pun masih ada orang lelaki nak padanya ya? Takkanlah aku yang begini, takde orang nak kot?

Oh, tapi aku hantar mesej macam itu, memang patut pun Anis taknak dekat aku, Fez menghentam dirinya entah buat berapa kali.

***

Masing-masing melabuhkan punggung di kerusi berdekatan televisyen besar. Amy dan Syed mula berbual-bual, masih berkenaan perihal projek, manakala dua orang lagi yang turut serta dalam program baktisiswa ini sudah mula membelek-belek menu di meja. Bising sahaja kedai mamak ini seperti biasa. Fez sedikit tidak tenteram. Kepalanya teringat satu ~ Friendster.

Dia mahu pergi lihat kalau-kalau ada balasan mesej dari Anis. Maka Fez minta diri sekejap dari Amy dan Syed, beritahu yang dia mahu semak emel di cyber cafe di tingkat atas. Katanya sekejap sahaja. Amy dan Syed tidak berapa endah.

Maka Fez meninggalkan mereka dengan senang hati, melalui celah-celah meja yang dipenuhi kebanyakannya pelajar universiti. Hati Fez berdebar-debar, tertanya sama ada Anis ada peluang menyemak Friendster dalam satu dua jam lepas atau tidak. Mahu juga tahu kalau benar Anis ada sempat melayari internet, apa pula balasannya.

Dan sekarang Fez di depan komputer, menunggu skrin untuk habis loading. Terus ikon Netscape Explorer ditekan dan laman Friendster dia masuk dan login.

1 new message!!! Fez mula berdebar-debar.

Apa kata Anis?

Apa yang dia akan respon?

Dia mahu tahu!

Ikon tetikus yang berubah menjadi jam pasir apabila muka tersebut sedang diproses itu buat Fez rasa semakin tidak sabar. Lama benar muka tersebut hendak muncul.
Dan akhirnya paparan itu muncul di skrin komputer.

Dari …. RedApple

Subjek … FWD: Friends Forever.

Klik dan delete!

Orang mahu tunggu mesej dari Anis, dapat pula forward message dari minah mana dia add hari itu. Rasa marah dan sia-sia.

Mana balasan Anis ni? Ah, Fez, kau dah takutkan budak perempuan tu. What do you expect?

Sekali lagi, Fez melangkah keluar cyber cafe dengan hati yang lara…


3 responses so far

« Prev - Next »